selesai sudah. alhamdulillah...
semester ni aku perasan sibuk lebih berbanding semester2 yang lalu. disebabkan aku hanya mengajar UiTM classes, all there were no midterm exams to be marked, even final ones... aku pon telah mengambil keputusan untuk menerima peluang itu...
jenuh gak waktu mula-mula nak try tanya bos. bukan main lagi dia berkira. masa bekerja, tanggungjawab kerja, mesyuarat itu ini suma...
tapi betul apa kata dia. kerja yang ini sudah menjadi tanggungjawab. kalau ada yang tertangguh, masalah akan datang. itu belum kira dosa pahala lagi.
tapi alhamdulillah, bila dipanjangkan usaha ke pihak yang lebih atas, permohonan diluluskan. aku diberi kebenaran untuk menerima kerja parttime dengan pihak luar dengan syarat: isi borang tolak cuti tahunan.
fine.
mana boleh kita dapat semua yang kita mahu. pasti ada yang terpaksa dikorbankan. dan, 3hari setengah tu takdelah banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan pengalaman (dan habuan) yang akan diterima.
WRONG!
it turns out the training is being extended to 3 groups, and I have to sacrifice my annual leaves for that. damn!
*breath in. breath out*
aku adalah antara mereka yang amat kedekut untuk guna annual leave sesuka hati. lebih2 lagi bila dah beranak pinak ni. nak bawak anak pi check-up laa, nak bawak pi jmp specialist laa... itulah inilah...
dan bila kna buat sacrifices begini, aku jadi kaget.
*ini rancangan tuhan untuk aku. pasti lebih baik dari plan asal aku*
7 minggu berlalu. yesterday was my last session with the first group. and alhamdulillah, it went well. even better than i expected. see, usaha. doa. tawakal. kau takkan menyesal :)
aku ada 3 minggu lagi untuk perbaiki notes, slide shows, etc.
Even so, lets get back to work!
No comments:
Post a Comment