Saturday, July 24, 2010

my exboyfriends ^___~

once, when i was still cute myself....
i adore them!!

Devon Sawa & Edward Furlong

then,
no more pretty boys, comes the hunkies (from my p.o.v) ^____^"


James McAvoy, Matthew Goode, Topher Grace

now,
being married and all
i kinda like these two

Nathan Fillion & Josh Hopkins

is it a sign of aging? emotionally? adey....

Wednesday, July 21, 2010

takde de niat pon....

betul.
aku sekadar nak tunjuk je...

seriyus. aku langsung takde niat langsung nak belagak.

Sunday, July 18, 2010

sudah 2 tahun....

and i love u even more *muuuah*

happy 2nd anniversary sayang :)

Tuesday, July 13, 2010

emosi terganggu (-__-")

ayah ajar aku, supaya jangan terlalu mengharapkan bantuan. jangan terlampau bergantung kepada subsidi. berdikari itu penting, supaya tatkala datangnya ujian dari Tuhan, kita tidak akan terkesan. insyaallah.

tapi aku tidak sempurna. padat dengan cacat cela.

-----

kawan aku keretanya eksiden. buat kali ke-2. kasihan dia.
si pakar membuat anggaran sejumlah rm500 diperlukan utk baik pulih. alhamdulillah, tidaklah terlampau tinggi. masih mampu digapai.

tapi,
aku mula hilang kasihan tatkala ada yang bersuara, mahu mengumpulkan dana membantu si tuan kereta.


akuyangkenaoperatesampairiburiban
pulaktakboleyclaiminsuran
pasaliatakjatuhdalamkategorikeguguranataupunmengandung
takdeponkorangsusahsusahnakbuattabung?

gerem.bangang.kecikati.sedih.mandiri.

-----
bila aku kawen, takde dapat hadiah.
orang lain dapat.
bila aku beranak, takde hadiah gak.
tapi orang lain tetap gak dapat.

aku tak heran sangat part hadiah tu. juge tak kesah tak dapat hamper Looney Tunes untuk anak aku.

tapi, aku betul-betul kecik ati bila dapat tahu, yang korg sampai sanggup nak hulur bantuan untuk kemalangan yang tak sampai seribu, tapi langsung takde kesian langsung kat aku yang memang perlukan bantuan sebegitu.

aku faham niat mereka baik. dan aku juga mahu memberi sekadar termampu. tapi, aku sedih. hati yang memang sedia kecil semakin mengecut.

suami pesan, supaya redha dengan ujian Tuhan. jangan terlampau harapkan bantuan.

ye, aku tahu. aku cume kecik ati sikit je. dan moody sedikit. hmmm....

* entry ini ditaip bukan untuk mengharapkan ehsan. cuma sebagai saluran untuk melepaskan beban emosi.

Thursday, July 8, 2010

the Kraken!

selepas membace paper.
isteri:
si octopus yg predict team mane yang menang bola tu betul2 sotong ke ataupon gelaran semata?
suami:

octopus? sotong? apsal plak?
isteri:
laaa... kan sibuk dorg dok bising, si sotong itu telah meneka dengan jayanya pasukan mane yang akan menang di game seterusnye...

suami:
heh? *maseh blur*

isteri:
betul ke gile bola nehhh? *hehehehe*


since encik suami tidak membantu, aku pon berpaling kepada encik google yang setia menunggu...

ooooo... name ko Paul rupanye.... ^____^"

Thursday, July 1, 2010

MUST-SEE MOVIE !!!!

to be presented in 2 parts?
oh... that is just so cruel!

* meremang badan tengok trailer!

Friday, June 25, 2010

Bonjour!

cukup 3 minggu. langsung tak rase rindu kat tempat kerja. pasal di sini, kerja aku: makan, tdo, mandi, menonton, makan lagi, main dengan Sarah, tido lagi. heee~

puas berehat, pegi bercuti pula. fully paid hokey? ^___~


so,
for the past 4days and 3nights, i was not here:

old Colmar, Alsace. France
but here:

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi \o/

the bed, the window, and the view
(maaf, kualiti gambar kurang menarik)


and the foods: delicieux!

ye, aku maseh lagi Melayu. so nasi will always be my choice.

tapi, pastries dia yang aku tak bley tahannnnnnnnnn.....

ni baru breakfast.
bayangkan aku makan 6kali sehari, setiap kali makan aku akan amek cakeS, cream puffS, pieS, strudelS, and the list continues.....


actually, i was OFFICIALLY there for this:

and un-intentionally for this:

hehehe.....

sila jeles!
*hahahahahhahahaha
*

Friday, June 18, 2010

belum masanya lagi...

kalau la memang rezeki,

dapat dah Sarah adik tahun depan..

tuhan ade plan baekk punye untk kami sekeluarga :)

Monday, June 7, 2010

Saturday, May 29, 2010

in confinement... again.

yes. I'm pregnant again.
but this time, its ectopic.

dah bukan rezeqi kami, nak buat macamane. bukan salah husband, bukan salah sesiape. as said by the doctor, "it could happened to anybody".

tuhan mahu uji. aku redha.

mujur ada Sarah :)

respons dari doctor2 tak bertauliah :
"anak kecik lagi dh mengandung balek ye?"
"lepas ni susah la nak mengandung lagi..."
"tu laa.... tak rancang.."

aku rase mcm nk sembelih je sekor2.

Friday, May 21, 2010

my 1st time.....

..... to a J-Card Sale! \o/

i literally amek cuti hokey semata-mata untuk pegi ini J-Card. it may sound lame to you, tapi den dah lamo tidak memberi rehat kepada diri sendiri ;)

so,
woke up not-so-early that morning. sending off husband at the gate, preparing lil Sarah's clothes and kemas rumah sikit2.

around 9.30am, off to Somban. dalam keta nyanyi-nyanyi.... hati senang... suka suki, maklumlah... hari ni 'bekerja' kat Jusco ;) hehehe

sampai destinasi jam 10am. amek kau, parking ponuh! bawah, tengah, atas, luar jalan... penuh!
*gile ah* takkan sume org amek cuti mcm aku kot??

ni antara suasana di hari tersebut:

ni bahagian electrical. lupe plak aku nk carik usb port.

bahagian baju-baju

dan lagi...

see?

i ended up going home at 3.3opm. itu pon tak habes survey laei. dan selama-lama aku kat situ, langsung tak keluar ke kedai2 len hokey?

---------

keesokan harinya, aku poei laei ke Jusco. nk tukar saiz baju laki ku.

lengang je jusco. barang2 ade je yang maseh sale. and, aku berkesempatan meninjau barang2 yang aku terlepas pandang waktu J-Card semalam. and guess what?

handbang cantek Sembonia dari RM200++ dapat RM87!!
kasut carlo rino jojes dapat RM30!!

dan sekarang, tahulah aku bahawasanya:
- jangan shopping ikut orang. orang kerumun, ko pon ikut kerumun.n tak pasal2 orang beli, ko pon ikut beli. sungguhpun bende itu bukan keperluan.
- pegi shopping SELEPAS J-Card. supaya anda akan dapat shopping dengan lebih aman :)

tapi ai tetap tak serik. rasanye mcm nk amek cuti laei poei J-Card tahun depan plak hahahahahaha

Monday, May 17, 2010

People who regularly put in overtime and work 10 or 11-hour days increase their heart disease risk by nearly two-thirds, research suggests. (BBC)

AHMAD MUAZ!!! BALEKKKK!!!!

takde koje ^___^"

rumah den! rumah den!

angah, cube try teka mane satu ghumah kite? ;)

* nk skodeng rmh omak mertuo plak *muahahahahhaha*

Bosan? Indulge urself :)

1. Do Something Epic
Get started: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/289

2. WIEF: Marketplace of Creative Art
Get started: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/151


3. Is your education preparing you for the new economy?
Get started: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/295

4. Is Malaysia's political leadership giving you hope?
Get started: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/296


5. How's the future of Malaysia's sports industry: making progress, or not?
Get started: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/297

6. Do you see social networking destroying your life, or enhancing it?
Get started: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/298

7. Homegrown malaysian brands: use it or lose it?
Get started: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/299

Wednesday, May 12, 2010

how i wish.....

for somebody to make a movie out of this book:

oh please! oh please! oh please!

* kalau laa den ni kayo rayo mcm dr. romzey (-__-")

Sunday, May 9, 2010

Engkau lah Ratu Hati-ku :)

Sejak kecil,
Ibu sayangkan aku.

Bila aku meningkat dewasa,
aku mula rebel. Kununnye tak 'cool' geng ngan ibu.

......tapi ibu tetap sayangkan aku.

Masuk universiti,
aku rindu masakan ibu. Hari-hari mesti mau ber-gayut dengan ibu.

Mula bekerja,
pagi-pagi akan rindu dengan bebelan ibu.

*sape suh koje jauh2*

Sebelum kawen,
aku sedih mau berpisah dengan ibu.

Setelah kawen,
aku rindu mahu ketemu ibu.

Selepas merasai sakit bersalin,
aku lagi lagi laaaa sayang ibu!

Ibu,
terima kaseh kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan aku.
terima kaseh kerana sanggup melayan tangisku sepanjang pantang.
terima kaseh kerana sabar mendidik aku menjadi manusia yang punya guna-nya didunia.

Ibu,
sungguh pun opah dah pergi, ibu jangan sedih2 ye?
ayong kan ade :)

Saturday, May 8, 2010

terbaek!

dah lame tak dating ngan husband.
berpoya-poya berdua. sahaja.

sabtu,
dia ajak ber-movie maraton. Ip Man 2 & Iron Man 2.
gile lame tak tgk wayang!

1.20pm- Ip Man 2.
4.00 pm- Iron Man 2.

habes movie, lesu ^___^"


Ip Man 2 MEMANG YANG TERBAEK!

Sorry Mr. Tony Stark. Even with ur latest gadgets and fantastic CGI's, u can never challenge Ip Man's courage, his moves, his coolness... *flashback scene2 best dlm movie*

"Ip Man 2 was intended to focus on the relationship between Ip and his most famed disciple, Bruce Lee. The filmmakers, however, were unable to finalize film rights with Lee's descendants and decided to briefly portray Lee as a child." - http://en.wikipedia.org/wiki/Ip_Man_2

bayangkan if they actually managed to get the film rights.... pehh!! lagi laaaa!!!

* berangan nak blaja Wing Chun ^____^v

Monday, May 3, 2010

O.P.A.H

Aku dan suami balek Perak. meraikan Meon & Sheila. dalam jam 3 pm gitu, ibu kol
"Ayong, balik. Jom ke kampung. Nyahween tpon, katanye opah tenat."

Hati tak tenang. Tapi maseh senyum bermain-main dengan Sarah.

6.30pm, sampai rumah pak lang. Medical Officer (M.O) juge sampai dalam mase yang same. Aku terus meluru masuk. Opah tercungap2. Badan opah kembung-kembung, kesan dari masuk air seminggu lepas. Lepas checkup, M.O kate
"Nadi opah dah semakin statik. Tekanan darah tersangat rendah. Masalah terbesar opah, kekurangan oksigen. Saya jangkakan, dalam tengah malam. Tapi, kuasa Tuhan. Doakan yang terbaik untuk opah.."

aku terus lari keluar rumah. mata tak mampu menahan tangis. bayangkan, mendengar tempoh hayat opah yang tersayang dengan ruang telinga sendiri.

aku ambil wudhu. mahu solat jama' ta'khir.

selesai asar zuhur, aku mencurik pandang.
opah masih lagi bernafas, alhamdulillah.
selepas zuhur asar, kembali memandang opah.
keadaan maseh lagi terkawal.

selesai doa, aku kuar bilek. kak lia menanges teresak-esak. mata ibu merah.
opah dah takde??

sungguh, opah sudah pergi.

opah....
ayong rindu opah ;(

Friday, April 2, 2010

Hari ni hari Jumaat.

Tuhan makbulkan permintaan orang yang ber-doa hari Jumaat.

"... aku nak mati hari Jumaat... "

Friday, February 19, 2010

too cute!

was surfing the net, and came across these:

happy times :)

cute as button!

cant wait to play dress-up and goof around with lil' Sarah!!

Sunday, February 14, 2010

"Ya Allah, cintailah mereka...."


Abu Hurairah berkata: "Kedua-dua telingaku ini pernah mendengar dan kedua-dua mataku ini pernah melihat Rasulullah s.a.w mangambil Hasan atau Husin dengan kedua tangannya, lalu kaki Hasan atau Husin berada di kaki Rasulullah. Rasulullah pun bersabda yang bermaksud: 'Naiklah wahai anak yang pendek, anak yang pendek dan bermata kecil (sebagai gurauan dan tanda sayang). ' Kemudian anak kecil itu naik hingga ia meletakkan kedua kakinya diatas dada Rasulullah. Rasulullah pun bersabda (mafhumnya): 'Bukalah mulutmu.' Lalu Rasulullah menciumnya dan bersabda: 'Ya Allah, cintailah dia kerana sesungguhnya aku mencintainya.' "

(Riwayat Al-Tabrani no. 2652)

Thursday, January 21, 2010

Alhamdulillah... Takbir!

Ummu Sarah Bt Mu'az @ Ahmad Mu'az
telah selamat dilahirkan pada 21.1.2010 jam 7.21pagi. Terima kasih atas doa semua ^___^v

Wednesday, January 13, 2010

insyaallah... 8days to go....

11.01.10
went for weekly checkup with the specialist.
consulted the doc about my condition, whether i'm fit enough to go back to perak before my due date. she advised me to stay if i started my major contractions before the 15th.
perasaan: neves (-_-")
my current weight: 55kg
the doc scanned & estimated the baby's weight : 3.0kg
.
the mummy: tuh diaa...

12.01.10
went for weekly checkup with klinik desa pulak. both mother & baby are in good condition. alhamdulillah...
mummy's current weight: 56kg *pulak*

13.01.10
appointment with the klinik kesihatan's doctor. consulted the doc about the same issue. she gave the same advice; to not go back if the i've already felt the pains from the contractions....
perasaan: maseh neves tetapi maintain cool ^__^"
the doc scanned & estimated the baby's weight : 3.2kg
the mummy's thinking, "ape laa yang aku makan nehhh...."

14.01.10
bday Yang Di-Pertuan NSDK. cuti.
mummy plans to bergolek puas2 dirumah
^___^v *hehehehe*

Friday, January 8, 2010

another 13days to go! *gasp*

1.1.2010
isteri: hrmm... dah masuk tahun baru ni. ape ek azam untuk tahun 2010 ni? *berfikir*
suami: azam tahun 2010 adelah untuk beranak dengan cemerlang sekali! yeah!
isteri: (betui gak tu)

2.1.2010
dokte: awak sekarang sudah minggu ke-37 so be prepared ye?
bakal ibu: baek dokte! *bersemangat!*
dokte: dan baby awk skrg sudah mencapai berat 2.8kg....
bakal ibu: (melopong) biar betui dokte?
bakal abah: patut la jalan macam peguin dah (gelak)
bakal ibu: chait!

5.1.2010
sewaktu menonton Merlin, episod Uther kawen dengan troll ...
suami: jadi gile pompuan tu bawak watak troll (teruja)
isteri: tu ah pasal. siap sedawa kuat, kentut busuk suma... mcm real je....
suami: eleh... cakap orang, dia pon same...
isteri: hoh. kecik ati!
suami: hahahahhahahahahhaha


kaki aku dah mule bengkak-bengkak. jengjengjeng ^___~

Tuesday, December 22, 2009

another 1 month to go! or not ^__^"

according to the ticker, i have about 30 more days to go. but according to my readings & people's experiences, i could easily given birth by the 36weeks or sooner *hoh*

happy. anxious. scared. excited. blur. tired.

i am currently 53kg. and according to the doc, my baby's weight at the moment is about 2.3kg. she predicted that by the time i (supposedly to) deliver, my baby should weigh around 2.7 or so... which is quite a relief. takut gak kalo tak larat nk meneran keluar nanti *eheh*

kepala bayi is already in position, cuma belom check-in lagi laa... *hehe* aku dah mula rajin ke bilek ayer for 'no 1 & 2' and dah mula rase Braxton Hicks suma.... dan sedang berjinak2 belaja to time contractions....

badan semakin berat. perut semakin berkilat. kaki semakin bulat. hehehe... tapi Tuhan memang Maha Kuasa.... walopon badan ku kecik, tapi baby alhamdulillah
sehat didalam *allahuakhbar!*

preparations have been made; hospital bags are already in the bonet, stemcell kit, sijil nikah... ape laei ek?

baby's stroller, car seat, breast pump, baby carrier... itu boley delay lagi, boley tunggu baby kuar dulu baru beli. pulak, ade salesperson kat JJ btau kate next year February ade BabyFair. menarik tuh ^__~

i am still working. and driving to work. but since it is still semester break, working here refers to: surfing the net, playing FB & pc games, mengulawing... u name it! ^__~

oh anakku, jangan kuat ngulaw mcm ibu ye? ^__~

Saturday, November 21, 2009

its my birthday!! \o/

angah gave me this:
suke! suke! (thank you angah!)

husband pon takmo kalah. he gave me this:
lagi laaagi suke!! c.u.m hadiah anniversary skali laa ^__~ hehehe
(thank you dear!)


and on that day, we went to visit our lil miracle via Dr. Kalai's 3D screen. alhamdulillah... doc estimated that she is now 1.9kg and in a very good condition. alhamdulillah!! ^_^

yang best nye, kali ni punye scan, we managed to get a good look at her lovely face ^_^
husband laughed, saying that she has a sexy pair of lips, since at that moment the baby mencebik at us, probably saje nk manje2 ngan abah & ibu dia kot *hahahhaha* and she sure looks so damn cute! tak sabaw plak nak tunggu dia kuar ^_^"

and the rest of the day, we went shopping!!!

bought 2 baju tebuk2 (utk hari panas), 2 baju lengan pendek+pants, 1 baju tak berlengan+pants, 2 blankies, 10 napkins, 2 barut bayi, and extra socks for starters...
tapi, yang bikin den tak sonang ati, sumo baju2 kaler puteh & biru yoo.... all due to the fact that husband dont want our baby to wear pink. cause for him, pink equals to gedik. *chait!*

dah la baju girls yang comei2 suma kaler pink. yang kaler oren, hijaw takde yg lawa lak. takkan nk bagi dia pkai baju baby mickey plak (-_-")

** hint hint **
kawan2, sila belikan untuk bayi saye baju kaler pinkish comei2 ye? ^_~

macam tak cayo, i have another 57days to go. tak lamo dah tu. nurses dah siap pesan, prepare hospital bag suma dalam bonet keto. just-in-case. baju kurung aku sumo tak boley pakai dah, senteng sumo. happily wearing jubah to work all week, sonang den tak payah pulun nk menggosok baju kurung pagi2. hehehe ^__^"

lupe nk cite.

the previous week, husband spare some of his precious overtime to spent it with me, to the antenatal class. and to my surprise, he enjoyed every moment of it!

as 1st time parents, i would say that it is important for us to go to these parent-craft classes. even more when ur mother (plus mom-in-laws) are not there during ur pregnancy.

for only RM50, we were introduced to the option of using various types of analgesia (pain-relief) in labour, the antenatal problems and how to recognise when it is time to go to the hospital (air ketuban pecah and what-not) by the O & G. but the best part was the practical sessions with the Midwife nurses; Breastfeeding & Baby Bath demo session. husband even video-ed the whole session, just so that we have references back home. hehehe... and lastly, we were taught on antenatal exercise for back care and were taken for a tour to their labour rooms.

one complain though. since the class was done only for half a day, husband and i have to make our own time for prayer. we even missed parts of some sessions, hanye kerana mahu mengejar waktu solat. the organiser should be more sensitive on this.

nevertheless, we learn A LOT.

on the way back home, husband said:
"nanti baby kena bagi eksklusif breastfeeding tau? 2-full-years. ade fahem??"
i replied,
"insyaallah. tapi encik kena provide breastpump yang rega 500++ untuk saye tau? psl nnt sy masuk koje, senang sy nk simpan susu untuk baby"
husband telan air liur. "insyaallah" - katanye....

hehehe..... sayang abah kat baby tau? ^__~


sebelum berundur, ingin sy menjual serangkap pantun...

hati tak sabar nak tunggu gaji,
nak shopping barang bayi banyak-banyak lagi....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI,
ingat-ingat, yang hadiah untuk baby saye anda kena bagi ^__~ *hehehhee*


~ abah umi, makcho di Tanah Suci. semoga selamat semuanya ~

Wednesday, November 11, 2009

tak lamo laei dah....

Today, i am officially entering my 3rd trimester! *alhamdulillah*
the baby is now 7 months and 3weeks old. my 'Rekod Kesihatan Ibu' pon dah penuh. aku dah kena start isi carta pergerakan bay, starting 9am to 8pm daily; counting the baby's movement until the 10th.
nurse pesan kat aku semalam,

"Kalau pergerakan bayi kurang dari 10 pergerakan dalam tempoh 12jam tu, cepat2 pegi cek kat hospital!" phew.... scary duh bile nurse tuh warning cenggitu ^_^"

Ituhari husband and i went for a 3D scan kat KPJSeremban. and as usual, the baby will always men aci nyorok everytime we went for my checkup. susah dokte nak dengar heartbeat dia, nk scan zoom tgk muke dia.... *nakal anak ibu ye?* as much as i want to share my baby's 3D pic, i decided not to. asek gamba baby je kn? nak gak tayang gamba ibu dia plak kan? hehehe.....

so, presenting.... jengjengjengini aku-punye-perut-7-bulan ;)

*suma orang bising perut aku kecik.
macam laa aku yang plan perut nk beso kecik mane ;p


eventhough i'm not getting as big as i should, i'm still heavier than before!
1st month - from normal 43kg dropped to 42.2kg

2nd month - turun 41.7kg
3rd month - naik sikit 42.6kg
4th month - naik lagi 43.4kg (aku pose penuh woo)
5th month - naik 46kg (ni lepas raye pnye berat ^_^")
6th month - naik lagi 49.2kg
7th month - currently 50.2kg ^_~

i'm liking the changes on my body. i even appreciates the weight gain for the last time i reached 48kg was waaay back in 1999 ^_^"


tapi, bile badan makin berat, jalan pon makin slow. buat kje pon macam cepat penat. i rarely took a nap at noon but sejak masuk 3rd trimester neh aku bantai tdoq sampai 2jam. naseb bek laa klas dah abes, budak2 dh start examination week. bile malam lak, lepas isya' je aku dah tingtong depan tivi. dah takde kuase nk layan BurnNotice and Reaper jam 10.30 kat tivi...

went window-shopping for baby's items last week at Melaka. gile excited tgk stroller, baby carrier, baby's car seat suma..... cuma tak beli lagi je. situasi kewangan maseh belom mengizinkan. tp, bought these cuties for starters:-
awww~

adorable!

hmmm..... i have to start packing for our (me+husband+baby) hospital bags. just-in-case. it never hurts to be prepared kan?

oh. gua sulah melantuk. tapi jam balu pukui sepuloh. oh!

Thursday, October 22, 2009

husband & me + 18

small talk with husband...
"nanti kite rancang kehamilan boley?"
"tak boleh. orang nak anak 18..."
*gedebush-tendang suami kuar katil*

waktu 1st trimester dulu, memang jenuh laa mengandung ni... asek muntah je, lapo tapi tak lalu makan, penat tapi takley tido....

tapi bile dah masuk 2nd trimester, hidup semakin indah.... makan tak hengat donia... berat badan naik alhamdulillah... pastu perut pon mula laa kembung tegang berkilat suma... tapi baby dah mula gerak2... so agak suke bile nampak kulit perut bergerak2 pasal baby dok shuffle pusing tendang flying kick suma ^_^"

husband tanye lagi,
"suke tak pregnant?"
"suke! alhmdulillah, bile dah 5bulan, badan semakin sehat.... takde masalah sangat laa..."
"jadi, lepas bersalin ni kite buat anak lagi ye?"
*gedebush-tendang suami kuar katil lagi*

sungguhpon happy being pregnant, i could not answer that question yet. the BIG DAY has yet to come. the day when i'm going to deliver, pushing with all my might...... i could never imagine.... neither can he....

insyaallah.... ade rezeki, dapat laa capai target 18 orang anak tuh ;p

ape yang pasti, aku suke bile dapat gune toilet untuk pregnant ladies. tak payah berato... bersih... wangi.... tisu pun banyak.... oh! bahgia jadik ibu mengandung ^_^" *heheheh*

Monday, October 12, 2009

Happy 25th Birthday Darling!

" when i'm with you its paradise....
no where on earth could be so nice... "

{ i l.ove yo.u }

Thursday, October 8, 2009

it's a girl insyaallah ^_^

went for my 2nd checkup at Ar-Ridzuan with a specialist, and she asked,
"nak tau jantina ke tak?"
me and husband looked at each other. i replied,
"kalau dah boley nampak, ape salahnye.... "

she is now 25weeks old and measures about 13 1/2 inches ^_^

kol ibu, ayah, abah, umi... btau kate cucu mereka insyaallah a girl; sume pakat gelak. hehehe.....

lepas scan, saje pegi jalan2 tengok barang baju baby. husband sungguh2 takmo beli barang kaler pink; katanye takmo anak jadik gedik beso nanti. hahahaha......

bahagia.... knowing that she is healthy inside me.
bahagia.... knowing that she is loved by everybody.
bahagia.... when husband starts calling her by her name already ^_^

terima kaseh tuhan!

Thursday, September 17, 2009

Graduan UiAM syahid di Palestin

baca sini

Al-Fatihah untuk beliau.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya!

Sedar tak sedar, hujung minggu ni dah nk raye ^_^

and sedar tak sedar gak, tahun ni (insyaallah) aku akan berjaya berpuasa cukup sebulan! *yeah*
tapi, dalam dapat pose sebulan tu, aku rase aku tak sedar yang tak tentu laei sume hari2 aku berpose tuh diterima tuhan (--")

ye, aku pose perut. tahan makan dr pagi sampai maghrib. tp mata, telinga, tangan, kaki & mulut macam tak bape nk pose sangat je *erkk*

part teraweh je dah fail. ngaji? ok laa. kot. tahajud? lagi laaaaaaa tak lulus.

setiap Ramadhan mesti rase gini. tau nyesal. tau rugi. tapi buat gak. tak ikut gak.
sungguh ke setan kena ikat ar? - salahkan makhluk lain (--")

ubah topik. ubah topik.

tahun ni turn beraya di Melakaw.
tapi,
adelah tidak mustahil sekiranya tahun ini juga aku akan mencipta sejarah KALI PERTAMA sambut Aidilfitri kat umah sendiri; jauh dari keluarga, rendang tok, laksa ibu, nasi dagang umi.......

kalau komfem raya ku disini, aku tak kesah..... pasal bukan suami sengaje carik pasal mintak masuk raye nanti. at least, dua2 tak dapat balik beraya di kampung. baru aci ;p *hehehe*

tapi, yang tak acinye...... aku takkan dapat merasa masakan kampung yang sedapppppp... OH!

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan.... Maaf Zohir & Batin.....
Mintak halal suma2 yang korang penah belanja @ atau ape2 yang aku selamba bedal dari korang dulu...
Segala kata-kata ku yang mungkin (atau memang) mengguris hati & perasaan, jiwa & raga, harap dimaafkan ye? (benar, aku adelah seworang yang agak laser (--")


aku maseh lagi bekerja esok (--")
korang2 yang dah nak balik, berhati2 di-jalanraya. pastikan cek enjin, angin tayar suma... jangan racing2, bawak keta dengan sabar pasal bukan ko sorg yang nk balek beraya....
jangan lupe bace doa nek kenderaan, bace 3Qul & ayat Kursi.

dan ingat, sampai rumah nanti.... salam peluk cium ayah ibu kome, mintak ampun maap, dihalalkan makan minum suma.... pasal nanti bile dah dah kawen mcm aku ni, dok jauh pulak tuh, dah susah nak balik.... nk makan sama2.... nk tgk ibu ayah, adik2 gelak sakan beraya... men mercun suma....

huhuhuuuuu...... nk balekkkk!!!! *sobsob*

Monday, September 7, 2009

i am...... still shy laa ^_^"

as planned, husband & i when for a scan-of-the-month. and since we're in Perak last weekend, we decided to check on the facilities available for maternity purposes at Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan. just in case, kot2 laaa aku jadik bersalin kat ipoh ;)

smp je kat entrance, husband asked 'betui ke gini hospitalnye?' hehehe... gile kelakar! for those who didnt know, pusat rawatan islam kt ipoh neh bangunan nyer memang old-school, not like KPJ or other specialist available ^_^"


Contoh bangunan lama di Ipoh

i favours the place because my youngest sister was born at that particular hospital and the place was not as crowded as the others. husband tak kesah mana2 pon janji yg sambut baby nanti dokte pompuan & he could come in to (kununnyer) involve in the delivery process ;p *hehehe*

while waiting for my turn, husband asked;
'agak2 la kn, malam2 dok kat hospital ni scary tak? boley dengar tak bunyik kerusi roda ke.... orang menjerit tengah2 malam ke.... haaa'
aku yg mula ketakutkan pon menjawab;
'kompom le ade bunyik kusi roda, orang jerit2 suma... dah name pon hospital' *hehehe*

elok je smp turn, kami (me, husband & my two sisters) entered the Dr.'s room without delay. Aisyah (the youngest one) was even more excited than husband when the doctor told us that we can try to see the gender of the baby! *yeah*

selepas puas dokte melayan aisyah & her questions (mate dia yg mana dokte? kenapa jantung dia laju sangat gerak dokte?) we discovered this:

i am now 20 weeks old & 18cm long.
and that shiny line is my healthy & strong backbone!
^_^

instead of laying on his/her back, the baby decided to fool around and bertelingkup on top of the uri and makes it impossible for us to take a peek at his/her toot... anak ibu malu ye? *hehehe*

agak keciwa kerana tidak berjaya mengenalpasti janti bayi pada scan kali ni tp takpe..... bulan depan kite cube laei! ^_^

whatever it is, we are still blessed kerana bayi saye sihat & takde sebarang kompikasi alhamdulillah.... risaw mengingatkan kawan2 yang tumpah darah la, keguguran, rahim jatuh..... aduh! mintak jauh!

semoga segalanya diberkati & berjalan dengan lancar insyaallah... doakan!

sekian untuk kali ini.

saye saaaayang ibu sy! mmmuuuuaaahhh!

Friday, September 4, 2009

iye ke???

bukak blog dia. baca sesuatu yang menarik :Tarikh Lahir & Sifat Anda dalam Kalendar Hijrah

based on the calendar, i was born on
26/Safar/1405 AH. and according to descriptions in his entry, mereka-mereka yang lahir bulan Safar sifatnya:


"Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil."

kecik ati *uhuk* (--")

Wednesday, September 2, 2009

the baby's active wooo.....

went for my monthly checkup yesterday. and the nurse told me that we can now listen to my baby's heartbeat. *dupdapdupdap* - aku yang gemuruh.

and u know what? my baby's heartbeat sounded like he/she is jogging inside my tummy - gile laju! and since the baby's size is still small, he/she tends to run here and there, making it hard for the nurse to track his/her heartbeat - anak ku sudah pandai men hide & seek. oh!

insyaallah, kalo ade kelapangan, husband & i will go for another scan this coming wiken.

cant wait to see you bebeh!

Wednesday, August 26, 2009

sorry dear~

i think i accidentally made a student cry ^_^" (it was really not on purpose, janji!)

tadi, the student came and asked for the class to be forwarded from 4pm to 2pm. i said ok la, since i had prepared my notes and i asked him to find a new venue for the class.

tapi, when its actually 2pm, only 10 of them was there; while the rest was missing-in-action. aku pon ape lagi, naik angin laa. dah la it was a 1-hour class. kalo budak2 tu lambat 30mins, ape je yang boley cover within the next 30mins?

dorg plak masing2 menunding jari. and the student who came to see me earlier - merah padam muke dia. and further asked to be excused. back in, i can see that his eyes turned red. aiyoh. aku plak yang rase bersalah!

what confusing was, the student was a he and he was supposed to not-be terase if these things arises. but, he is a good student and probably he takes his responsibility seriously and that was also why he is quite sensitive when the class (including me!) was kinda finger-pointing it to him ^_^"

i did took him aside and said my sorry. and even though he answered 'takde pape la teacher' , i still can see that he is still quite terase from what had happened....

again, i'm sorry (--")

Friday, August 21, 2009

30 Syaaban, 1430 Hijriah

tahun ni, 1st time aku terlepas siaran pakcik-Pemegang-Mohor-Besar- Diraja. demm!

tahun lepas, aku sambut Ramadhan berdua... tahun ni, aku raikan Ramadhan ber-tiga... baek punya planning kan? hehehe... terima kaseh tuhan! ^_^ semuga Ramadhan kali ni, aku akan berjaya berpuasa cukup sebulan ^_^

dan dikesempatan ini, aku ingin
memohon ampun & maaf atas segala bentuk salah silap, kekasaran bahasa, ketidakbetulan perlakuan dan ape sahaje lah. Semuge Ramadhan kali ini membawa makna & rahmat kepada semua ^_^

Selamat Berpuasa ye? ^_~

Wednesday, August 19, 2009

aku & n a f s u

amek kau, aku bantai The Proposal, G.I.Joe, and Harry Potter all in 1 week!

Sudah 3bulan aku & suami 'puase' dari menonton movies di panggung.
kenape? pasal ade orang pesan kat suami, yang pompuan mengandung tak boleh tgk movie psl takut sound system itu boley merosakkan janin. mau tak takut dia?


tapi si ibu yang mengandung tu pulak bukan jenis yang reti bahase, dok pujuk rayu je selalu... minta dibawa menonton wayang juge ^_^" sabit laa si suami ni kuat semangat & kretif, bini tak dapat tgk movie kat panggung, dia usahakan jugak bawakkan movies2 itu ke isteri tercayang *ceeewah*

tapi, si isteri tetap tak putus asa. bermacam2 research dibuat; internet, books.... takde pon yang kate ibu mengandung tak boley tgk movie. yang dorg kate, horror movies je tak sesuai ditonton. maseh tidak puas hati, si isteri consult kawan yang bekerja sebagai peg. farmasi di sebuah hospital terkemuka (yeke?) kat KL & si emak sedara sorg nurse bersalin pencen.

and guess what? the fren told me (from her brief research thru medical journals) that the decimal sound system of Malaysia's movie theater are still under no threat to any living things. and the emak sedara even confirms the statement with "iye, boleh aje nak tgk wayang....."

haku pon ape lagi ^_~

....but you know what?
after coming out from the movie theatre, aku rase 'beseeee' je. apsal ye?

pasal itu sume n a f s u belaka.
nafsu ni, bila tak dilayan, bukan men lagi dia memberontak.
tapi, bile dah disuap, takde mende pon.... tak tgk kt wayang pon takpe. tunggu je laa suami men- errkk, suami beli dvd original kat kedai speedy tuh ^_^" and kalo laa di-maintain-kan tidak menonton sampai baby lahir, duit2 yang terkumpul boley wat belanja pape yang patut baby...

sungguhpun demikian, aku tetap nak menonton:



just to share:
ituhari waktu tgk Harry Potter kan, ade satu scene tu kan. dia mcm terkejut sikit tau. bukan aku tak tau yang memang akan kuar satu tangan dari tasek tu yang akan tarik Harry ke dalam tapi, scene tu tetap berjaya men-terkejutkan aku.

but the scarier thing was, when my baby stopped moving. *hoh*

right before the scene, my tummy was not feeling at ease, i had to adjust my posture quite a lot. elok je scene terkejut tu kuar, ilang suma sakit. ilang suma rase baby gerak2. aku gabrah.

throughout the movie, i put my hands on my tummy smbl selawat banyak2, risooooooooooo kalo jadik pape inside. tulaa, orang tak bagi tgk dia nak tengok gak (--")

habes wayang, btau kat suami. mengelabah member. terus diajak nye pegi cek dokte *hehe* tp alhamdulillah, tak lame lepas itu, the pain comes right back! tak penah aku rase se-suke itu bile tummy tak selesa ^_^"

itu tuhan nk bagi reminder kat aku,
yang ber-kuasa: DIA! yang bagi aku rezeki: DIA!
jadi, jangan terlampau suke sangat.... berhibur hendaklah berpada2. wasatiah dan bersyukur ^_^

tapi, G.I.Joe yang action-pack tuh takde pulak aku terkejut2! ^_^"

wynn.... beringat..... syukur......

Monday, August 17, 2009

ours ^_^

berikutan kes H1N1, kolej aku pon sibuk menutupkan dirinya, dengan meningkat nyer bilangan student2 yang suma pakat demam panas+selesema.
tidak seperti institusi2 lain, tenaga pengajar kolej kami juga dibenarkan cuti sama seperti student2 dorang! *yeay*
apo laei, kepalo den dah mula merangka: Moh Balek Perak Yob! \o/

since its a last minute plan, husband only manages to escape from work and apply for leave on Thurs & Friday. takpe2, janji balek!

seminggu cuti, berleluasa laa aku kat umah ^_^"

but the best thing was, on Wednesday husband takes the half-day leave and took me for an ultrasound scan!

sebelum ni, aku buat suma sorg je kat klinik kerajaan. since he's working and all. and when he actually had the chance to take me himself, dia yang dupdap neves. 1st time laa katekan.

until he saw this:

our baby is now 16 months old.

i should have captured husband's expressions when he sees the baby. so chomel!!!!