Sunday, April 21, 2013

Hari ini dalam sejarah :)

buat pertama kalinya, kakak Sarah tak pakai pampers for the whole day dan berjaya tahan wee-wee + buang air beso sampailah dia di dalam bilik air!!
i am so proud of her!!

funny how these little things make me happy.

aku dulu cano ek??

Wednesday, April 17, 2013

selepas ribut berlalu...

lama tak update.

besa laa, perasan sibuk. semester sudah berakhir, so baru boleh ghajin sikit buat benda lagha. heh. baru balik dr ipoh neh. syok woh cuti sampai 4 hari.
pastu bile nak balik semalam, sebak semacam. sobs. 

siannn mak aku.
memang laa ade adik beradik lain kat ghomah. tapi iyelah, masing-masing dh beso. sibuk dengan karier lah. sibuk dengan internet lah. sibuk tengok tivi lah. bapak aku pulak gatai pi terima kija jauh. wiken saja baru balik. bila balik plak, dok sibuk tidoq. penat katanya. 

dihujung hari, tinggailah mak aku sibuk buat hal sendiri gak. dah suma pakat buat-buat sibuk semua...

tu pasai aku suka kalau dapat selalu balik sana. 
selain dari dapat balik kampung sendiri, aku suka bila dapat sembang dengan mak aku. cerita apa saja dengan dia. pasal aku, pasal cucu-cucu dia. pasal kawan-kawan aku. apa-apa saja. 
pasal dia akan senyum setiap kali :)

mak aku dh makin kurus. makin ringan.
lengan dia makin kecik, patah lagi si pinggang. baju suma pon dah banyak longganq. risaw weh.

last week dia cita, ade orang rembat segala botol plastik, surat khabar lama, besi sidai kain dari belakang rumah. patut laa beria beli mangga baru, takut dia datang semula. mau aku tak risau? kalau mangkok tu tahu yang ghomah tu xdak laki, takut dia berani datang di malam hari pulak. aduh.  

ni la kot lumrah hidup.
waktu kecik, anak dikasih disayang.
bila dah beso, dah kawen, dah kena ikut suami dok jauh. aku doakan semoga adik-adik semua dapat jodoh yang baik dari tempat-tempat yang tak jauh dari ibu aku. bior le aku sorang je yang jauh, depa bior lah dapat dekat2 sana saja. dok satu rumah lagi bagus.

lepaih ni turn aku pulak.
harap Sarah Hannan tak lupa ibu abah opah atok dia insyaallah ;(

Tuesday, April 16, 2013

sakit pelik?

isteri: sayang, nanti dapat bonus nak buat ape? bercuti jom??
suami: tak boleh lagi? nak kena setel hutang credit card dulu suma...
isteri: kata ituhari buleh setel pelan2?
suami: memang boleh tapi lebih baik kasi clear hutang tu cepat sikit. senang 
          laa nanti, kalau awak sakit pelik2 ke nanti dah ade backup... 
isteri: apsal pulak saye pulak sakit pelik2? mane pulak awak tau saye nak 
         sakit pelik2 ni?? amboi... (sambil jegil mata)
suami: eh? bukan macam tu ehehh... (taktau nak cakap apa)