Saturday, September 30, 2006

m.o.t.i.v.a.s.i

motivasi merupakan suatu perkara basic di dalam proses perkembangan manusia. manusia memerlukan motivasi sebagai penggerak kita memulakan sesuatu perkara. ntah betul ke tak definition aku neh.... (--")

contoh:

  1. ayah janji belikan hp kalu angah dapat masuk uni.
  2. ibu kate akan jumpe aku kat KL bile musim mega-sale.

hp- motivasi untuk angah supaya belajar rajin2

mega sale- motivasi untuk ibu turun KL (ibu malles nak turun kl-jammed!)

dibulan Ramadhan yang mulia ni, walopun akuh bizi dengan urusan2 dunia (kuiz, esemen, pi bazzar, presentation, exam, blablabla) akuh maseh gagah pi teraweh kat ameenah.

wahh, bagaimana saudari mampu membahagikan masa dengan baik? [poyo!] aku ade pe-motivasi utnuk me-motivate akuh pi teraweh... tamau teka? huhu...

entry yang tanpe motif ini adelah untuk memberitahu bahawa ustaz yang jadi imam teraweh tadi merupakan seorang makhluk tuhan yang hensem lagi best! udah laa jadi imam, wat tazkirah best, bace surah sedap, adei.... (^_^")

fid kate,
"aku rase pose ko tggl 4markah je dr 100...hahaha"

+ isk isk, itu belom tolak akuh tak sahur, solat lewat, mandi lepas asar, blablabla....

Thursday, September 28, 2006

semacam.

tetibe rase sedey. tengak gamba kawan baik ngan boyfren dia. adei.. jelesnye! udah le hensem. baik. caring. adeii... jelesnye!

+ oh. 'yaz' is back. even got his hp num. dejavu~

Sunday, September 24, 2006

selamat berpuasa!

tak best bile kite dah tau keburukan orang lain before we have actually work with them. pasal we will tend to treat them based on what others says about them. heh?

dorang suma mengelak bile kena wat keje ngan dia. akuh? got no choice. tak kesah pon sebenarnye. i dun think its gonna be that bad. sampai laa this one day, i suddenly realize why they tend to avoid working with her. and that affects my expectation on her.

semalam hampir nak bertekak. just because she claims that she got lots to be done & she has poured alot on the project. yeah rite...

tuhan... maafkan aku for treated her that way. oh. aku sepatutnye mintak maap pada dia.

+ hubungan manusia dgn manusia memang susah nak jaga

Wednesday, September 20, 2006

temper. again.

hari tu... aku jerit kat dia.
tak pasti samada akuh tak sengaja... atau sengaja.
pasal dia annoyed me sooooo much!

dah tau lemah, takyah laa nak berlagak kuat sangat (figure of speech)
selalu tak datang, eksyen macam laa diri tu super-bizi sangat! gerem! tapi at the same time... kesian.
kesian kat dia kena tempik dengan aku. dia memang macam tu orangnye. poyo. eksyen. beria. kadang-kadang je over. tapi dia baik. cuma dia ni spesel sikit. ye, ini juge adelah figure-of speech.

to you, i'm sorry. so sorry.
but.. deep in my heart, i still think u deserve it (--")

Tuesday, September 19, 2006

the best 60km ever!

i'm back! with 100% tanner than the 1st expedition at lembah danau.

mane tak-nye, for this 2nd xpdc we went from sg tasek bera to tasek chini; 60km by hand (baca: paddling)tau! ingat senang ke? m(--)m

trip kali ni memang penat! tapi best... pasal kitorang ber-xpdc dalam group yang kecil je. 16 orang. tak termasuk cikgu's+fasi's suma. disebabkan bilangan yang kecil ni laa, we were so intimate with each other. makan sama2. gelak sama2. kutuk cikgu sama2. hehe... rase macam one-big-family je. i like!

saturday.
the trip dari sg tasek bera ke kampung chenor tak laa penat mane. pasal the 1st 5km je akuh bawak spectrum. the other 10km dah bawak double dengan dila. puas melalak tak tentu hala kat tengah2 sungai tuh. cakap je lagu ape, dari band 60-an sampai laa ke band si samsson tuh, suma pakat nyanyi ramai2. best! nak hilangkan rasa tensen sebenornye... pkul 12.30pm, berenti lunch kat kg chenor. kebetulan dorang tengah buat 'pesta air'. meriah betul! siap ade K4, speedboat suma... kitorang sendiri disambut oleh MC prog tuh. hehe... rase macam VIP lak ;p

sambung berkayak. kali ni untuk rehat bermalam. kitorang bermalam kat satu kampung ni, namanye: kampung Peijin. akuh sendiri dok konfius, whether the actual name of the kampung was 'peijin' or 'beijing'. regardless, kitorang sampai kat sane around 3.30pm. awal... pasal cikgu dok budget kitorang sampai much later than that. kebetulan paras air naik, so arus pon deras. kitorang pon cepat laa sampai...

kitorang bermalam kat masjid-separuh siap. masjid tuh tak fully-finished lagi except for ade tingkap-pintu-bumbung suma. so, pakat bentang spreadsheet laa atas lantai dan masing2 kongsi sleeping bag ccac. before bedtime, cikgu syful buat icebreaking. yup. another icebreaking. kitorang sendiri pelik, nak watpe wat lagi pasal kitorang masing2 dah baik & cukup kenal sesama sendiri. mungkin ini alasan cikgu je, dia yang terlupe nama2 kite. heheee ;p

malam tuh sentri dengan hanem & abg ajis. abah & cikgu yiril turut serta. wat sesi mengutuk cikgu yiril lagi. hehe.... shian dia...

the next day. sunday.
another 20++ km to go. cikgu kate, trip kali ni lebih jauh. arus pon tak membantu sangat. pasal sungai yang ini ter-sangat-laa lebar! lepas lunch kat kampung kuala wau, i decided to try to kayak single pakai dancer all-the-way to tasek chini. menyesal mula-nya. pasal the trip was soooo jauh & sooo penat, nak dibandingkan dengan trip saturday. tapi, all the penat & menyesal was washed away bile kitorang kena masuk this one narrow river. rase macam masuk amazon je. siap kat dalam tuh ade this one area taruk papan tanda "lubang ular". ohhh... laju jeee aku kayuh ke depan. tak mau akuh bertentang mata dengan makhluk itu.

in order to continue the journey to tasek chini, kitorang kena go thru this one empangan. and just follow that same route again. suke part 'amazon' ni. rase tenang je berkayuh. masing2 rilex, siap men2 air lagi. memang best!

akhirnya... jeng 3x... langit yang tadi-nye gelap ditutupi pokok2 tinggi, kelihatan cerah tanpa sebarang halangan. kitorang akhirnya sampai ke destinasi. TASEK CHINI! macam tak caye, i actually came to the place where the legendary lochness or naga or watever yang people dok cakap selama ini. the scenery was superb! air tasek tenang je, angin sepoi-sepoi... rase nak dok atas air, tamau naik je. tapi, memang berbaloi akuh dok penat kayuh jauh2 sampai ke mari...

selamat sampai ke chalet kat tasek chini tu pkul 5.30pm.

bas sampai amik kitorang kul 8.30pm. bas kali ni mewah! siap ade tv best, bau hotel lagi :)
akuh tak sempat nak menghayati kemewahan bas kali ni. pasal tak lame lepas naik, akuh terus pengsan! mereka yang lain pon dok pengsan gak. huhu... penat seh!

akuh hanye tersedar dari tidoq bile kitorang sampai kat uia. pkul 1.30pm. gile tidoq mati!

to the komitees, thanks for the great food & fun!
to kak milah & cikgu syful, thank you for the excellent trip u held for us!
to cikgu yiril, sorry for everything! u are a very good cikgu! no lying here ^_^

and to frens, thanks for the memorable experience we had together! we rock!!!!! \o/

Saturday, September 16, 2006

gelabah. kelam kabut. penat. marah. seronok. sakit ati. sabar. gumbira. bengang. hangin. putus asa. sabar. slow. stress. masam muka. excited. takut.

akhirnya.... LEGA!

last week was the hectic-est week of my life. i guess. midterm. khemah ibadah. cocu week. midterm. assignment. teater. midterm. bukan nak eksyen kate akuh ni bizi tapi ALL of these came AT THE SAME TIME. tuhan benar-benar menguji aku. menguji kesabaran. menguji ketahanan. mental & fizikal. tuhan juge mau kasi midterm sama aku. dan aku harap lulus. a.m.i.n.

suma orang suke bila menjadi orang penting kepada sesuatu. aku sendiri suke bile rase diri ni penting. orang harapkan kite. kite tak henti ke sana ke mari menyudahkan keje yang belom sudah. orang asik puji, "aktif kamu ye?" "bagusnye kamu...". bangge laa sekejap~

tapikan, sebenarnye... dalam kite bizi-bizi tu, banyak yang kite neglect. cara kita bercakap dengan kawan. cara kita layan mereka, waktu dorang perlukan bantuan. neglect tanggungjawab kita dengan tuhan.

disebabkan bizi tadi, kite rasa masa kite ni penting sangat. takde mase nak layan orang yang boley membuang masa kita. pikir kite je yang bizi. watak kite lebih penting dari orang lain. dan kite rase layak untuk mengarah org lain buat keje kite, pasal kite bizi sangat...

dan waktu ni gak laa kite nampak rupa sebenar 'kawan' kita. dia dulunya lembut, memahami, dan comforting tapi kerana bizi, dia jadi horror, menjengkelkan, asik moody tak kena tempat. lain sangat dari asal.

pendek kata, we tend to be selfish to others. aku tahu. pasal akuh juga begitu. hidup jadi tunggang-langgang. bilek serabut. hati rungsing. solat? ......

ini baru kena test sikit je. belom suruh pi jadi sukarelawan kat palestin, lebanon suma lagi. belom kena suruh pi berdakwah kat sane sini lagi. adeiii.... (--")

bile dah setel suma keje2, alhamdulillah.... rase hilaaaaaaaang beban! ringaaaaaan je rasa bahu ni. hidup kembali indah & ceria. sudah ada masa untuk berehat-tido-bergumbira. alhamdulillah...

hujung minggu ni ade kayak trip dari sg pahang ke tasek chini. time for a breakaway. doakan perjalanan pergi & pulang. a.m.i.n.

+ memorable: menang kayak polo & my 5-mins-of-shame as gnomes \o/

Friday, September 8, 2006

perasan sibuk~

"bizi-nye akuh lately"
*hehe* perasan sibuk sebenarnye [bak kate Hamka]

baru balek dari umah. cuti dari merdeka arituh.

oh ye. akuh sambut merdeka kat sini je. abes keje kul 10, terus pi memantau bazzar yang se-patutnye tengah on sale. ye arr, sale pasal dah habes convest & sale merdeka. huhu... countdown kat uia meriah betul! akuh tak join mereka kat stadium tapi hanye melihat bunge api memancut2 di kegelapan malam. pehhh... tak dapat ku bayangkan perasaan ketika itu. syahdu? terharu? gembire? ntah le... yang pasti, itu le kali pertama akuh tgk bunga api LIVE dari spek mata ini (--")

lame betul tak balik umah. tak banyak yang berubah. kusi meja suma maseh ditempat yang sama. tivi je yang dok pindah dari ruang depan ke tengah. dan terase diri ini se-inci tinggi dari dulu. hee..bile lagi nak perasan tinggi?

rindu sama ibu. rindu sama aisyah. rindu sama angah. hilang semua rindu dapat peluk adik sayang. walopon dia meronta-ronta mintak dilepaskan, pasal tengah citer katon kat tivi. damn u spongeb*b!

anyway. spend LOTS of time ngan ibu kat UO. ye, shopping-mopping telah banyak membantu mengeratkan lagi hubungan kami anak-beranak. dan sembang+kutuk+merepek sama ayah. part talkative ni mmg menurun dari belah ayah. huh"

wanchu skrg dah bukak restoren mini kat depan umah. siap kusi+meja suma. hari-hari laku!
menu utama: nasi ayam. sedapppp!!!!
pelanggan setia: budak sekolah rendah & menengah.
alhamdulillah, lagi untung dari waktu dia keje kat kantin mahkamah dulu. gaji tak tentu. dah buat business depan umah, takle opah bising2 lagi. ye, opah dok ngan wanchu. dan umah wanchu sebelah umah kitorang.

kak yanti & kak yani semakin bizi dengan business eskrem dorang plak! wanchu meniaga nasi, dorang bantai juai eskrem. walopun 20sen je sebatang, hari-hari abes woo... bile pi pasar malam, bawak le duit bersyiling-syiling tuh dalam kantung. hehe...

before balik, akuh merasa le bawak kelisa-sayang ayah tu. ibu pesan, "bawak elok2. itu bini no 1 ayah kamu tuh." pehh... jeles siot! jeles tanda sayang kan mama? hehe...

now, back to reality. baru teringat esemen PPA tak wat lagi. submit arini.
alaaa, sempat punye submit b4 opis-hour. rilek arr.... *pale hotak kamu*

+ i really do think that this 'twenty-something' syndrom really drives me nuts! *salahkan situasi!*

Tuesday, August 22, 2006

p.r.i.v.a.c.y

akuh dah berubah. jauh berubah.
bukan semakin baik. tapi... macam jadik semakin tak baik.
semakin dingin. semakin tak amik peduli.
terhadap orang. kawan-kawan.
dulu, aku seorang pendengar yang baik. terbukti. ramai yang jumpe aku nak share feelings. mintak pendapat. minta sokongan. baik betul akuh. memang.
tapi, lately... akuh perasan yang akuh semakin tak mau dengar ape yang orang nak share dengan akuh. mata perhati, telinga mendengar tapi... lain yang aku pikir.
aku tak rase cerita mereka penting. akuh tak rasa masalah dorang sebagai penting. bukan masalah aku. so, tak perlu terlalu prihatin.

aku semakin selfish. sombong. sibuk wat keje sendiri. sorang-sorang.
wanting time for myself by deserting others. without realizing they are the cause of my happiness.

Thursday, August 17, 2006

relieved...

everything settled now...

'whole-heartedly'... a very good choice of word.

thanks atih :)

commitment. komitmen.

SO MANY things happened lately. the fight. the last-minute ganti pose. the K.K.S. adeii...

even my horoscope also suggested me to,
"Do your best to deal with these circumstances in a calm, cool and collected manner. So it didn't end up like you thought.".
ntah laa...

akuh dapat offer jadi 'sweet'. by the director. sooo good of her for believing how sweetttt i can be. hehe... and i like it. i LOVE the part ^_^

tapi ntah nape, i rejected the offer. and feel bad about doing it.

rabu/ sabtu (and sumtimes ahad) akuh keje. sabtu (pagi-noon) akuh ade halaqah & kayak2. bulan 8 kayak tournament. this semester, tons & tons of homework. ye, aku exaggerate on the homework part (--")

aku risaw tak dapat commit. to the training. every nite. aku tau my part was the sikit-est line of all dalam play tuh. dan macam best pula bile imagining the marvelous costume to be wore by the 'sweetie witch'. adei.. berat-nye ati...

i thought of just to go through the training, and think of it as a treatment. it is more like the time for me to express myself. for me to enjoy myself. with them. on stage.

tapi, the commitment part that really scares me. for i dont want to cari pasal with them. my own friends. imagine not going to the training and go for other meetings, which both involves me. as a whole. takut nak carik pasal. takut nak gado ngan ko director-ku.... :"(

akuh tak jumpe ko lagi arini. to say my sorry. but at the same time. pity-ing myself myself by rejecting such wonderful offer from you. and all because i'm not good in managing my own time.


"You might just find that this disappointment ends up being exactly what you needed all along."
kate horoscope itu lagi. or is this refers to the 'fight' thing-ing? emm....
+ i blog in both english & malay. harap takde menteri yg marah akuh plak... [perasan ade menteri bace blog dia :P]

Monday, August 7, 2006

he's gorgeous!


my gorgeous British heartrobe!!!!

Sunday, August 6, 2006

KAED FEST '06


BMX show. aku teruja~

lawatan ke 'animal kingdom'


aku. duta iklan friskies ^_^"


"sape kaco time tido akuh?" kate encik rabbit.


tangan fid yang kejam. mencengkam 'gwen'.

+ name boyfren gwen, 'quincy'. huhu...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

pagi tadi, 1st presentation from my halaqah group.
topic: 'the' sisters in islam. hehe... BEST! everybody was participating. semua orang mengerut-ngerutkan dahi, mengangguk-anggukan kepala tanda setuju. wah, khusyuk sekali junior2 ku membincangkan isu. sejuk ati tengok adik-adik ku yang prihatin...

dalam pada yang sama, Helena juga menjadi topik perbincangan. nope, bukan Helena dalam video clips 'my chemical romance' tu. bukan yang itu. tapi, ini Helena yang baru convert Islam pada 2002 yang lepas.

Helena ini orang Miri. Ibu dan ayahnye Christian. Adik-beradiknye Christian. Grandpa, grandma, semua sepupu sepipi-nye menganut Christian. Even one of his uncle is a well known priest kat sane. tapi Helena yang ini Islam. Muslim.

aku ingat dia ni same kes ngan kak Jennifer. nama je omputeh tapi memang Islam sejak lahir. Orang Sabah bah... perkara sebegini normal disana.

dia kate:
"saye ramai kawan melayu. saya selalu tanye mereka, kenapa kena 'naik turun' [bace: solat] 5kali sehari ? tak penat ke? you boleh dengar ke orang cakap ape bila you pakai tudung?". dia ketawa.
heh, kelakar pulak dengar dia kutuk diri sendiri. tapi, kata-kata ini jujur dari seorang yang kini Muslim.

dia citer lagi:
"saye selalu fikir, bile agak-nye hari kiamat akan datang. apa tanda-tanda hari kiamat. tapi bile saye tanye my uncle, dia tak dapat jawab. dia reply, "u're too young to know." saya dah 18tahun. sy tak puas ati. saye tanya ustaz. ustaz dapat jawab soalan saye. banyak soalan yang ustaz dapat jawab. kita kena pakai tutup aurat untuk menjaga diri dari perkara buruk. dan kahwin itu perlu bagi mengelakkan zina. uncle saye [Helena] priest. dalam bible, priest tak boleh kawin. tapi, banyak saje kes priest yang berhubungan sulit dengan sisters. anak, hasil hubungan luar nikah mereka diletakkan dibawah jagaan church. supaya tiada siapa yang tahu."

ramai yang melopong. terkejut agaknye mendengar kisah benar dari Helena.

dia sambung lagi:
"islam comprehensive. it covers all aspects of life. ada sebab untuk setiap perkara. dan sebab-sebab itu logik. untuk kebaikan diri sendiri."

bayangkan mendengar kisah benar dari orang yang memang dari keluarga bukan Islam. tapi mempunyai kekuatan untuk menganut agama Islam. sorang-sorang. hanya mak, ayah, dan adik-beradik yang tahu yang dia kini Muslim. bila balik kampung, dia jarang makan dirumah. dia terpaksa mengikut nenek ke church setiap Ahad. dia terpaksa buka tudung pasal takut mak malu kat sedara lain, yang Helena sudah masuk Islam. dia tak sambut aidilfitri macam kite. dia sorang-sorang.

sedih dengar citer Helena. tapi dia rilek je. buat muka tabah je. kata dia, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". aduh... terdiam aku yang selalu mengeluh raya tak best...

Helena. dulu bukan Muslim. dia dapat hidayah. dia nampak perbezaan. dia tahu mana yang lebih baik dan terbaik. dia peluk agama islam. walaupun takde sokongan keluarga. kita? yang memang Islam sejak lahir. takde masalah nak makan. takde masalah nak solat, pakai baju tutup aurat. tapi... tetap lengah solat. tetap makan bende2 yang takde logo halal. tetap tamau percaya yang kiamat dah nak dekat sangat. masa untuk hidup hampir tamat.

aduii, terasa-nye akuh...

Wednesday, August 2, 2006

happy frenship day!

Its the official "frienship day" people!

and i miss him...

I never do anything that pleases you
So maybe we are better off apart
I don't wanna argue anymore
So maybe we are better off apart
~*~

Tuesday, August 1, 2006

Permintaan Sayyid Hassan Nasrallah untuk SEMUA umat Islam

Permintaan Sayyid Hassan Nasrallah Untuk SEMUA Umat Islam

Qana, 29 Julai 2006 - Kami Ingat

Minta baca secara berterusan Surah al-Fatihah, Surah al-Fil, Surah al-Ahqaaf, Surah Muhammad, Surah al-Fath, Surah al-Hujuraat, Surah Qaf, Surah az-Dhariyaat, dan Dua Ahl ath-Thughur dari Sahifah Sajjadiyyah.

BACA:
> Peduli Palestin
> Permintaan Sayyid Hassan Nasrallah Untuk SEMUA Umat Islam

dia...

tadi nampak dia.
dah lame tak sembang ngan dia. dah lame tak senyum2, gelak sama-sama...
seronok... walaupon hanye dapat tengok muka dia....

Saturday, July 22, 2006

PELAJAR MELAYU UPM MENGGANAS!

aku tau citer ni lepas bace blog Roslan SMS.
terkejut! tak sangke benda macam ni maseh boleh berlaku. yang heran-nye... pelaku2 ni sumanya belajar tinggi, pemuda-pemuda bakal peneraju negara.

BACA:
> Budaya kurang ajar dan biadap menular di kampus tempatan
> Mob heckles seven undergrads in UPM
TENGOK: Video> UPM

ape perlunye dorang (budak2 melayu tu) wat gitu? budak-budak tuh nak letak kaunter je, bukan nak wat rusuhan pon. takkan itu pun dah rase tergugat?

ape komen kalian?