Friday, September 30, 2005

topher grace = venom [yukk!]


topher grace + venom = spiderman3???

pagi tadi dengar xFresh. DJ tuh cakap, untuk spiderman3 nanti akan ade 2 watak jahat, venom & sandman. but, one of them jahats will be topher grace! excuse me, my topher grace? mane leh! dah le watak dia tak hensem! jahat lak tuh! i object!

Wednesday, September 28, 2005

s.o.s to all ex-maahad al-ummah peeps!

akuh baru dapat sms dari ajib:

"askm..ustaz zawawi dpt musibah ptg td. umah dia terbakar. tinggai sehelai sepinggang. sumbangan boleh disalurkan melalui akaun maybank 158172843702."

sent:11:15:11am
27.09.2005

+semoga mendapat perhatin semua!

Tuesday, September 27, 2005

kisah kereta baru ibu dan si anak yang jujur

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

+ kehkehkeh, tak salahkan si anak ^_~

lalala ~

guess what? this abang psycho of mine was actually using the front pc. which means... i can actually LOOK at him without getting caught! huhu... tapi, tak sampai bape minit... dia dah pon kuar. hoh, cepatnye!

tapi kan, akuh rase macam "dia" tau le yang akuh suke skodeng dia ni [isk, burok-nye perkataan]. sebab kan, dulu akuh mesti akan nampak pi kelas kul 3.30pm. (pasal kelas kitorang sebelah2). tapi, sekarang dah tak nampak dah. misti dia ikut jalan jauh pasal tamau ber-tembung dengan akuh.

horror sangat ke akuh? :(

Monday, September 26, 2005

SAYA (dia) IBU TERJAHAT DIDUNIA

menitik air mata bila baca citer ni. betapa deritanya anak ini.


Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini..., sebelum ajal menjemput
ku...

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu.

Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman
hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...

Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya
menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya

Hinggalah le satu malam... Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak...

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali... Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Eric, makcik."

"Eric...? Eric... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,

"Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak...

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric.. Eric... Di manakah engkau?

Saya meninggalkan Eric di sana10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric
setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali.

Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?"

Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat
keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga
bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Eric, ya? Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Eric. Bye, mama..."

Saya menjerit histeria membaca suratitu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!"

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cubabersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar benar menyayangi kita...

Sunday, September 25, 2005

Valiant! My hero...


Some pigeons eat crumbs, others make history
An undersized pigeon named Valiant (McGregor) dreams of joining the elite Royal Homing Pigeon Service in World War II. A sudden shortage in wingpower caused by falcon attacks is his big break, and soon he's on board for the company's most important mission yet.
>>summary citer yg akuh copy-paste. [malles nak translate]
akuh suke citer nih! suke sangat!
+ tapi...si amani, fid, ateh kate citer nih tak best. ciss, takde taste langsung... ;p

Thursday, September 22, 2005

kasut penoreh getah...


rm 31 vs rm 80++
akuh dah lame mengidam nak kasut dcshoecousa tuh tapi rega nya mahal. so, sebagai anak yang baik akuh pun mintak yang all star je laa dari ibu. tapi ko tahu ape ibu cakap,
"isk, daripada kasut penoreh getah ni..baik beli yang mahal tadi. lawa pun lawa!"
hoh, amik ko! mak akuh dah cop kasut all star tuh sebagai kasut penoreh getah!
+ harap2 besday akuh nanti ibu ter-gerak ati nak kasik dcshoecousa tuh kat akuh. ameen...

ayah dan twin tower-nya

sms dari ayah:

" Ayah d atas twin tower."

hamboii, akuh yang dah lame jadik orang KL ni pon tak naik2 lagi....

+ suke ayah dapat berlagak dengan akuh.... ciss ^_^"

Tuesday, September 20, 2005

ketika chenta memanggil mu ~

" Ketika cinta memanggil mu,
maka dekatilah ia...
walaupun jalan jauh berliku.

Jika cinta memeluk mu,
maka dakapilah dia...

walaupun pedang disisi nya melukai mu... "

Monday, September 19, 2005

keciwa part2

"wei wynn..mahmud (bukan nama sebenar) baru je kol aku..bad news!! si kacamata btol2 ade awek! die series ngn bdk pmpuan 2..mahmud bgtau..sem ni die msh rumet si kacamata..huhu..jgn mare..=p"

sender: fid
sent: 12.16.53am/ 17.09.2005


+ tak mare laa, sedey je :(

Tuesday, September 13, 2005

akuh ter-motivasi

selambakodok says:
I am who i am today because i have failed many times. The difference is to a lot of other people is i never considered myself a failure but a student of failures. Which is after for 2 suddenly i got good at my MATHS / ILMU HISAB because i realised the more i failed, but then tried again and again and again to get it right, the closer i got to understanding how to get to the answer.
I don't really remember all th sine and kosine and tangents anymore because it's true what a lot of people say , we don't use it in our daily life, but what i really learned thru maths was that getting the correct answer was just a bonus, the process of getting the answer was more important. So that meant not giving up if u fail to get the answer, it was merely the beginning of the challenge. So you keep plugging away. again and again and again..
memang.....
memang dah banyak citer gini yang akuh bace, akuh dengar...
tapi, manusia ni fitrahnye pe-lupa..
asik2 kena peringat...
asik2 kena di-beritahu....
dan akuh ter-mengingat bile bace entry encik kodok yang ini.
trimas encik kodok! rebet...rebet

pape jadik, kami tidak bersalah!

sms emma:

kabel kata:
Emergency break.
Br 5mins ago diluluskan senate.
Start on Monday after 1pm until wed.
Thursday, univ re-opened back.

+ cuba teka... ^_^ v

Sunday, September 11, 2005

ke-sulit-an

call 911!
eh, silap 991!

ambulan! polisi! bomba! superman..... HELP!!!!!!!!!!!!!
+ tetiba je baldi kat koperasi habes seh.....

Saturday, September 10, 2005

si kacamata sudah berpunya!

ketahui lah dunia, akuh kini sedang kecewa....

si dia yang selama ini ku ushar, ku sekodeng, ku ... [erkk..ape lagi terms yang akuh leh pakai] telah pun ber-punya....

ape salah akuh? kenape bukan akuh? kenape dia? cantik sangat ke akuh? sampai ko malu nak ngaku yang ko suke kat akuh?
huhu....

si 'dia' tak penah tahu yang akuh suka dia.
si 'aku' tak penah nak bagitau atau memulakan langkah yang pertama.

+ takpe2.... "abg psycho" maseh ade di pasaran ^_^

presentation....

topic:
"Slavery and how it influences the southern american writers until late 20th century"

+ akhir-nya.... siap jugak tajuk untuk presentation & term paper novel. [baru tajuk] nak buat 1st proposal lak. due this monday, 12hb. gambatte wynn!!!!!

Thursday, September 1, 2005

selamat cuti semua...

yeay! yeay! esok balik!
yeay! yeay! esok balik!
yeay! yeay! esok balik!

+ nak jumpe aisyah petentung. hehehe...