Tuesday, July 10, 2012

Struggling To Be A Better Muslimah Everyday *insyaallah*



One of the most memorable words from Wardina,
" Do not question Allah for He is the Most Forgiving but question ourselves; are we sincere enough in seeking Allah's forgiveness? "

Wednesday, July 4, 2012

Monday, May 28, 2012

She's ONE!


My Ummu Hannan turns 1!

Anak yang penuh dengan kasih sayang, that's you! Ibu loves you so so much! Membesar dengan sihat dan kuat ya? Despite being lovingly bullied by your Kakak Sarah teheee~

I love you sweetheart! *mmmuuuuaaahhhhh*


Tuesday, May 15, 2012

nikmat dunia?

Orang selalu pesan, ''jangan dok suka sangat, kang malam nangeh''.
sapa orang tu pon xtau :P

dalam kes aku ni, ianya bukan berlaku semalaman, tapi elok lepaih selesai satu kumpulan...

previously, aku ade tules pasai aku dapat peluang ngajaq kelas English for Communication for adult learners. It's part time, yes, but the pay is generous so i made sacrifices to take annual leaves in order to accommodate the part time classes because obviously, the classes cannot be done outside office hours.

which is not much of a problem, due the generous amount of pay i will get from it!

dah berangan dah: nak cat ghomah kaler laen-laen in each rooms, nak buat pantry cum storage room yg cun, nak itu... nak ini...

ok. stop berangan.

selepas berehat for around 2 weeks, i started to prepare for my second group of the class. dah update slides and whatnot. so i make a call to their HR, to confirm on the venue of the class and the number of participants this time around.

And the HR said to me,
"Orang KK x call you and mention anything ke?"

I was like, "The last time i got a call from them was 2 weeks ago..."

"Oh dear. They told us that we will be getting a new instructor and she has already started her class yesterday.".

Curtain closed. Stage-light faded.

TERUK SANGAT KE AKU SAMPAI KOME TAK BOLEH NAK CALL AND TELL ME YOURSELF?? BENGANG SIOT!!

Ko bayangkan ye... knowing this from the client itself. As if I was soooo bad in teaching that they decided to change instructor behind my back. Professional la wey! Kot ye pon aku teghok sangat, tak boleh nak email kabo?? Bunguks.

Anyway, after several times not picking up my calls, the PIC reply my sms:

miscommunication sampai 2minggu?? teruk sungguh gerak kerja kome!

deep inside, i'm somewhat thankful. at least, cuti tahunan den maseh ado! so no worries kot nak amek cuti bawak anak pi check-up ka hapa.

the downside, of course, kembali ke belanjawan yang tak seberapa. which is not that bad, cuma tak buleh nk splurge la untuk rumah baru ngeee~

kita merancang, tapi yang terbaik tetap datang dari DIA. Insyaallah :)

Thursday, April 19, 2012

Peringatan untuk aku

UnTuk KaUm HaWa: 2 TaBiAt BaWa Ke NErAkA...

Sebagai peringatan untuk kaum hawa dipaparkan suatu peristiwa di suatu

Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum hawa untuk bertemu dengan Rasulullah SAW.Tujuan utamanya adalah untuk meminta beliau memberi ucapan khusus untuk kaum hawa. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum hawa berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, lalu memberi salam serta tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum hawa.
Wahai kaum hawa, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
[Contoh 1]
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.

[Contoh 2]
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

[a]. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

[b]. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat 'ham' dan 'hazan'. Sifat 'ham' bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat 'hazan' bererti berdukacita"

[c]. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

{1}. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

{2}. Memberi salam.

{3}. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Wednesday, April 18, 2012

My 1st training job!

selesai sudah. alhamdulillah...

semester ni aku perasan sibuk lebih berbanding semester2 yang lalu. disebabkan aku hanya mengajar UiTM classes, all there were no midterm exams to be marked, even final ones... aku pon telah mengambil keputusan untuk menerima peluang itu...

jenuh gak waktu mula-mula nak try tanya bos. bukan main lagi dia berkira. masa bekerja, tanggungjawab kerja, mesyuarat itu ini suma...

tapi betul apa kata dia. kerja yang ini sudah menjadi tanggungjawab. kalau ada yang tertangguh, masalah akan datang. itu belum kira dosa pahala lagi.

tapi alhamdulillah, bila dipanjangkan usaha ke pihak yang lebih atas, permohonan diluluskan. aku diberi kebenaran untuk menerima kerja parttime dengan pihak luar dengan syarat: isi borang tolak cuti tahunan.

fine.
mana boleh kita dapat semua yang kita mahu. pasti ada yang terpaksa dikorbankan. dan, 3hari setengah tu takdelah banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan pengalaman (dan habuan) yang akan diterima.

WRONG!
it turns out the training is being extended to 3 groups, and I have to sacrifice my annual leaves for that. damn!

*breath in. breath out*

aku adalah antara mereka yang amat kedekut untuk guna annual leave sesuka hati. lebih2 lagi bila dah beranak pinak ni. nak bawak anak pi check-up laa, nak bawak pi jmp specialist laa... itulah inilah...

dan bila kna buat sacrifices begini, aku jadi kaget.

*ini rancangan tuhan untuk aku. pasti lebih baik dari plan asal aku*

7 minggu berlalu. yesterday was my last session with the first group. and alhamdulillah, it went well. even better than i expected. see, usaha. doa. tawakal. kau takkan menyesal :)

aku ada 3 minggu lagi untuk perbaiki notes, slide shows, etc.
Even so, lets get back to work!

Thursday, April 12, 2012

U.J.I.A.N

(Selasa - petang)
SMS 1:

Suami: Sok awak keje tak?
Isteri: Esok cuti la. Pertabalan Agong. Kenape?
Suami: Esok rase macam malas nak keje. Dating nak?
Isteri: Serious?? Bawak budak2 tak?
Suami: Tak kot hehe. Kite dating 2 je
Isteri: *blush*

(Rabu - petang)
SMS 2

Kawan: Akak, rase gegaran tak??
Saya: Tak pon.
Kawan: Sini rasa kuat. You take care, kak. Esok cuti kan?
Saya: Kenapa pulak cuti?
Kawan: Kan dah keluar warning, ombak tsunami akan melanda PD jam 2.10 am.
Saya: Ombak tsunami? How do you know this? What do you mean by ombak tsunami?? How serious will it be??
Kawan: CNN. Be strong kak

(Rabu - malam)

Isteri: Awak, jom la balik Melaka. Risau la...
Suami: Esok keje laa. Penat nak patah balik.
Isteri: Ehh?

----------------------------------------------

We reached Melaka slightly before 10. And upon arrival, i quickly checked for updates via twitter - the warning has been lifted. ALHAMDULILLAH!

Sepanjang perjalanan, i never once stopped chanting the zikr. Praying that Allah should give us another chance to repent. To not lose hope in us. To give us the opportunity to improve. And without fail, He continuously gaves us the rahmah.

Waktu tu baru sedar, yang takkan bila dah jadi baru kita nak bersedia?? Takkan each time Tuhan nak peringat baru kita nak menyesal rasa berdosa?? Takkan nak tunggu benda jadi depan mata baru nak buat persiapan segala??

Dunia takkan berhenti sebab kita. Manusia akan terus hidup buat aktiviti macam biasa. Memang laa depa akan berkabung sekejap, tapi sekejap sahaja. Lepas tu, rutin berjalan macam tiada apa-apa.

Power macam mana kita pon, bila ajal dah tiba, memang hanya Allah yang akan bantu kita. Itupun kalau kita dengar cakap dia. Tak tinggal solat segala. Tutup aurat, bersedekah, tinggalkan yang mungkar semua.

Kalau bapak kau President USA skali pon, kalau Tuhan dah kata nak tarik nyawa kau malam tu, geng Avengers tu pon xkan sempat nak celen Izrail tau??

Seronok kan pi dating tinggal anak? Bayangkan kalau sesuatu terjadi, dan kamu tidak berada bersama mereka disisi... sanggup?

---------------------------------------------------

Terima kaseh ya Allah! Kerana maseh sayang..
Terima kaseh ya Allah, kerana maseh beri peluang..

Friday, March 9, 2012

jyeah!


betullah janji Tuhan, takkan Dia nak naya kita dengan sesuatu yang dia tau kita tak mampu :)
-----

last week, was my 1st session with them. hati ni taktau nak kata laa... dok dupdapdupdap serba tak kena. mandi tak kena... makan tak kena... tdoq pon macam rela tak rela...

and when the day actually arrived, lagi laa aku jadi keras macam batu!

1st session dah lambat. very bad impression. seat suma dah full. tinggal duatiga orang yang baru masuk. aku, since dah lambat, dok terkebil-kebil mengagihkan nota, arranging laptop etc... suma orang tengok aku dengan muka yang serious. they were all looking eager to learn. must not fail! oh!

punya la ketaq, sampai lupa nak introduce diri sendiri ^_^"

tapi alhamdulillah... when i asked them to introduce the person sitting next to them, that was when i actually feel calm and at ease...

terima kaseh ya Allah di atas peluang yang satu ini! Semoga sesi2 akan datang akan lebih bagus & bermanfaat lagi! *ameenn*

Monday, February 13, 2012

ily :)


... terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku pada mu...

Thursday, February 2, 2012

kau mampu??


lawa gilaaaaaaaaaaaaa!!!

sejuk hati suami aku tengok...eh??? kbai!

Wednesday, January 11, 2012

my mom, them and me...

Setahun berlalu. Hari ini sudah tahun yang baru.

Pekerjaan yang sama. Rumah yang sama.

Kekasih hati? Maseh juga si dia ^___~

Perlu ke azam baru? Tak wajib. Tapi jika ianya mampu memotivasi diri untuk menjadi lebih baik, apa salahnya?

Ada yang tanya, "Tahun ni tanak beranak lagi ke?"
Aku jawab, "Itu azam tahun depan".
Tak kelakar pon.

-----------------------------------------------------------------

Aku mulakan tahun baru dengan menghantar both my babies balik kampung. Sebulan.
Seronok honeymoon? Kata kau.
Aku yang dok berendam ayaq mata.

Balik dari kerja tiada yang menyambut. Malam terasa sangat sunyi. Takda motivasi nak bangun pagi.

Bila ada, geram. Penat. Mengomel macam-macam. Bila tiada, tercari-cari. Kuat betul penangan manusia-manusia kecik ni.

Cepat mereka membesar. Rasa macam baru je ber-anakkan kakak Sarah, tuptap bulan ni dah nak masuk 2 tahun. Rasa macam baru je lepas kuar OT untuk c-sect Hannan, tuptap dah mula memanjat dah dia...

Ni belum depa cukup umur lagi nak masuk sekolah. Dah mula berkawan. Dah mula tak mau kawan dengan ibu. *huuuuuuuuuuuuuuuuu*

itulah yang mak aku rasa dulu.

Monday, January 2, 2012

What a way to start the new year (--")

Orang kate, sayang anak tinggal-tinggalkan. Tu yang ditinggalkan Sarah & Hannan kat kampung sebulan.

Muka nampak je kental tapi dok teriak teringat anak dari mula jalan sampai laaa ke rumah diperantauan.

Bukak peti nak hilang dahaga atas jalan, tengok-tengok suis peti ais ter-switch off. Mau x hangin badan kena tonyoh cuci bersih peti & kena beli balik stok barang untuk sebulan.

Pegi shopping konon nak pujuk hati, tuptap xdak pulak saiz yang muat dikaki. Oh!

Enough about me. So, how's ur new year?

Wednesday, November 2, 2011

Sunday, October 16, 2011

Kau kena sedar yang kau tu dah tua...

... bila sebelum nk cabut rumput pon ko kena stretching dulu untuk mengelakkan sengal-sengal di paha keesokan harinya*adeh*

Sunday, October 9, 2011

Adik ku si kelakar ;)

(Dalam kereta)
Ayong, Aisyah rase nak muntah la...
Boleh tahan x? Tunggu ayong berenti tepi jalan jap.


(Tepi jalan)

Haa... cepat la keluar. Kang termuntah dalam kereta kang lagi susah.
Tolong ayong! Aisyah tak boleh keluar! Kaki Aisyah kena semut-semut

*gelak guling2 dlm keta*

Friday, October 7, 2011

Ber-sms dengan ayah.

"Salam ayah. Esok ayah gerak ke KL jam brape?"

"Pergerakan subjek to confirm."


amekaw!

K A R M A

Dear ibu,

I'm sorry for not answering when you called
For lazying around when I should help you with laundry
For letting you clean the toilet while I'm out with friends
For not even helping you plucking the grasses,
even though I knew that you were out there doing it alone...

I am also very sorry...

For delaying work when you want them pronto
For putting the TV channels as top priority
For letting you wait for me while you are in a hurry
For letting you sleep late at night, alone cooking for Eid

I am very sorry ibu,
for E V E R Y T H I N G that I have done to you!

Sincerely,
Your daughter who-was-being-left-alone-scrubbing-the-floor-when-everyone-else-is-in-front-of-the-tv-last-night (-_-)

Wednesday, September 21, 2011

Shopping-mopping with Mr. Hasben.

Yang ni lawa dak? *sambil tunjuk dress cumel*
Seksi.
Yang ni? *tunjuk kemeja ranggi plak*
Jarang.
Habeh? Yang mana je yang lulus ni??
Yang ni?? *sambil tunjuk kemeja panjang kain tebai macam karung beras*

:P

-----

Lawa betol laa baju2 depa ni... stress jadinya!

Kenapa?
Yelah. Lawa dah, rega pon xdak la mahai mana. Tapi jarang. Dah la orang jenis maleh nak ber-inner2 ni. Bengang je...
Takpelaa.. Elok ber-stress2 dahulu. Ber-rilek2 kemudian...
Pasai pa plak?
Elok stress xdapat pakai baju jarang kat dunia... Tapi, jadi bidadari yang paling lawa kat akhirat kemudian...
Eheh ^____^"

Monday, September 19, 2011

l u p e . . .

tengok jam. dah 1.10 pm.
"ade kelas pukul 2. baik solat dulu" detik hati kecil ku.


pegi bilik air. bersihkan diri. amek wudhu.

masuk surau. pkai telekung.
rasa bangga sekejap pasal aku antara yang berjaya solat awal waktu.

angkat takbir. Allaahuakbar...

"Weh. bukan ko period ke hari ni??" tegur dia.

tak jadi nak rukuk. cepat-cepat bukak telekung ^____^"

Sunday, September 18, 2011

Konfom x dapat duit raya! ;p

Makyong comel tak?
Tak.

Makyong lawa tak?
Tak.

Makyong tak cantik ke? Tak manis?
Tak. Tak. Semua tak.

Makyong buruk sangat ke?
Aah.

... Perlu ke kau jujur smp begitu sekali? T_T"