Tuesday, November 12, 2013

hello!

My last post was on April.

It is now November.

I don't meant to ditch the blog for good. I just don't have the time.
I don't even have time for myself.

Even dalam bilik air pon, ade je tangan hulur bawah pintu,

 "Ibu buat ape tuuuu??" 

Aduh.

Sunday, April 21, 2013

Hari ini dalam sejarah :)

buat pertama kalinya, kakak Sarah tak pakai pampers for the whole day dan berjaya tahan wee-wee + buang air beso sampailah dia di dalam bilik air!!
i am so proud of her!!

funny how these little things make me happy.

aku dulu cano ek??

Wednesday, April 17, 2013

selepas ribut berlalu...

lama tak update.

besa laa, perasan sibuk. semester sudah berakhir, so baru boleh ghajin sikit buat benda lagha. heh. baru balik dr ipoh neh. syok woh cuti sampai 4 hari.
pastu bile nak balik semalam, sebak semacam. sobs. 

siannn mak aku.
memang laa ade adik beradik lain kat ghomah. tapi iyelah, masing-masing dh beso. sibuk dengan karier lah. sibuk dengan internet lah. sibuk tengok tivi lah. bapak aku pulak gatai pi terima kija jauh. wiken saja baru balik. bila balik plak, dok sibuk tidoq. penat katanya. 

dihujung hari, tinggailah mak aku sibuk buat hal sendiri gak. dah suma pakat buat-buat sibuk semua...

tu pasai aku suka kalau dapat selalu balik sana. 
selain dari dapat balik kampung sendiri, aku suka bila dapat sembang dengan mak aku. cerita apa saja dengan dia. pasal aku, pasal cucu-cucu dia. pasal kawan-kawan aku. apa-apa saja. 
pasal dia akan senyum setiap kali :)

mak aku dh makin kurus. makin ringan.
lengan dia makin kecik, patah lagi si pinggang. baju suma pon dah banyak longganq. risaw weh.

last week dia cita, ade orang rembat segala botol plastik, surat khabar lama, besi sidai kain dari belakang rumah. patut laa beria beli mangga baru, takut dia datang semula. mau aku tak risau? kalau mangkok tu tahu yang ghomah tu xdak laki, takut dia berani datang di malam hari pulak. aduh.  

ni la kot lumrah hidup.
waktu kecik, anak dikasih disayang.
bila dah beso, dah kawen, dah kena ikut suami dok jauh. aku doakan semoga adik-adik semua dapat jodoh yang baik dari tempat-tempat yang tak jauh dari ibu aku. bior le aku sorang je yang jauh, depa bior lah dapat dekat2 sana saja. dok satu rumah lagi bagus.

lepaih ni turn aku pulak.
harap Sarah Hannan tak lupa ibu abah opah atok dia insyaallah ;(

Tuesday, April 16, 2013

sakit pelik?

isteri: sayang, nanti dapat bonus nak buat ape? bercuti jom??
suami: tak boleh lagi? nak kena setel hutang credit card dulu suma...
isteri: kata ituhari buleh setel pelan2?
suami: memang boleh tapi lebih baik kasi clear hutang tu cepat sikit. senang 
          laa nanti, kalau awak sakit pelik2 ke nanti dah ade backup... 
isteri: apsal pulak saye pulak sakit pelik2? mane pulak awak tau saye nak 
         sakit pelik2 ni?? amboi... (sambil jegil mata)
suami: eh? bukan macam tu ehehh... (taktau nak cakap apa)

Friday, March 1, 2013

mine, his & ours

sedikit menyesal. 
sebab tak rancang perbelanjaan. sebab tak prihatin. sebab tak peka.

aku tak tahu yang kompeni akan bagi bonus. ok fine. aku tahu. tapi, aku tak pernah berharap yang depa akan bagi gak. pasai pernah dulu aku berharap, pastu tak dapat. frust weh!

so, bila tetiba dapat. aku jadik gelisah weh!

laki aku pulak teringat, yang aku ada janji kat dia kata nak bagi suma duit bonus aku pada dia.
hamekaw! tak tenang jiwa weh...

tetapi, being the gentleman that he is, dia pon kata:
" takpelah... anje amek laa balik duit bonus tu semua. sayang hadiahkan balik pada anje... "

sweet tak? sweet kan??

pastu habesssss, sepanjang masa dia dok mengungkit wehhh hahahahahaha

dah memang rezeki dia, aku pon beli laa jam baru, sepasang untuk kami berdua. 
and he hug me openly in public, right after.

ooo, itu caranya nak suh dia show his affection to me in public hikhik *gelak gedik*

sakan aku wehh tunjuk jam baru aku kat kawan semua.... masakan tidak, jam beli sendiri weh. rasa hensem jak pakai. sikit2 ushar, macam tak caya beli jam mahai hehehehe

48jam lepas tu, aku 'ter'tinggal jam tersebut kat surau Aeon.

bermulalah episod mendung selama seminggu (-_-")

aku dah serik nak pakai jam dah. pasai sebelum jam ni (yg laki aku bagi), aku dh pon tertinggal jam aku kat rumah sedara & depa tak jumpa mana depa simpan pulak dah.

mungkin bukan rezeki aku.

tapi rezeki laki aku??

tak lama lepas tu, bila aku kemas meja kat bilik, tuptap nampak jam yang sama atas meja.

senyum aku weh. sayang laki aku kat aku. dia sanggup lagi belikan jam yang sama. despite my clumsiness. 

pastu aku kerling, nampak jam pojaan si dia sekali kat tempat yang sama.

"ceh. patut laa belikan. nak carik alasan beli jam baru rupanya" ;p

... i still love you though sayang. thank you :) 

Friday, February 1, 2013

Kau pergi...


Another friend is leaving today.
But this time, she is quite special than the others.

She is famous yet very humble. 
I didn’t watch the show but she was finalist. So she must be good then.
She is witty yet very religious in nature. 
Azan je, terus ke surau. Nampak orang khusyuk main pc, mesti dia tanye dah solat ke belum. Siap jerit2 bising lagi. Tapi takde yang marah. Aku selalu kena (heh) tapi tak pernah aku nak rasa terasa ke hapa. Probably sebab ape yang dia tegur tu ade betulnye...
 
And what makes it even harder to let her go, she is like a sister to me.
I’ve been working for almost 5 years now but I have never really felt like I have a close friend at the office. Until she came into the picture.
And now that she is leaving, I can sense that it is going to be a lil bit different at the office...

But that is life. 

Tadi, was our last zuhur together. Due to tiredness from last night’s event, she accidently forgot how to recite surah kursi. Pastu waktu doa, buleh sungguh2 nangeh. Macam buat dosa beso.
Ko bayangkan... punyalah sedih hati, rasa bersalah dengan tuhan nangeh macam boypren mati... pasal lupa ayat kursi tadi.

Kau hade ke wynn?? Nangeh tengok telemovie ade la ;p

Lepas kau pergi, takde dah orang nak bising2 ajak aku solat awal.
Lepas kau pergi, takde dah orang nak sukarela jadik imam solat.
Lepas kau pergi, takde dah aku geng nak mengumpat (eh?!)

I am soo gonna miss u Tuan... Akak doakan segala yang terbaik untuk ko dunia & akhirat. Semoga sukses grad sarjana, semoga sehat2 sejahtera, semoga bahagia bersama encik suami hingga ke syurga...

Thursday, November 22, 2012

It's back!


Jom la jom la!!!!!!!

Monday, November 12, 2012

Sebarkan Cinta-Mu kepada kami sekeluarga ya Allah!

Ok. I cheated. I read my December's pick first. Cannot tahan laa. Even though the F. Scott Fredrick's was obviously thinner, this novel Tauhid is really tempting!

I started reading it at home, after the children are all asleep. Page by page when by, I lost track of time. It was already 3am!

The next day, balek koje sambung balik. and after maghrib sambung balik. budak-budak pun macam tak heran dah tengok ibu dia sibuk bace buku. depa pon ikut join membaca, walaupun terbalik bukunya hahaha...

and macam tak percaya, I finished it right before Deepavali! *high five*

ok. aku tak mampu nak cite sinopsis novel ni. pasal cita dia gila panjang! and the notes that comes with it is also very the hard to explain by me - I am no ustazah, mind you.

but what I can share is that, this novel educate readers, especially women, of their rights in Islam.

tahukah anda??
Rasulullah s.a.w tidak pernah ada masalah keluarga sepanjang bermonogami selama 25 tahun? Tetapi ditimba pelbagai cabaran sewaktu bermonogami selama 10 tahun??

tahukah anda??
Rasulullah s.a.w tidak menghalang menantu2 lelaki beliau untuk berkahwin lagi tetapi meminta supaya anak-anak perempuannya diceraikan, kerana tidak rela anak-anaknya merasa beban emosi bermadu??

tahukah anda??
Isteri layak untuk minta diceraikan sekiranya tidak rela dimadu, dan mahkamah akan meluluskannya dengan sebab musabab yang sah??

Betul, poligami itu sunnah. Tapi ianya bukan galakkan yang dituntut.

Kalau kamu mahu berkahwin lagi, dengan alasan mahu mengelakkan zina, maka ini menunjukkan yang kamu sendiri yang mendekatkan diri ke jalan zina tersebut. dan isteri ada hak untuk menolak diri dr dimadu dan ade hak untuk minta diceraikan.

aku tahu, cakap memang senang. tapi, percayalah. aku tahu perasaannya, pedih perit kesan dari melihat kasih sayang orang yang kita sangat sayang dikeciwakan.

aku sokong penulis.
kalau kamu kata poligami itu sunnah. kamu juga harus mengaku yang penceraian itu sunnah, perhambaan itu sunnah. kerana nabi pernah menceraikan & memberi cerai kepada isteri-isteri beliau. kerana nabi juga pernah mempunyai hamba.

ye. mungkin aku bias. sebab aku perempuan. sebab aku isteri. sebab aku juga telah merasa menjadi mangsa keadaan.

tapi, percayalah. lepas baca novel ni, aku betul-betul rasa lebih tenang. aku nampak tujuan hidup sebagai Muslimah dengan lebih jelas. yang hukum Allah memang adil, tak lebih tak kurang. tak bias pada lelaki, mahupun perempuan.

semoga aku dan keluargaku dapat mencapai sakinah mawaddah wa rahmah dalam berkeluarga. ameeen.

terima kasih F-atimah S-yarha. Terima kasih Allah :)

Wednesday, October 31, 2012

my personal target for 2012... late!

Came across this while googling for a reading list. Was amazed with the commitment. Despite being a Literature grad, I let other things took over my time.

Must try (again) to overcome this laziness of reading.

Will start with whatever books I have at home.

Even though it is already end of October, will start my reading list from tomorrow, November 1st.

So here I present my personal reading list for 2012:

November - The Great Gatsby by F. Scott Fitzgerald (my 1st time- pathetic I know)

December - Sebarkan Cinta Mu by Fatima Syarha (bought during the previous book fest)

Better late than never! Wish me luck!
Some cosmetic salesperson can be quite the bully, you know?

Just because I asked about the product, does not mean that I want to buy it right on-the-spot!

Just because I asked the wrong questions, does not mean that I'm stupid and gives you the chance to hassle me with statements like 'kalau you tak gune ni, sampai bila-bila pon you takkan puteh'!

And just because I did not know about some cosmetic terms you are using, does not give you the right to point out all of my facial problems right to my face!

Pastu boleh pulak ko buat muke bengang bile I POLITELY excuse myself just because I refuse to buy the product from you!

Dei makcik. Kalau ko cakap elok-elok, treated me like a customer supposed to be treated, kompom aku beli tau? Pasal laki aku dah memang nak belanje, walaupun reganye rm150++ tau??

Your loss! *blweeek!*

Sunday, October 14, 2012

Just the two of us :)

Went to S-OGO, accompanying the husband shopping.
True story though. I was already broke since he first week; paying bills and stuff.

Got bored so went for jalan-jalan. Arrived at the lingerie section. Got sale, RM100 bra got discounted to RM40. Must try.

However, they cannot find the one exactly suits me comfortably. One was too tight, the other was too spacy.

Apparently, despite being a mom of two, my size seems to be non-exist (-__-")

Oh well.

Continue jalan-jalan. Reached the perfume section. Bumped into one tall saleswoman. NOT! His breast was so big, I should I him what was his secret.

Gile ah!

Wednesday, October 10, 2012

berita minggu lepas

Last week, the cast & production crew of 6 P-rogresif came to our college to shoot their season 2 episode. 

Memang pakat jakun laa kami bila tau dok ada pelakon datang buat shooting kat kolej tengah hutan neh. Jangan kata student, cikgu cikgi depa pon kalut laa aih... aku juga tidak terkecuali.

Petang tu nampak encik Z-ahiril A-dzim dok men hp kat laman panaromik kami. aku pon waktu tu gak laa dok sibuk nak kol laki aku, sambil buat ala ala mencarik signal supaya lebih jelas bercakap; sedangkan sedang mencari coverage yang lebih jelas nk tengok the actor in real life.

mak ni pemalu noks, berani melompat lebih tinggi dibalik tingkap tinted pejabat itew jew. student aku siap bergambo sakan lagi huhuu... (-_-")

anyway, my students caught me wandering around like its my first time at the college.

"Teacher carik sapa-sapa ke?"
"Saye tengah ushar pelakon ni... awk tak perasan ke sapa tu??"
 "Sape? Tak kenal pon. Suami teacher laki hensem kot."

1- baguih sungguh laa aih hangpa xkenai pelakon suma ni. hati dok suci lagi.
2- ehh... laki aku hang kenai pulak ye?? adehhh...


Tuesday, September 25, 2012

or at least that is what i told myself (-___-")

... and another one left to pursue better life in the future.

'we have to have the dream to be rich. to be better. to excel...'

'see? if you are strong enough to embrace new things in life, you will see that there are a lot more opportunities outside the cocoon'

'... tapi lain la you, you dah kawen.'

stop.right.there.

what are you trying to say here? that my life is over once i'm married? that there will be no more opportunities for married people like me?? that i'll be miserable here, not having the chance to be what...you???

 sape tak mau berjaya dalam hidup? sape tak mau kaye? sape tak mau ade kuase?

tengok kawan2 suma pakat sambung master, sape kate aku tak jeles? sape kate aku tak kesah?

of course i wanted to further my studies. 

but i wanted to do it for all the right reasons... bukan sebab aku jeles kawan2 sambung study, bukan sebab orang suruh, bukan sebab tergugat mak mertua aku dah ade PhD (kau hado??)

i love following the husband to utmspace. tengok all those adults wearing school bags, clutching to their files and textbooks reminds me so much of my study years. and among all those students, the husband is of them. so proud of him!


... sabarlah wahai hati. kang bila betui2 dapat sambung blaja kang, ko bising mengadu stress pulak hahahahahaha


as of now, lets make do with my double degree at home, my pretty Sarah & my lovely Hannan :)

Wednesday, August 29, 2012

know you know...

kengkadang aku pelik. 

aku dah kawen. anak dah dua. tapi bile balek kampung, aku maseh kena ikut mak ayah aku pi ghaya rumah sedara mara semua.

no offence. i'm not saying that i hate visiting relatives... tapi sampai ke tahap nak raye rumah kawan pon tak boleh, buleh bikin hangin juge dibuatnye.

adik aku yang belom kawen boleh pulak tinggal rumah. alasan: 'ade orang nak beraya rumah, takdak masa lain dah nak datang katanya'. say what??

until we went to opah chik's house. and she said to me...

"Kamu ni yong... cepat benor kawennye... tak pueh (puas) nak meghap"


... mungkin sebab tu mak ayah aku dok sibuk 'ikat' aku lagi, sebab depa tak pueh meghap dengan aku lagi...



**meghap - manja


Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya.

Ramadhan tahun ni... performance teruk ah. sangat teruk... sampai aku tak rase excited langsung nk sambut raya...

yes, of course i am happy since tahun ni turn raya di Ipoh. tapi semangat tu tak dak. 

kite sambut raya, sebagai meraikan kejayaan kita perform puasa dengan jayanya... perform ibadah dengan lebih baik since enchek syaitonirrajim pi check-in masuk neraka... tapi tulah. tanpa disedari, nafsu yang beraja...

semoga tuhan berikan lagi rezqi untuk aku bertemu Ramadhan tahun hadapan *ameeen*

Tuesday, July 10, 2012

Struggling To Be A Better Muslimah Everyday *insyaallah*



One of the most memorable words from Wardina,
" Do not question Allah for He is the Most Forgiving but question ourselves; are we sincere enough in seeking Allah's forgiveness? "

Wednesday, July 4, 2012

Monday, May 28, 2012

She's ONE!


My Ummu Hannan turns 1!

Anak yang penuh dengan kasih sayang, that's you! Ibu loves you so so much! Membesar dengan sihat dan kuat ya? Despite being lovingly bullied by your Kakak Sarah teheee~

I love you sweetheart! *mmmuuuuaaahhhhh*


Tuesday, May 15, 2012

nikmat dunia?

Orang selalu pesan, ''jangan dok suka sangat, kang malam nangeh''.
sapa orang tu pon xtau :P

dalam kes aku ni, ianya bukan berlaku semalaman, tapi elok lepaih selesai satu kumpulan...

previously, aku ade tules pasai aku dapat peluang ngajaq kelas English for Communication for adult learners. It's part time, yes, but the pay is generous so i made sacrifices to take annual leaves in order to accommodate the part time classes because obviously, the classes cannot be done outside office hours.

which is not much of a problem, due the generous amount of pay i will get from it!

dah berangan dah: nak cat ghomah kaler laen-laen in each rooms, nak buat pantry cum storage room yg cun, nak itu... nak ini...

ok. stop berangan.

selepas berehat for around 2 weeks, i started to prepare for my second group of the class. dah update slides and whatnot. so i make a call to their HR, to confirm on the venue of the class and the number of participants this time around.

And the HR said to me,
"Orang KK x call you and mention anything ke?"

I was like, "The last time i got a call from them was 2 weeks ago..."

"Oh dear. They told us that we will be getting a new instructor and she has already started her class yesterday.".

Curtain closed. Stage-light faded.

TERUK SANGAT KE AKU SAMPAI KOME TAK BOLEH NAK CALL AND TELL ME YOURSELF?? BENGANG SIOT!!

Ko bayangkan ye... knowing this from the client itself. As if I was soooo bad in teaching that they decided to change instructor behind my back. Professional la wey! Kot ye pon aku teghok sangat, tak boleh nak email kabo?? Bunguks.

Anyway, after several times not picking up my calls, the PIC reply my sms:

miscommunication sampai 2minggu?? teruk sungguh gerak kerja kome!

deep inside, i'm somewhat thankful. at least, cuti tahunan den maseh ado! so no worries kot nak amek cuti bawak anak pi check-up ka hapa.

the downside, of course, kembali ke belanjawan yang tak seberapa. which is not that bad, cuma tak buleh nk splurge la untuk rumah baru ngeee~

kita merancang, tapi yang terbaik tetap datang dari DIA. Insyaallah :)

Thursday, April 19, 2012

Peringatan untuk aku

UnTuk KaUm HaWa: 2 TaBiAt BaWa Ke NErAkA...

Sebagai peringatan untuk kaum hawa dipaparkan suatu peristiwa di suatu

Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum hawa untuk bertemu dengan Rasulullah SAW.Tujuan utamanya adalah untuk meminta beliau memberi ucapan khusus untuk kaum hawa. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum hawa berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, lalu memberi salam serta tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum hawa.
Wahai kaum hawa, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
[Contoh 1]
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.

[Contoh 2]
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

[a]. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

[b]. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat 'ham' dan 'hazan'. Sifat 'ham' bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat 'hazan' bererti berdukacita"

[c]. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

{1}. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

{2}. Memberi salam.

{3}. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.