Sunday, October 16, 2011

Kau kena sedar yang kau tu dah tua...

... bila sebelum nk cabut rumput pon ko kena stretching dulu untuk mengelakkan sengal-sengal di paha keesokan harinya*adeh*

Sunday, October 9, 2011

Adik ku si kelakar ;)

(Dalam kereta)
Ayong, Aisyah rase nak muntah la...
Boleh tahan x? Tunggu ayong berenti tepi jalan jap.


(Tepi jalan)

Haa... cepat la keluar. Kang termuntah dalam kereta kang lagi susah.
Tolong ayong! Aisyah tak boleh keluar! Kaki Aisyah kena semut-semut

*gelak guling2 dlm keta*

Friday, October 7, 2011

Ber-sms dengan ayah.

"Salam ayah. Esok ayah gerak ke KL jam brape?"

"Pergerakan subjek to confirm."


amekaw!

K A R M A

Dear ibu,

I'm sorry for not answering when you called
For lazying around when I should help you with laundry
For letting you clean the toilet while I'm out with friends
For not even helping you plucking the grasses,
even though I knew that you were out there doing it alone...

I am also very sorry...

For delaying work when you want them pronto
For putting the TV channels as top priority
For letting you wait for me while you are in a hurry
For letting you sleep late at night, alone cooking for Eid

I am very sorry ibu,
for E V E R Y T H I N G that I have done to you!

Sincerely,
Your daughter who-was-being-left-alone-scrubbing-the-floor-when-everyone-else-is-in-front-of-the-tv-last-night (-_-)

Wednesday, September 21, 2011

Shopping-mopping with Mr. Hasben.

Yang ni lawa dak? *sambil tunjuk dress cumel*
Seksi.
Yang ni? *tunjuk kemeja ranggi plak*
Jarang.
Habeh? Yang mana je yang lulus ni??
Yang ni?? *sambil tunjuk kemeja panjang kain tebai macam karung beras*

:P

-----

Lawa betol laa baju2 depa ni... stress jadinya!

Kenapa?
Yelah. Lawa dah, rega pon xdak la mahai mana. Tapi jarang. Dah la orang jenis maleh nak ber-inner2 ni. Bengang je...
Takpelaa.. Elok ber-stress2 dahulu. Ber-rilek2 kemudian...
Pasai pa plak?
Elok stress xdapat pakai baju jarang kat dunia... Tapi, jadi bidadari yang paling lawa kat akhirat kemudian...
Eheh ^____^"

Monday, September 19, 2011

l u p e . . .

tengok jam. dah 1.10 pm.
"ade kelas pukul 2. baik solat dulu" detik hati kecil ku.


pegi bilik air. bersihkan diri. amek wudhu.

masuk surau. pkai telekung.
rasa bangga sekejap pasal aku antara yang berjaya solat awal waktu.

angkat takbir. Allaahuakbar...

"Weh. bukan ko period ke hari ni??" tegur dia.

tak jadi nak rukuk. cepat-cepat bukak telekung ^____^"

Sunday, September 18, 2011

Konfom x dapat duit raya! ;p

Makyong comel tak?
Tak.

Makyong lawa tak?
Tak.

Makyong tak cantik ke? Tak manis?
Tak. Tak. Semua tak.

Makyong buruk sangat ke?
Aah.

... Perlu ke kau jujur smp begitu sekali? T_T"

Tuesday, September 13, 2011

Tuesday blues~

apsal serabut sangat aku tengok ko ni? tak sehat ke?

aah. penat beraya...


ceh.

Sunday, September 11, 2011

Rendang ibu...

do you see what ai see??


Aku: ni sape yang tinggai sudu dalam periuk ni??

Ibu: memang saje tinggai, nak bagi daging empuk.
Aku: ye ke?? Xtau pun...
Ibu: mana nak tau, dah x ghajin turun dapoq
Aku: *amek kau*

Thursday, September 8, 2011

balek kampong!!!!!!!

...badan terjelepuk di kerusi tapi hati sudah di kampung. oh!

-----
aku baru nak balek beraya di Ipoh minggu ini. cuti Jumaat & Isnin sudah lulus. hari ni baru Khamis, tp hati aku sudah tak kuase nak mengadap keje. beg sudah siap berzip. tinggal tunggu nak dimuat masuk ke dalam kereta je. woha!

-----
seminggu kami beraya di Melaka tahun ni. tp dah memang turn Melaka pon. kebetulan enchek hasben pun kena standby, jadi keputusan untuk beraya di Melaka memang tepat sekali. kalau kena panggil masuk kerja, sekurangnya tak lah jauh nak drive balik bekerja...

and you know what?
takde lah teruk sangat duduk beraya LAMAAA di rumah mertua. mungkin sebab aku bawak 'modal' yang mencukupi pulang. bila aku kata 'modal', ianya bukan kerepek, bukan kueh raya. tapi itu budak-budak kicik penglipur lara :)

cucu cucu sayang :)

-----
awal tahun lepas, abang ipar aku kawen. rezqi mereka bunting pelamin, dah nak bersalin puan Bini hujung bulan ni.

dengan adik ipar aku dah pesan, jangan kawen awal sangat. aku belum puas merasa seronok ade adik lelaki lagi.

... tapi hujung tahun ni turn dia pulak.
kalau bini dia pon rezqi cepat, tergugat ah kedudukan aku sebagai ibu kepada cucu2 kesayangan (-_-")

Monday, September 5, 2011

...bizi nye aku
*entry budget Perdana Menteri :P*

Monday, July 18, 2011

3 beautiful years...


Happy Anniversary Sayang :)

Friday, July 1, 2011

pengalaman c-sect adik kakak 2

lain orang, lain ceritanya.
dari pengalaman sendiri, bersalin secara caesarian juga ada peritnya.

kalau bersalin normal, sakit yang dirasai bermula sebelum dan semasa sesi bersalin itu sendiri. tapi bila bersalin secara pembedahan, rasa sakit itu datang semasa dan selepas selesai pembedahan. tak percaya? terpulang... sebab lain orang, lain pengalamannya :)

sebelum bersalin, aku cuba untuk mempersiapkan diri mentally by asking people their experiences and reading lots of infos on c-sest delivery. and i secretly hopes that it wont hurt that much.
pengalaman operation yang dulu (waktu ectopic dulu) sedikit sebanyak membantu juga, cuma dulu i opted for full-bius. bior tak sedor langsung. heh...

tapi, full anesthetic will only be used if there is complication to the mother (kalau tak silap aku laa). so, half-anesthetic it is. cuma pelik, kenapa depa tak bagi husband masuk. pasal setahu aku, kalo dah namanya private, dorang tak fussy sangat pasal husband going in the O.T. ntah la.

cuma aku rasa, kalau laa si suami dapat masuk and tengok sendiri proses pembedahan tu, mesti dia lagi tambah-tambah sayang kat aku *eheh- perasan*

keluar dari O.T, aku masih lagi terketor-ketor macam baru lepaih kuar freezer. nurse pon dok pelik, pasaipa aku dok terketaq2 lagi walaupon dah kuar dr O.T. Doc kate aku ni kecik, kurus, lemak tarak. itu pasai dok rasa sejuk sgt tu...

bila depa dah usung masuk wad, aku tak dibenarkan makan sehingga 6jam. kalau dahaga sgt nk minum pn, sip sikit2 je. dorg takut gastrik, psl perut baru lepas kena peghosah tadi kan huhuu...

knowing me, mane mau nye aku tahan. dok minum laa sikit2 ayaq zamzam yang ibu bawak tu. sikit je pon aku teguk, tak sampai 2 sudu pon. tuptap perut rasa tak sedap, terus dok muntah balik semua. and when i say semua, entah segala macam cecair dok keluar. i got no control over myself at the moment. macam mana anak ko muak bila dia tak disedawa lepas minum, macam tu gk laa aku dok muntah. ahmad muaz dah menggelabah. sian tengok dia kelam kelibut. sayang dia kat bini dia :)

malam yang pertama, aku tak boleh bangun lagi. nak weewee suma pakai tiub. tapi dok gagah gak men hp, nak updet status kt FB suma hehehehhe...

malam tu, bila family semua datang, the one person that i look forward was my pretty Sarah. oh, rindunya ibu kat kakak Sarah ibu sorang ni. tapi, mampuh dia tak heran kat aku, pasai dia dh nampak abah dia dulu *ceh*

nak kecik ati pon tak guna, bukan aku buleh dukung dia pon huhuhuhu....

the next day, nurse kasi bukak suma tubes yang ado. and i have to try to go to the bathroom sendiri. of course la ahmad muaz kna ngekor skali. buatnya aku mangkor dalam bilik ayor tu sape nk tanggung??

darah nifas tak sebanyak yg dulu, probably bcos doctor dh sedut mos of it waktu kat O.T (kata aku laa). tapi MASYAALLAH SAKITNYA BADAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku ibarat Quasimodo yang membongkok nak ke bilik air, jalan macam nenek kebayan tak bertongkat and napas dok putus-putus pasal menahan sakit... kalau bersalin normal ituhari, at least badan tak sakit. celah tu ja yang dok mengepit pasal takut carik eheh

tapi yelaa... kalo tak sakit, bukan nak beranak la namanya... kalo tak sakit, bukan Jihad la namanya... kalo tak sakit, mana nak terhapus dosa dosa lama :)

sebenarnya, proses melahirkan ni lebih menitikberatkan keselamatan si anak dalam kandungan. kalau yang terbaik untuk si anak adalah melalui 'tingkap', maka si ibu pon kena la akur dengan cadangan doktor. bukan saje2 je dokte nak bedah ko. kalau rezqi anak keluar melalui 'pintu', bersyukurlah. yang penting, kedua-duanya selamat. sehat. walafiat :)

aku bersyukur gak sebenarnya diberi peluang merasa nikmat bersalin Cesarian ni. walopun sakit, sekurangnya aku merasa rasa sakit keduanya. dan boleh berkongsi pengalaman dengan semua. yang pasti, aku takkan jadi macam depa-depa yang sesuka hati mengata si ibu yang bersalin si anak secara c-sect.

sakit tau? sapa kata tak sakit ;p

Sunday, June 26, 2011

atas nama chenta :)

Antara pantang sewaktu berpantang:
- jalan kena perlahan
- stokin kna panjang, tebai, tak boleh tak pakai
- minyak panas adalah sahabat baik sepanjang 44hari
- rambut kena ikat sanggul tinggi, ketat smp kulit muka tegang megang
- tak boleh membaca, menonton tivi
- makan tak boleh tambah, sekali makan biar banyak terus
- air minum kena panas dan tak boleh minum terlampau banyak
- muka badan kna rajin tempek segala jamu mamu

dan apa yang akan berlaku jika pantang dilanggar?
segala macam sakit akan mendekati anda tatkala dikejar usia. tak payah tunggu tua, esok lusa pon dah buleh rasa kesannya. oh!

... ahmad muaz, terima kaseh kerana sanggup jaga saya sampai tua. i love you too :)

Tuesday, June 14, 2011

pengalaman c-sect adik kakak

hari ke-18.
sekejap je masa berlalu. macam baru semalam je dokte dok robek-robek perut aku.

menipu betui. kalau semalam baru kena operate, kompom ini hari dok terbaring je seharian ;p
~~~~~

my due date is supposed to be on the 5th of June. tapi aku sudah standby di rumah since 21st of May, as ordered by the doc. and since my next appointment is on the coming Saturday, decided to mula cuti jela. sian ahmad muaz dah tak larat nk pegi-balek hantar aku ke ipoh... :)

so,
Sabtu tu, lepaih amek Aisyah dari tuisyen, aku pon poei la ke hospital for my weekly checkup. sementara tunggu turn, ade la 2-3 kali aku ke toilet. standart ah ibu mengandung, kalo tak ke toilet selalu tak sah. tapi, yang saspennye, ade secalit warna merah ibarat darah di panties. timbul sedikit gabra. "ini ka ghopa bleeding nye??"

aku rilek lagi. tak lama dah turn aku. satgi la baru inform doc.
aku ke toilet lagi. kali ni ade lendir2 darah plak. "sah bleeding ni."

masuk bilek doktor.
"bagaimana puan hari ni?"
"saya rasa saya dah bleeding la doktor..."

terus doc suh aku baring. dia nak check utk confirmation.
sah bleeding katanya.
dia scan plak perut.
uri sudah tidak blocking the exit. tapi kepala masih tidak engage.

"takde jalan lain, puan. kita akan operate hari ni juga."
"heh?? hari ni gak?? bila?"
"sekarang?"
"HEH!!"

mau tak gabra!

"tak buleh induce ke doctor? kenapa kena operate gak? kan plasenta dah tak block exit?"

"betul tu puan, tapi puan dah bleeding. kalau kepala dah engage, memang kita buleh cuba induce lagi. and since dah bleeding, kite tak mahu amek risiko tunggu kepala baby engage. takut puan hilang banyak darah..."

alhamdulillah... aku tak kena bedah dan dan tu gak. since tekanan darah, jantung suma ok stabil, doktor berani bagi can laki aku sampai ipoh dulu baru bedah.

ahmad muaz sampai dalam 3 lebih, doktor kate aku akan masuk operation room dalam jam 5. waktu tu, aku and suami rilek lagi. buleh dok online, men game, bace blog komik suma lagi. dekat jam 5, nurse dh suruh aku tukar baju suma.

aku mula gabra.

sebelum ditolak keluar, nurse tanye "nak cakap pape dgn suami tak?"
aku nampak muka ahmad muaz cuak. sayang jugak dia kat aku :)

ahmad muaz ikut aku sampai ke pintu bilik bedah. dah tak nampak dia baru aku mula gabra.

bila dah beralih tilam, aku ditolak masuk ke bilik bedah. macam dalam tivi tu la, bilik yang ade lampu duatiga tu. ramai dalam O.T (operation theatre), nurses, doc bius, and more nurses. macam-macam laa depa dok sembang sesama sndri. aku dok telentang macam hapa dah tak sapa pedulik huhuhuhu...

doc bius mula cucuk bius kat blakang badan. itu baru bius utk pastikan blakang aku tak sakit, since depa akan cucuk another ubat into my spinal utk pastikan aku takkan rasa apa-apa from the hip all the way to my feet.

once the medication starts to make its effect, everyone suddenly went quiet. tapi suma pakat kelam kabut baringkan aku, cover pandangan aku from leher upwards and the surgery starts...

sungguh, memang aku tak rasa doctor kerat perut aku suma. tapi aku dapat rasa ade benda tekan, benda kuar masuk dari bahagian bawah.

aku cuba sehabis baik untuk ingat apa yang berlaku tapi mashaallah... sejuknye dlm o.t tu!!!!! tangan, bahu, tulang pipi aku suma bergetar dek tak tahan sejuk! aku siap mintak tolong nurse urutkan tulang pipi aku, lenguh dok bergetar nonstop.

tapi aku sempat dengar doktor mintak forcep and nurse dok tekan2 perut aku. and yes, aku dpt rasa sakit kena tekan itu.

and suddenly, kedengaran suara teriak adik kakak :)

... sesungguhnya, sapa yang kata bersalin operate tak sakit adalah penipu bosaw!!!!!!

* to be continue

Sunday, May 29, 2011

she has arrived!

presenting the arrival of

Ummu Hannan Binti Mu'az @ Ahmad Muaz Bin A'denar
D.O.B: May 28, 2011
T.O.B: 5.33 pm
P.O.B: Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan
Weight: 3.1 kg
Length: 5.2 cm

welcome to the family dear!! :)

Tuesday, May 10, 2011

having a coke with you...

is even more fun than going to San Sebastian, Irún, Hendaye, Biarritz, Bayonne
or being sick to my stomach on the Travesera de Gracia in Barcelona
partly because in your orange shirt you look like a better happier St. Sebastian
partly because of my love for you, partly because of your love for yoghurt
partly because of the fluorescent orange tulips around the birches
partly because of the secrecy our smiles take on before people and statuary
it is hard to believe when I'm with you that there can be anything as still
as solemn as unpleasantly definitive as statuary when right in front of it
in the warm New York 4 o'clock light we are drifting back and forth
between each other like a tree breathing through its spectacles

and the portrait show seems to have no faces in it at all, just paint
you suddenly wonder why in the world anyone ever did them

I look
at you and I would rather look at you than all the portraits in the world
except possibly for the Polish Rider occasionally and anyway it's in the Frick
which thank heavens you haven't gone to yet so we can go together the first time
and the fact that you move so beautifully more or less takes care of Futurism
just as at home I never think of the Nude Descending a Staircase or
at a rehearsal a single drawing of Leonardo or Michelangelo that used to wow me
and what good does all the research of the Impressionists do them
when they never got the right person to stand near the tree when the sun sank
or for that matter Marino Marini when he didn't pick the rider as carefully
as the horse

it seems they were all cheated of some marvelous experience
which is not going to go wasted on me which is why I am telling you about it

Frank O'Hara

Saturday, May 7, 2011

she's back for the week!

Sarah & my sisters are here for the whole week! *yeay!*

Angah drives and Ajah cam besa laa kena babysit Sarah. alhamdulillah, Sarah tdoq all the way sampai dr Tapah sampai ke PD. dah sampai ghomah pon dia dok sibuk nak tdoq lagi. hahahahaha... sayang ibu penat ye jalan jauh dengan keta? :)

rindu betul ibu dengan Sarah. rasa puas dapat tengok muke Sarah setiap hari, Sarah senyum kat ibu pagi-pagi, Sarah tunggu ibu dekat sliding door setiap kali ibu balek keje... sejukkk hati :)

abah lagi lagi laaa suke. berdokong je kome berdua ;)

~~~~~

Ibu repot, kata Sarah asek dok garu dia punya tanda lahir sampai luka berdarah. doktor plak mane buleh simply kasik ubat gitu je tanpa checkup.

so, that Friday, i purposely took a day off from work to bawak Sarah to see her Paed. and bawak adik2 aku berjalan. sian pulak kat dema dok terperuk dalam ghomah je. Sarah takpe, she's in her own playland *hehehe*

but the special reason we went out was because...
... i'm off to Celcom centre to claim my

hehehehe ^___^"

ye, ye. aku tahu, aku laa dulu dok bising kata telepon yang kena touchscreen ni leceh laa, hape laa...

... tapi, kalo dah ado org nk belanje, ape salahnye kan? hehehehe...

sungguhpon henpon ni berat, nak pegang pon takut-takut pasal casing blakang dia kaca, kamera dia pon tak canggih mcm Elm aku....

... tapi memang pueh ati laa bila nk check/reply email, online FB, blogwalking... rase macam dok surf guna netbook but smaller.

suami-ku ahmad muaz, terima kaseh ye? tapi maap, ai x mampu nak balas hadiah mahai2 kat yuu (--")

nanti yuu claim dari anak-anak kite ye? *eheh*

Monday, May 2, 2011

3 tahun yang lalu...

Hari Buruh. orang cuti. tapi aku koje.
aloh... takat nk koje jage exam je, bukannye penat mane pon. buhsan je la sikit. tapi dapat claim cuti triple woo! *yeah*

aku ni, dh memang terdesak dh mencari peluang menambah jumlah cuti tahunan. yelaa... setahun dapat cuti 14hari je. kalu bawak anak checkup suma, mane laa dapat m.c. jadi kena laa tolak cuti tahunan *uhuk uhuk*

ni dh nak bersalin ni, kena laa standby cuti gak. mane laa tahu nak lajak cuti bila2 ke... aku bukan koje gomen. kalo dak, buleh cuti bersalin sampai 3bulan hohoho...

~~~~~

May 2. Monday.
Since Labour Day falls on Sunday, so Monday kira cuti am laa. hohoho... makcik suke!

bila diingat-ingatkan lagi, hari ni sebenarnya genap 3 tahun aku bekerja sebagai pendidik. terdidik-kah murid-murid ku? ntah. insyaallah, aku dah cuba sehabes baik. berkongsi ilmu semampunya, dengan harapan, ade yang keluar menjadi manusia.

kesian sebenonye kat budak2 ni. kesian kat depa, kesian kat mak pak depa. yang memang datang NAK belajar, NAK cuba berubah... memang ado. tapi tak seramai yang datang untuk bersuka-suki. kununnye, masuk kolej ni lah masa untuk depa berjoli, merasai hidup bebas tanpa kongkongan mak ayah...

banyak terpengaruh dengan tivi sangat budak2 sekarang ni *mcm laa aku baek sgt* (-_-")

ye, aku akui. dulu waktu first sem kat u*ia, bukan men lagi aku jelajah KL tu. pi situ, pi sini. jalan sana, jalan sini. tapi dak laa sampai klabbing bagai suma. aku maseh sedar asal usulku.

study pon slalu last minute, buat esemen main dann je, takde laa nak khusyuk macam orang len.

hasilnya, pointer tak naik tiga. takdak la bawah dua. tapi keciwa laa pasai aku tau, aku buleh dapat tiga. dulu waktu matric buleh ja dapat tiga kan??

menyesal takdak guna.

itu yang aku dok bebel setiap kali masuk kelas pertama setiap semester.
"Awak kena fokus dari hari pertama kelas..."
"Buat semua latihan, assignment yang saya bagi..."
"Tak faham, datang jumpa saya..."

tapi macam besa laa...
manusia mudah lupa :)

depa ni, yang kaya tu. kaya laa. tapi yang kaya pon bukan depa, mak pak depa jaa...

tapi kalau yang kurang berkemampuan tu, memang kita kesian sangat...
bapak keja buruh, mak surirumah, adik-beradik ghamai... tapi kalau hangpa tak usaha sendiri, mana mau kami tolong lebih-lebih...


kelas selalu ponteng. dalam kelas tak fokus. bila bagi assignment, nampak beno copypaste nye. pastu bila exam, semedang dok tanya aku maksud perkataan. takkan laa dah sem6 pon tak tau maksud 'describe' lagi sayang oiii?????

kesian tau kat depa ni... kesian sangat. tapi kalau depa sendiri tak kesian kat diri sendiri, camna? markah dari 40% dapat 8% ja??

~~~~~

dalam2 aku xmau jadik cikgu dulu, ni laa sumber rejeki aku sejak 3 tahun yang lalu. alhamdulillah, onak duri dalam realiti bekerja berjaya ditempuh. cuma aku harap, tahun-tahun yang akan datang, aku akan lebih kuat, lebih cemerlang, bekerja dengan lebih tekun supaya gaji aku dok dapat setiap bulan ni halal, bukan hasil kerja curik tulang! *ameeenn*

ada niat nak sambung M.A, supaya nikmat ilmu lebih meluas. cuma belom diketemu laei ruang masa yang sesuai. mungkin lepas enchek suami graduate dr B.A nya. harap tidak terlambat :)

~~~~~

anak-anak ibu,
besar nanti, blajar rajin2 ya? biar pandai macam abah :)

Saturday, April 30, 2011

Barakallah :)

suami:
kenapa dorang kawen hari Jumaat ek?

isteri:
laaa... kan berkat nikah hari Jumaat, penghulu segala hari?
*wink* ^___~

~
~~~~~

sungguh-sungguh laa meriah kawen depa ni. almost everyone tuned in to see the live coverage of their wedding. yours truly ni koje, so lepaih koje laa baru buleh dok feeling2 layan blushing perasan pengantin baru *teheee*


berseri sungguh kedua mempelai :)
dress si Kate ni pon simple je, yet elegant. tp nampak mcm kurus sangat...

her baju persalinan is to die for! lawa gile!!!! sleek habes!

Will,
jaga bini hang baik-baik noo. Jangan jadi macam pak hang naa... semoga kekal bahagia selamanya...




** panjang sungguh rukun nikah depa ;p