Saturday, December 25, 2004

'dia' kol

'Dia' kol...

terkejut gak..asal tetibe kol?
dia nak mintak tolong fowardkan no kawan...
dia kat kl. cuti.

suke...suke sangat!

tapi sedih....

suke...sebab dia de kat kl.
sedih... sebab walaupun dia ade kat kl, akuh tak leh wat pape.

'dia' kol lagi...
akuh agak berdebar2...
sebab dia kate dia ade hal sikit...
kenape yek?

akuh cube bayangkan bende2 best yang mungkin dia nak bagitau.
akuh senyum sorang2. berangan...
hati akuh tak tentu arah tunggu dia bgtau.

malangnye,
bende yg dia nak bgtau tuh jauh sekali dari ape yang akuh bayangkan.

'dia' ade beli hp communicator rega RM-ribu2...
tapi, tak cukup duit...
dia kate mak dia masukkan duit ari isnin depan.
dia nak pinjam rm200 dr akuh untuk cukupkan rega hp tuh...
isnin nanti, bile mak dia masukkan duit dia bayar balik.

akuh geram. akuh pelik.
nape akuh? mane kawan2 ko yang lain?
sebelum ni nak dengar berita pun jarang.
bila sekali kol, terus mintak pinjam duit.
geram...

tapi, bukan salah dia. akuh yang perasan lebih...

kawan mintak tolong. ape salah kita tolong balik kan?
hari ni hari kau. esok2 lak hari akuh tak berduit...

p/s: jangan lupe bayar balik udah..

Monday, December 13, 2004

aku nampak 'dia'

aku nampak 'dia'

pi klcc, carik buku shakespeare
saje nak carik kat kinokuniya
sebab nak beli banyak...
leh dapat beg kertas dia...
hehehe...

lepas maghrib baru balik...

sampai terminal gombak, akuh pun kuar dr putra..
bila kuar dr putra, nampak 'dia'...

akuh terkasima...
tetiba terstop tengah2 jalan..
jantung akuh berdegup kuat....
"takkan dia ade kat sini?"

akuh berenti kat tepi...
nak tengok muka 'dia'
sungguh ke dia? akuh masih tak percaya...

jantung akuh semakin kuat berdegup..
'dia' menoleh ...

subhanallah..bukan 'dia'....
nasib baik bukan dia.

kalu yang aku nampak tu dia, canne ek?
ape yang akan aku buat..

lemah jantung akuh dibuatnye....



Thursday, December 9, 2004

r.i.d.e

r.i.d.e

hari ni kelas full...penat!

8.30-950pg : Science of Quran
10.00-11.20pg : Intro to Fiqh
11.30-12.50tgh : Intro to Political Sciences

lunch hour,
biasanye misti lunch ngan amani. tapi, hari ni adik dia nak datang.

aku kesorangan...
takpe2, fid and the geng misti ade kat hscafe punye...

akuh pun melangkahkn kaki ke cafe... sekali round, tak nampak fid.
2 kali round, tak nampak gak..(mane dorang ni)
3 kali round, sah..aku kena lunch sorang2 hari ni...
akuh sedeh....

pi kelas...
2.00-3.20pm: Psycolinguistics

Madam kate hari ni dia nak wat short class je (yahoo!)
Bincang pasal group presentation, dia pesan 'jgn r.i.d.e org' .
huh?


r.i.d.e maksudnye tunggang.

Yang Madam maksudkan dgn 'r.i.d.e' tu ade kaitan dgn attitute students bile wat group presentation.

Setengah student suke join group ngan budak pandai & rajin,
mudah untuk dia curik tulang waktu presentation nanti...

Emma pandai. Adda rajin. Aku se-group dgn 2 org pemudi yang pandai lagi rajin ini.
Bijakkan aku?

Monday, November 29, 2004

hadiah dari ibu...

hadiah dari ibu...

hari ini Ahad, 28hb November 2004.

barang semua dah pack. tuala, telekung, baju2, kueh raye....
ape lagi yang lupe yek? takde pape dah kot...

kul12 kak muliani datang amik aku. anak kawan ayah.
dia drive kelisa. auto. kalu penat, akuh buleh take over...
hehehe, berangan lebih...

anas kate nak datang. nak kasik barang.
adi pun kate nak datang. nak kasik barang jugak.
wahh, 2 org jejaka ensem nak datang umah kasik hadiah....
jgn jeles!

kul10, anas datang.
dia kasik cincin kristal & bear atas swing ...
suke! tapi, cincin tu besar sgt....

kul11, adi pulak datang.
dia kasik beg. beg galas warna biru.
suke! tapi, beg tu ade gambar anjing....

kul12.30, kak muliani pun sampai...

ibu nak kasik hadiah.
sebab kawan2 akuh kasik hadiah, ibu pun tanak ketinggalan nak kasik hadiah jugak.
pesan ibu, "spirulina ni jgn lupe makan. lepas makan je, amik sebiji. sebiji sehari. memang payau tapi ianya berkesan".

ibu kasik aku hadiah 'spirulina'. hehehe....

trimas anas. trimas adi.
time kaseh ibu!!!!!

Thursday, October 28, 2004

slaium... ^^

slaium...
Aku sorang yang kuat. Aku tahu yang aku memang kuat.
Tapi sekarang ni aku boleh rasakan darah merahku mengalir dari kepala.
Jiwaku tenggelam; aku akan mati.
Kematian tak membezakan yang kuat ataupun yang lemah. Kita diajar untuk
memuji yang berkuasa dan membenci yang lemah. Apa yang kita capai? Anti-perkauman? Peperangan? Kemiskinan?
Apakah yang maksud kuat dan lemah? Aku sendiri dah tak pasti jawapannya
lagi; dah tak guna lagi. Mungkin lemah bukanlah seterukyang disangkakan.
Mungkin lemah sebenarnya adalah suatu rahmat!
slaium
UTOPIA HIGH
HuntinG High & Low

Tuesday, October 26, 2004

bila resah...buat ape yek?

bila resah...buat ape yek?

“ bila resah,
ingat saat indah …
bila rindu,
ku nyanyikan lagumu…”
~ anuar zain ~

tajuk lagu nih, “bila resah”.

Akuh tengah resah ni…Tatau apasal. Tetibe je. Nak kate resah sebab exam, exam dah lepas. Dah balik cuti kat rumah pon. Resah sebab takde sape nak layan ngade kat rumah… mungkin. Yelaaa, kalu kat kampus leh dok manje2 ngan kengkawan. Mereka semua sayangkan akuh. Mungkin.

Ok laa, I admit. I kinda miss them. memang le kawan2 sekampung masih wujud dan bonding kitorang still utuh (wahh, asal ngan bahasa akuh ari ni) tapi, rase rindu akan kwn2 lain tetap ada.

Kalo ikut kate anuar zain, dia pesan…bile rindu, kena nyanyi lagu. Emm, akuh rindu…nak nanyi lagu. Lagu ape yek?

Timmy suke lagu bsb. Boy band sangat. Tak bleh. Kena kekalkan imej.

Ateh suke Michael buble. Oklaa, tapi akuh ingat lagu dia part chorus je.

Fid suke lagu siti. Lagu siti? Hehehe…fid suke semua lagu siti.

Amani suke lagu ruffege…(betui ke ejaan tuh)

Emma? Ermm, emma suke lagu ape yek? Lagu jepun kot…

Akuh?

Nak nyanyi lagu raye lah…..

“Selamat Hari Raye..
Kepada sedare serta sedari,
Setahun….hanye sekali…
Bile lagi kome nak datang raye kat sini….”


P/s: wajib antar kat raya mahal2 ade bunyi kat akuh. Kalu tak, no maaf bagi mu. ;)

Friday, October 22, 2004

citer kakak "bile korang nak abes: hehe...^^

citer kakak "bile korang nak habes"...hehe^^

Hari ini adelah hari yang dinanti-nantikan. Tamat sahaje jam 5 petang bermakne tamatlah perjuangan akuh untuk semester 1 2004/2005 ini....

Khamis. Ade 2 paper. Dua-dua killer paper. Exam1 start kul 12. Gap sejam. Sambung balik exam2 kul 3. Akuh, fid...juge (sifu tak bertauliah) tim secara rasminye belajar last minute dgn emma.


"Budak-budak memang gini. Dah last minute baru pulon nak study..." kate mak.
Biaselaa...bile dah dapat jumpe, bukan saje study, resepi2 raye turut menjadi bualan hangat (walaupun masing2 tak pro-masak). Tatau canne, Tim ade copy surat layang siti. Si tikus? Bukan...surat layang Siti Nurhaliza. Sewaktu sesi rehat (baru je blaja tak sampai 10minit), kitorang dah pon diskusi [baca:ngumpat].
Tiba-tiba...
kedengaran satu suara, "korang ni bile nak habis haa?".
Suare sape???
Yep, kami akui yang kami bising. And you are in the middle of studying. But, hello?
Newsflash: "kitorang pon exam gak. 2 paper lagik tuh. Dah laa 2-2 killer subjek. Nape? Budak BEN nye subjek senang2 ke?" kata akuh didalam hati. Kenape dia misti jerit sampai begitu sekali? Mungkin dia budget sora dia perlahan kot... [baca:usnuzon kunun]
Ada pepatah dari sorang bijak pandai,
" To reply to someone's harsh words is by politeness. And it is the greatest victory of all. "
Akuh mintak maap kak "bile korang nak abes". hehe...^^


Thursday, October 21, 2004

Warna surat cinta

Warna surat cinta

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna HijauMuda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"Ani : "

Kalau kelabu?"Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

comel tapi gile...

comel tapi gile...

Pernah tak korang rasa busan yang teramat?
Lain dari perasaan busan yang lain..
Busan sampai tak leh wat pape..
Busan yang mana kite sepatutnye bukak buku dan bace, sebaliknya terjadi..
Esok exam dan kita sepatutnye struggle walaupun last minute tapi, sebaliknye kite bleh dok ngadap komik, tgk cite Aladdin, siap leh kemas bilek sampai bersih. Dan esok ade 2 killer subjek yang perlu diperangi…
Gile ke akuh?
Sungguh ke ape yang kwn2 akuh dok gelar akuh..
“comel tapi…gile!”

akuh gile?

Saturday, October 16, 2004

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi : Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa, "Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan". Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi : Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih² agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita,memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi : Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi :
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi : Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi : Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.

Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia².

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh :Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang denganberselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterimakasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapatmenyembahNYA.

4.15 ptg: Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg: Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih.Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg : Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka " Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa,kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka". Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air,terus menunaikan solat maghrib berjemaah,setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm : Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk,seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca,yang lain menyemaknya),cubakhatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan.Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm : Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.


:: insyaAllah ::
p/s: mampu ke akuh? sedeh... :(
Akuh copy&paste dari,
sp33dma5ter (silang,siur)

Thursday, October 14, 2004

esok posa!!!!

esok posa!!!!

Hari ni hari Khamis, 14hb Oktober.
Esok hari Jumaat, 15hb Oktober.
Esok hari first posa dan akuh berjauhan dari keluarga....bukan akuh sorang je, ramai lagi teman-teman seperjuangan yang sedang berjuang di examination hall masing-masing. Sekarang tengah minggu pekse maa!

Tadi ibu tipon. Tanye pasal peksa. Kite exam start 11hb. 2paper; BM & Integrated Skill. Satu paper kul 9am, satu lagi kul 3pm. Bertindih....beban memang beban. Sape tak suruh study awal-awal. Salahkan A&R.... sebab buat jadual gitu...hehehe ; )

Ibu ingatkan supaya gi solat terawih malam ni. Huh, dah start dah ke? Ape daa, mentang-mentang jauh dari keluarge...so, takde orang nak peringat macam dulu. Nasib baik ibu tipon. Kalu tak, leboh (terlepas-bahase org perak!) pahala solat terawih yang pertama...

Oleh itu kawan-kawan, marilah kita bersama-sama mengerjakan solat terawih malam ini dan malam-malam yang seterusnya di surau-surau yang berdekatan...gambatte!! (ini bukan bahase org perak!)

akuh demam...

akuh demam...

Akuh rase akuh demam.
Akuh rase...
Tapi, bile kawan2 akuh rase…dorang kate akuh tak demam. Badan akuh tak panas. Akuh masih buleh berlari. Bleh lagi dok naik bilek orang semata-mata sebab boring….
Dorang kate akuh sesaje je buat2 demam. Siap warning lagi tuh…
“ko buat2 la sakit, nanti sakit tuh datang sungguh baru tau.”.
Mane de akuh buat2 sakit. Akuh rase akuh demam.
Mane tau akuh demam tipu ke tak tipu.

Mengade ke akuh?
Tak….(akuh rase…)

Wednesday, October 13, 2004

my first and foremost..

my first and foremost..

hye!
my first entry...(macam tak besh je!)

anyway, baru balik dr jumpe lecturer td..
hantar report presentation...
gile lambat! padan muke tak dapat stamp writing lab...

tuh laa,
mak dah kate, jgn delay keje...
kan dah kena!

semalam, tgk entiti...
bodo punye cite! nak gi toilet pun akuh dah mule takut dah...