Wednesday, September 24, 2008

aku & IS

Aku merupakan seorang anak yang baik. Oleh kerana itu, aku diberikan sebuah kereta untuk dipandu semasa belajar di uni lagi. Supaya mudah untuk aku mudah ke sana ke mari. Dan mudah untuk aku pulang ke kampung. Setelah bekerja, aku tidak lupa diri. Aku meringankan beban ayah ibu dengan menyambung-bayar kereta itu. Aku memang anak yang baik. Aku meringankan beban ibu ayah ayah, supaya mereka dapat beli kereta baru yang full-spec, ade GPS, leather seats, blablablablablablabla....
ye, aku ENVYkan mereka ^_^"
Sungguhpun demikian, aku tidak lupa diri. Aku ingat jasa kereta kepunyaan ku itu. Aku sayang kereta ku. Aku juga telah memberikan nama untuk kereta ku.
Nama penuh: Iswara.
Nama dalam IC: ally iskandar ;)
Nama manja: is.
Ya. Is namanya. Aku sayang Is. Sebelom kawen lagi, Is lah buah ati ku, pengarang jantung. Aku sering bersembang dengan Is jika odw balek ke Perak. Is memang pendengar yang setia. Dan walopun sekarang aku suda berkawen, Is maseh lagi mendapat tempat yang istimewa dihatiku...
tapi, tak ku sangke... orang len turut menyimpan hati terhadap Is ku ini. Tanpa segan silu, secara terang-terangan beliau memuja Is ku... BUKTINYA?
lagi?

+ dan aku ingat aku sorg je yang 'weng' ^_^"

1 comment:

lassy said...

kahkahkah..ade orang lagik weng dari ko..hahahaha