Monday, May 3, 2010

O.P.A.H

Aku dan suami balek Perak. meraikan Meon & Sheila. dalam jam 3 pm gitu, ibu kol
"Ayong, balik. Jom ke kampung. Nyahween tpon, katanye opah tenat."

Hati tak tenang. Tapi maseh senyum bermain-main dengan Sarah.

6.30pm, sampai rumah pak lang. Medical Officer (M.O) juge sampai dalam mase yang same. Aku terus meluru masuk. Opah tercungap2. Badan opah kembung-kembung, kesan dari masuk air seminggu lepas. Lepas checkup, M.O kate
"Nadi opah dah semakin statik. Tekanan darah tersangat rendah. Masalah terbesar opah, kekurangan oksigen. Saya jangkakan, dalam tengah malam. Tapi, kuasa Tuhan. Doakan yang terbaik untuk opah.."

aku terus lari keluar rumah. mata tak mampu menahan tangis. bayangkan, mendengar tempoh hayat opah yang tersayang dengan ruang telinga sendiri.

aku ambil wudhu. mahu solat jama' ta'khir.

selesai asar zuhur, aku mencurik pandang.
opah masih lagi bernafas, alhamdulillah.
selepas zuhur asar, kembali memandang opah.
keadaan maseh lagi terkawal.

selesai doa, aku kuar bilek. kak lia menanges teresak-esak. mata ibu merah.
opah dah takde??

sungguh, opah sudah pergi.

opah....
ayong rindu opah ;(

1 comment:

dill said...

takziah. moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. insyaallah.

Al-Fatihah.