Thursday, September 8, 2011

balek kampong!!!!!!!

...badan terjelepuk di kerusi tapi hati sudah di kampung. oh!

-----
aku baru nak balek beraya di Ipoh minggu ini. cuti Jumaat & Isnin sudah lulus. hari ni baru Khamis, tp hati aku sudah tak kuase nak mengadap keje. beg sudah siap berzip. tinggal tunggu nak dimuat masuk ke dalam kereta je. woha!

-----
seminggu kami beraya di Melaka tahun ni. tp dah memang turn Melaka pon. kebetulan enchek hasben pun kena standby, jadi keputusan untuk beraya di Melaka memang tepat sekali. kalau kena panggil masuk kerja, sekurangnya tak lah jauh nak drive balik bekerja...

and you know what?
takde lah teruk sangat duduk beraya LAMAAA di rumah mertua. mungkin sebab aku bawak 'modal' yang mencukupi pulang. bila aku kata 'modal', ianya bukan kerepek, bukan kueh raya. tapi itu budak-budak kicik penglipur lara :)

cucu cucu sayang :)

-----
awal tahun lepas, abang ipar aku kawen. rezqi mereka bunting pelamin, dah nak bersalin puan Bini hujung bulan ni.

dengan adik ipar aku dah pesan, jangan kawen awal sangat. aku belum puas merasa seronok ade adik lelaki lagi.

... tapi hujung tahun ni turn dia pulak.
kalau bini dia pon rezqi cepat, tergugat ah kedudukan aku sebagai ibu kepada cucu2 kesayangan (-_-")

1 comment:

~$.!~ said...

"dengan adik ipar aku dah pesan, jangan kawen awal sangat. aku belum puas merasa seronok ade adik lelaki lagi."

haha! kalau mmg anak2 ko je yg pompuan and yg lain laki, sure masih kesayangan =p