Abu Hurairah berkata: "Kedua-dua telingaku ini pernah mendengar dan kedua-dua mataku ini pernah melihat Rasulullah s.a.w mangambil Hasan atau Husin dengan kedua tangannya, lalu kaki Hasan atau Husin berada di kaki Rasulullah. Rasulullah pun bersabda yang bermaksud: 'Naiklah wahai anak yang pendek, anak yang pendek dan bermata kecil (sebagai gurauan dan tanda sayang). ' Kemudian anak kecil itu naik hingga ia meletakkan kedua kakinya diatas dada Rasulullah. Rasulullah pun bersabda (mafhumnya): 'Bukalah mulutmu.' Lalu Rasulullah menciumnya dan bersabda: 'Ya Allah, cintailah dia kerana sesungguhnya aku mencintainya.' "
(Riwayat Al-Tabrani no. 2652)
No comments:
Post a Comment