Wednesday, November 2, 2011

Sunday, October 16, 2011

Kau kena sedar yang kau tu dah tua...

... bila sebelum nk cabut rumput pon ko kena stretching dulu untuk mengelakkan sengal-sengal di paha keesokan harinya*adeh*

Sunday, October 9, 2011

Adik ku si kelakar ;)

(Dalam kereta)
Ayong, Aisyah rase nak muntah la...
Boleh tahan x? Tunggu ayong berenti tepi jalan jap.


(Tepi jalan)

Haa... cepat la keluar. Kang termuntah dalam kereta kang lagi susah.
Tolong ayong! Aisyah tak boleh keluar! Kaki Aisyah kena semut-semut

*gelak guling2 dlm keta*

Friday, October 7, 2011

Ber-sms dengan ayah.

"Salam ayah. Esok ayah gerak ke KL jam brape?"

"Pergerakan subjek to confirm."


amekaw!

K A R M A

Dear ibu,

I'm sorry for not answering when you called
For lazying around when I should help you with laundry
For letting you clean the toilet while I'm out with friends
For not even helping you plucking the grasses,
even though I knew that you were out there doing it alone...

I am also very sorry...

For delaying work when you want them pronto
For putting the TV channels as top priority
For letting you wait for me while you are in a hurry
For letting you sleep late at night, alone cooking for Eid

I am very sorry ibu,
for E V E R Y T H I N G that I have done to you!

Sincerely,
Your daughter who-was-being-left-alone-scrubbing-the-floor-when-everyone-else-is-in-front-of-the-tv-last-night (-_-)

Wednesday, September 21, 2011

Shopping-mopping with Mr. Hasben.

Yang ni lawa dak? *sambil tunjuk dress cumel*
Seksi.
Yang ni? *tunjuk kemeja ranggi plak*
Jarang.
Habeh? Yang mana je yang lulus ni??
Yang ni?? *sambil tunjuk kemeja panjang kain tebai macam karung beras*

:P

-----

Lawa betol laa baju2 depa ni... stress jadinya!

Kenapa?
Yelah. Lawa dah, rega pon xdak la mahai mana. Tapi jarang. Dah la orang jenis maleh nak ber-inner2 ni. Bengang je...
Takpelaa.. Elok ber-stress2 dahulu. Ber-rilek2 kemudian...
Pasai pa plak?
Elok stress xdapat pakai baju jarang kat dunia... Tapi, jadi bidadari yang paling lawa kat akhirat kemudian...
Eheh ^____^"

Monday, September 19, 2011

l u p e . . .

tengok jam. dah 1.10 pm.
"ade kelas pukul 2. baik solat dulu" detik hati kecil ku.


pegi bilik air. bersihkan diri. amek wudhu.

masuk surau. pkai telekung.
rasa bangga sekejap pasal aku antara yang berjaya solat awal waktu.

angkat takbir. Allaahuakbar...

"Weh. bukan ko period ke hari ni??" tegur dia.

tak jadi nak rukuk. cepat-cepat bukak telekung ^____^"

Sunday, September 18, 2011

Konfom x dapat duit raya! ;p

Makyong comel tak?
Tak.

Makyong lawa tak?
Tak.

Makyong tak cantik ke? Tak manis?
Tak. Tak. Semua tak.

Makyong buruk sangat ke?
Aah.

... Perlu ke kau jujur smp begitu sekali? T_T"

Tuesday, September 13, 2011

Tuesday blues~

apsal serabut sangat aku tengok ko ni? tak sehat ke?

aah. penat beraya...


ceh.

Sunday, September 11, 2011

Rendang ibu...

do you see what ai see??


Aku: ni sape yang tinggai sudu dalam periuk ni??

Ibu: memang saje tinggai, nak bagi daging empuk.
Aku: ye ke?? Xtau pun...
Ibu: mana nak tau, dah x ghajin turun dapoq
Aku: *amek kau*

Thursday, September 8, 2011

balek kampong!!!!!!!

...badan terjelepuk di kerusi tapi hati sudah di kampung. oh!

-----
aku baru nak balek beraya di Ipoh minggu ini. cuti Jumaat & Isnin sudah lulus. hari ni baru Khamis, tp hati aku sudah tak kuase nak mengadap keje. beg sudah siap berzip. tinggal tunggu nak dimuat masuk ke dalam kereta je. woha!

-----
seminggu kami beraya di Melaka tahun ni. tp dah memang turn Melaka pon. kebetulan enchek hasben pun kena standby, jadi keputusan untuk beraya di Melaka memang tepat sekali. kalau kena panggil masuk kerja, sekurangnya tak lah jauh nak drive balik bekerja...

and you know what?
takde lah teruk sangat duduk beraya LAMAAA di rumah mertua. mungkin sebab aku bawak 'modal' yang mencukupi pulang. bila aku kata 'modal', ianya bukan kerepek, bukan kueh raya. tapi itu budak-budak kicik penglipur lara :)

cucu cucu sayang :)

-----
awal tahun lepas, abang ipar aku kawen. rezqi mereka bunting pelamin, dah nak bersalin puan Bini hujung bulan ni.

dengan adik ipar aku dah pesan, jangan kawen awal sangat. aku belum puas merasa seronok ade adik lelaki lagi.

... tapi hujung tahun ni turn dia pulak.
kalau bini dia pon rezqi cepat, tergugat ah kedudukan aku sebagai ibu kepada cucu2 kesayangan (-_-")

Monday, September 5, 2011

...bizi nye aku
*entry budget Perdana Menteri :P*

Monday, July 18, 2011

3 beautiful years...


Happy Anniversary Sayang :)

Friday, July 1, 2011

pengalaman c-sect adik kakak 2

lain orang, lain ceritanya.
dari pengalaman sendiri, bersalin secara caesarian juga ada peritnya.

kalau bersalin normal, sakit yang dirasai bermula sebelum dan semasa sesi bersalin itu sendiri. tapi bila bersalin secara pembedahan, rasa sakit itu datang semasa dan selepas selesai pembedahan. tak percaya? terpulang... sebab lain orang, lain pengalamannya :)

sebelum bersalin, aku cuba untuk mempersiapkan diri mentally by asking people their experiences and reading lots of infos on c-sest delivery. and i secretly hopes that it wont hurt that much.
pengalaman operation yang dulu (waktu ectopic dulu) sedikit sebanyak membantu juga, cuma dulu i opted for full-bius. bior tak sedor langsung. heh...

tapi, full anesthetic will only be used if there is complication to the mother (kalau tak silap aku laa). so, half-anesthetic it is. cuma pelik, kenapa depa tak bagi husband masuk. pasal setahu aku, kalo dah namanya private, dorang tak fussy sangat pasal husband going in the O.T. ntah la.

cuma aku rasa, kalau laa si suami dapat masuk and tengok sendiri proses pembedahan tu, mesti dia lagi tambah-tambah sayang kat aku *eheh- perasan*

keluar dari O.T, aku masih lagi terketor-ketor macam baru lepaih kuar freezer. nurse pon dok pelik, pasaipa aku dok terketaq2 lagi walaupon dah kuar dr O.T. Doc kate aku ni kecik, kurus, lemak tarak. itu pasai dok rasa sejuk sgt tu...

bila depa dah usung masuk wad, aku tak dibenarkan makan sehingga 6jam. kalau dahaga sgt nk minum pn, sip sikit2 je. dorg takut gastrik, psl perut baru lepas kena peghosah tadi kan huhuu...

knowing me, mane mau nye aku tahan. dok minum laa sikit2 ayaq zamzam yang ibu bawak tu. sikit je pon aku teguk, tak sampai 2 sudu pon. tuptap perut rasa tak sedap, terus dok muntah balik semua. and when i say semua, entah segala macam cecair dok keluar. i got no control over myself at the moment. macam mana anak ko muak bila dia tak disedawa lepas minum, macam tu gk laa aku dok muntah. ahmad muaz dah menggelabah. sian tengok dia kelam kelibut. sayang dia kat bini dia :)

malam yang pertama, aku tak boleh bangun lagi. nak weewee suma pakai tiub. tapi dok gagah gak men hp, nak updet status kt FB suma hehehehhe...

malam tu, bila family semua datang, the one person that i look forward was my pretty Sarah. oh, rindunya ibu kat kakak Sarah ibu sorang ni. tapi, mampuh dia tak heran kat aku, pasai dia dh nampak abah dia dulu *ceh*

nak kecik ati pon tak guna, bukan aku buleh dukung dia pon huhuhuhu....

the next day, nurse kasi bukak suma tubes yang ado. and i have to try to go to the bathroom sendiri. of course la ahmad muaz kna ngekor skali. buatnya aku mangkor dalam bilik ayor tu sape nk tanggung??

darah nifas tak sebanyak yg dulu, probably bcos doctor dh sedut mos of it waktu kat O.T (kata aku laa). tapi MASYAALLAH SAKITNYA BADAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku ibarat Quasimodo yang membongkok nak ke bilik air, jalan macam nenek kebayan tak bertongkat and napas dok putus-putus pasal menahan sakit... kalau bersalin normal ituhari, at least badan tak sakit. celah tu ja yang dok mengepit pasal takut carik eheh

tapi yelaa... kalo tak sakit, bukan nak beranak la namanya... kalo tak sakit, bukan Jihad la namanya... kalo tak sakit, mana nak terhapus dosa dosa lama :)

sebenarnya, proses melahirkan ni lebih menitikberatkan keselamatan si anak dalam kandungan. kalau yang terbaik untuk si anak adalah melalui 'tingkap', maka si ibu pon kena la akur dengan cadangan doktor. bukan saje2 je dokte nak bedah ko. kalau rezqi anak keluar melalui 'pintu', bersyukurlah. yang penting, kedua-duanya selamat. sehat. walafiat :)

aku bersyukur gak sebenarnya diberi peluang merasa nikmat bersalin Cesarian ni. walopun sakit, sekurangnya aku merasa rasa sakit keduanya. dan boleh berkongsi pengalaman dengan semua. yang pasti, aku takkan jadi macam depa-depa yang sesuka hati mengata si ibu yang bersalin si anak secara c-sect.

sakit tau? sapa kata tak sakit ;p

Sunday, June 26, 2011

atas nama chenta :)

Antara pantang sewaktu berpantang:
- jalan kena perlahan
- stokin kna panjang, tebai, tak boleh tak pakai
- minyak panas adalah sahabat baik sepanjang 44hari
- rambut kena ikat sanggul tinggi, ketat smp kulit muka tegang megang
- tak boleh membaca, menonton tivi
- makan tak boleh tambah, sekali makan biar banyak terus
- air minum kena panas dan tak boleh minum terlampau banyak
- muka badan kna rajin tempek segala jamu mamu

dan apa yang akan berlaku jika pantang dilanggar?
segala macam sakit akan mendekati anda tatkala dikejar usia. tak payah tunggu tua, esok lusa pon dah buleh rasa kesannya. oh!

... ahmad muaz, terima kaseh kerana sanggup jaga saya sampai tua. i love you too :)

Tuesday, June 14, 2011

pengalaman c-sect adik kakak

hari ke-18.
sekejap je masa berlalu. macam baru semalam je dokte dok robek-robek perut aku.

menipu betui. kalau semalam baru kena operate, kompom ini hari dok terbaring je seharian ;p
~~~~~

my due date is supposed to be on the 5th of June. tapi aku sudah standby di rumah since 21st of May, as ordered by the doc. and since my next appointment is on the coming Saturday, decided to mula cuti jela. sian ahmad muaz dah tak larat nk pegi-balek hantar aku ke ipoh... :)

so,
Sabtu tu, lepaih amek Aisyah dari tuisyen, aku pon poei la ke hospital for my weekly checkup. sementara tunggu turn, ade la 2-3 kali aku ke toilet. standart ah ibu mengandung, kalo tak ke toilet selalu tak sah. tapi, yang saspennye, ade secalit warna merah ibarat darah di panties. timbul sedikit gabra. "ini ka ghopa bleeding nye??"

aku rilek lagi. tak lama dah turn aku. satgi la baru inform doc.
aku ke toilet lagi. kali ni ade lendir2 darah plak. "sah bleeding ni."

masuk bilek doktor.
"bagaimana puan hari ni?"
"saya rasa saya dah bleeding la doktor..."

terus doc suh aku baring. dia nak check utk confirmation.
sah bleeding katanya.
dia scan plak perut.
uri sudah tidak blocking the exit. tapi kepala masih tidak engage.

"takde jalan lain, puan. kita akan operate hari ni juga."
"heh?? hari ni gak?? bila?"
"sekarang?"
"HEH!!"

mau tak gabra!

"tak buleh induce ke doctor? kenapa kena operate gak? kan plasenta dah tak block exit?"

"betul tu puan, tapi puan dah bleeding. kalau kepala dah engage, memang kita buleh cuba induce lagi. and since dah bleeding, kite tak mahu amek risiko tunggu kepala baby engage. takut puan hilang banyak darah..."

alhamdulillah... aku tak kena bedah dan dan tu gak. since tekanan darah, jantung suma ok stabil, doktor berani bagi can laki aku sampai ipoh dulu baru bedah.

ahmad muaz sampai dalam 3 lebih, doktor kate aku akan masuk operation room dalam jam 5. waktu tu, aku and suami rilek lagi. buleh dok online, men game, bace blog komik suma lagi. dekat jam 5, nurse dh suruh aku tukar baju suma.

aku mula gabra.

sebelum ditolak keluar, nurse tanye "nak cakap pape dgn suami tak?"
aku nampak muka ahmad muaz cuak. sayang jugak dia kat aku :)

ahmad muaz ikut aku sampai ke pintu bilik bedah. dah tak nampak dia baru aku mula gabra.

bila dah beralih tilam, aku ditolak masuk ke bilik bedah. macam dalam tivi tu la, bilik yang ade lampu duatiga tu. ramai dalam O.T (operation theatre), nurses, doc bius, and more nurses. macam-macam laa depa dok sembang sesama sndri. aku dok telentang macam hapa dah tak sapa pedulik huhuhuhu...

doc bius mula cucuk bius kat blakang badan. itu baru bius utk pastikan blakang aku tak sakit, since depa akan cucuk another ubat into my spinal utk pastikan aku takkan rasa apa-apa from the hip all the way to my feet.

once the medication starts to make its effect, everyone suddenly went quiet. tapi suma pakat kelam kabut baringkan aku, cover pandangan aku from leher upwards and the surgery starts...

sungguh, memang aku tak rasa doctor kerat perut aku suma. tapi aku dapat rasa ade benda tekan, benda kuar masuk dari bahagian bawah.

aku cuba sehabis baik untuk ingat apa yang berlaku tapi mashaallah... sejuknye dlm o.t tu!!!!! tangan, bahu, tulang pipi aku suma bergetar dek tak tahan sejuk! aku siap mintak tolong nurse urutkan tulang pipi aku, lenguh dok bergetar nonstop.

tapi aku sempat dengar doktor mintak forcep and nurse dok tekan2 perut aku. and yes, aku dpt rasa sakit kena tekan itu.

and suddenly, kedengaran suara teriak adik kakak :)

... sesungguhnya, sapa yang kata bersalin operate tak sakit adalah penipu bosaw!!!!!!

* to be continue

Sunday, May 29, 2011

she has arrived!

presenting the arrival of

Ummu Hannan Binti Mu'az @ Ahmad Muaz Bin A'denar
D.O.B: May 28, 2011
T.O.B: 5.33 pm
P.O.B: Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan
Weight: 3.1 kg
Length: 5.2 cm

welcome to the family dear!! :)

Tuesday, May 10, 2011

having a coke with you...

is even more fun than going to San Sebastian, Irún, Hendaye, Biarritz, Bayonne
or being sick to my stomach on the Travesera de Gracia in Barcelona
partly because in your orange shirt you look like a better happier St. Sebastian
partly because of my love for you, partly because of your love for yoghurt
partly because of the fluorescent orange tulips around the birches
partly because of the secrecy our smiles take on before people and statuary
it is hard to believe when I'm with you that there can be anything as still
as solemn as unpleasantly definitive as statuary when right in front of it
in the warm New York 4 o'clock light we are drifting back and forth
between each other like a tree breathing through its spectacles

and the portrait show seems to have no faces in it at all, just paint
you suddenly wonder why in the world anyone ever did them

I look
at you and I would rather look at you than all the portraits in the world
except possibly for the Polish Rider occasionally and anyway it's in the Frick
which thank heavens you haven't gone to yet so we can go together the first time
and the fact that you move so beautifully more or less takes care of Futurism
just as at home I never think of the Nude Descending a Staircase or
at a rehearsal a single drawing of Leonardo or Michelangelo that used to wow me
and what good does all the research of the Impressionists do them
when they never got the right person to stand near the tree when the sun sank
or for that matter Marino Marini when he didn't pick the rider as carefully
as the horse

it seems they were all cheated of some marvelous experience
which is not going to go wasted on me which is why I am telling you about it

Frank O'Hara

Saturday, May 7, 2011

she's back for the week!

Sarah & my sisters are here for the whole week! *yeay!*

Angah drives and Ajah cam besa laa kena babysit Sarah. alhamdulillah, Sarah tdoq all the way sampai dr Tapah sampai ke PD. dah sampai ghomah pon dia dok sibuk nak tdoq lagi. hahahahaha... sayang ibu penat ye jalan jauh dengan keta? :)

rindu betul ibu dengan Sarah. rasa puas dapat tengok muke Sarah setiap hari, Sarah senyum kat ibu pagi-pagi, Sarah tunggu ibu dekat sliding door setiap kali ibu balek keje... sejukkk hati :)

abah lagi lagi laaa suke. berdokong je kome berdua ;)

~~~~~

Ibu repot, kata Sarah asek dok garu dia punya tanda lahir sampai luka berdarah. doktor plak mane buleh simply kasik ubat gitu je tanpa checkup.

so, that Friday, i purposely took a day off from work to bawak Sarah to see her Paed. and bawak adik2 aku berjalan. sian pulak kat dema dok terperuk dalam ghomah je. Sarah takpe, she's in her own playland *hehehe*

but the special reason we went out was because...
... i'm off to Celcom centre to claim my

hehehehe ^___^"

ye, ye. aku tahu, aku laa dulu dok bising kata telepon yang kena touchscreen ni leceh laa, hape laa...

... tapi, kalo dah ado org nk belanje, ape salahnye kan? hehehehe...

sungguhpon henpon ni berat, nak pegang pon takut-takut pasal casing blakang dia kaca, kamera dia pon tak canggih mcm Elm aku....

... tapi memang pueh ati laa bila nk check/reply email, online FB, blogwalking... rase macam dok surf guna netbook but smaller.

suami-ku ahmad muaz, terima kaseh ye? tapi maap, ai x mampu nak balas hadiah mahai2 kat yuu (--")

nanti yuu claim dari anak-anak kite ye? *eheh*

Monday, May 2, 2011

3 tahun yang lalu...

Hari Buruh. orang cuti. tapi aku koje.
aloh... takat nk koje jage exam je, bukannye penat mane pon. buhsan je la sikit. tapi dapat claim cuti triple woo! *yeah*

aku ni, dh memang terdesak dh mencari peluang menambah jumlah cuti tahunan. yelaa... setahun dapat cuti 14hari je. kalu bawak anak checkup suma, mane laa dapat m.c. jadi kena laa tolak cuti tahunan *uhuk uhuk*

ni dh nak bersalin ni, kena laa standby cuti gak. mane laa tahu nak lajak cuti bila2 ke... aku bukan koje gomen. kalo dak, buleh cuti bersalin sampai 3bulan hohoho...

~~~~~

May 2. Monday.
Since Labour Day falls on Sunday, so Monday kira cuti am laa. hohoho... makcik suke!

bila diingat-ingatkan lagi, hari ni sebenarnya genap 3 tahun aku bekerja sebagai pendidik. terdidik-kah murid-murid ku? ntah. insyaallah, aku dah cuba sehabes baik. berkongsi ilmu semampunya, dengan harapan, ade yang keluar menjadi manusia.

kesian sebenonye kat budak2 ni. kesian kat depa, kesian kat mak pak depa. yang memang datang NAK belajar, NAK cuba berubah... memang ado. tapi tak seramai yang datang untuk bersuka-suki. kununnye, masuk kolej ni lah masa untuk depa berjoli, merasai hidup bebas tanpa kongkongan mak ayah...

banyak terpengaruh dengan tivi sangat budak2 sekarang ni *mcm laa aku baek sgt* (-_-")

ye, aku akui. dulu waktu first sem kat u*ia, bukan men lagi aku jelajah KL tu. pi situ, pi sini. jalan sana, jalan sini. tapi dak laa sampai klabbing bagai suma. aku maseh sedar asal usulku.

study pon slalu last minute, buat esemen main dann je, takde laa nak khusyuk macam orang len.

hasilnya, pointer tak naik tiga. takdak la bawah dua. tapi keciwa laa pasai aku tau, aku buleh dapat tiga. dulu waktu matric buleh ja dapat tiga kan??

menyesal takdak guna.

itu yang aku dok bebel setiap kali masuk kelas pertama setiap semester.
"Awak kena fokus dari hari pertama kelas..."
"Buat semua latihan, assignment yang saya bagi..."
"Tak faham, datang jumpa saya..."

tapi macam besa laa...
manusia mudah lupa :)

depa ni, yang kaya tu. kaya laa. tapi yang kaya pon bukan depa, mak pak depa jaa...

tapi kalau yang kurang berkemampuan tu, memang kita kesian sangat...
bapak keja buruh, mak surirumah, adik-beradik ghamai... tapi kalau hangpa tak usaha sendiri, mana mau kami tolong lebih-lebih...


kelas selalu ponteng. dalam kelas tak fokus. bila bagi assignment, nampak beno copypaste nye. pastu bila exam, semedang dok tanya aku maksud perkataan. takkan laa dah sem6 pon tak tau maksud 'describe' lagi sayang oiii?????

kesian tau kat depa ni... kesian sangat. tapi kalau depa sendiri tak kesian kat diri sendiri, camna? markah dari 40% dapat 8% ja??

~~~~~

dalam2 aku xmau jadik cikgu dulu, ni laa sumber rejeki aku sejak 3 tahun yang lalu. alhamdulillah, onak duri dalam realiti bekerja berjaya ditempuh. cuma aku harap, tahun-tahun yang akan datang, aku akan lebih kuat, lebih cemerlang, bekerja dengan lebih tekun supaya gaji aku dok dapat setiap bulan ni halal, bukan hasil kerja curik tulang! *ameeenn*

ada niat nak sambung M.A, supaya nikmat ilmu lebih meluas. cuma belom diketemu laei ruang masa yang sesuai. mungkin lepas enchek suami graduate dr B.A nya. harap tidak terlambat :)

~~~~~

anak-anak ibu,
besar nanti, blajar rajin2 ya? biar pandai macam abah :)

Saturday, April 30, 2011

Barakallah :)

suami:
kenapa dorang kawen hari Jumaat ek?

isteri:
laaa... kan berkat nikah hari Jumaat, penghulu segala hari?
*wink* ^___~

~
~~~~~

sungguh-sungguh laa meriah kawen depa ni. almost everyone tuned in to see the live coverage of their wedding. yours truly ni koje, so lepaih koje laa baru buleh dok feeling2 layan blushing perasan pengantin baru *teheee*


berseri sungguh kedua mempelai :)
dress si Kate ni pon simple je, yet elegant. tp nampak mcm kurus sangat...

her baju persalinan is to die for! lawa gile!!!! sleek habes!

Will,
jaga bini hang baik-baik noo. Jangan jadi macam pak hang naa... semoga kekal bahagia selamanya...




** panjang sungguh rukun nikah depa ;p

Tuesday, April 26, 2011

when she's not around...

a phone conversation between 2 sisters:

angah:

ibu kol angah tadi. kate ayong asek dok tanye jadi ke dak pi PD. tak sabo sabo...

ayong:

elehh... ibu pon dulu same gak. kalo ayong nak balek, hari-hari kol tanye, "Jadi ke balek?" cehh...

omak den sekarang dah pandai kerek woo... mentang-mentang cucu dia depan mata, dok dengan dia... aku yang dok hari-hari cakap sorang-sorang dengan gambo Sarah *huhu*

~~~~~

anyway,
its been a month (or so) since we left Sarah under the care of her Acik Ajah & Opah. and once every 2 weeks (or three), kami pasti balek nak melawat anak di 'asrama'. hehe...

alhamdulillah... tuhan sayang kami sekeluarga. Sarah baik2 sahaja disana. waktu mula-mula tinggal dulu, baru bertatih. balek kali pertama, sudah pandai jalan-lari. kali kedua, sudah pandai kucup tangan (dengan bunyi woo) dengan sujud solat semua.

aduh. rase macam rugi terlepas melihat dia belajar benda baru di depan mata.

Kakak Sarah anak yang pandai bawak diri. Bila kak Mae dia balek kampung (for good), dia tidak mencari-cari. faham yang hal penjagaan sudah bertukar tangan. Acik Ajah menjadi teman makan tidur yang baru. pandai amek bantal tidur sendiri dikala kepenatan, pandai main sendiri dan tak kacau laptop Acik bila bosan...


... dah besar dah anak ibu yang sorang ni :)

lepas ni, Acik Ajah dah nak kembali ke uni. Makngah pulak yang akan take-over tugasan, sementara nk tunggu ibu balek bersalin-pantang di kampung. Sayang sabar ye? Nanti kite jaga adik Kakak sama-sama ye? :)

~~~~~

and sejak menjak Sarah di Ipoh, aku akan ngekor enchek hasben ke KL every weekend. busan duh sorg2 kat ghumah. lagi-lagi bila Sarah takde. elok ikut dia, ade distraction. buleh jalan-jalan carik makan + pasal+ kawan ;)

and since aku dah lama tak mai keyell ni, bukan men lagi aku mencari port makan zaman2 blajaq dulu. laki aku pon, nak buat macam mana, layankan jelaa...

macam2 aku teringin ni:
Burger King, assam laksa (kat Jusco Midvalley), nasi kandaq Deen, nasi campuq Sri Ayu (kat Sri Gombak), charkueytiaw + nasi lemak Malinja, megi kari Ameenah (lama), Subway, Taco Tao, roti nan cheese, Daim Cake Ikea...

... i could go on and on you know?

memang macam orang kampung mula sampai pekan. lantak laa orang nak kate aku culture-shock ka, hapa kaa... janji aku kenyang! kat PD tak hado, jadi bila dah sampai aku hantam sampai lobam!

bughok peghangai mak budak neh (-_-")

tapi,
bukan suma pon aku dapat. pasal bila aku dh kenyang, aku pon dah tak heran yang len2 tu. bila lapaq jaa suma benda aku nak telan ;p

macam assam laksa. mampuih aku tak sanggup nak redah traffic jam + parking cam harem kek Bangsar tuh. dapat yang Laksa Shack pon jadi laa... lebih kurang je rasanya *alhamdulillah*

Subway pon sama. tak prasan plak aku yang depa guna sijil Halal Msia & Asian Region, bukan yang Jakim pny. enchek hasben punye polisi, kalo kedai yang tak pkai Halal Jakim, ke-halal-an nye diragui. dan bila dah ragu-ragu, mana buleh makan dah. tu yang kami dah lama gila tak makan kat Johnny's, the same case applies.

cuma ada satuuu je benda je yang aku nak buat tapi aku tak buat bila pi KL. yakni tawaf Danau Kota. omak den tak bagi. bising dia bila aku kasitau mau pegi uptown.

ibu:
toksah gatei. dah sarat2 macam tu pon nak pegi gak town town tu. jadi pape kang...

tang 'jadi pape kang' tu yang buat aku seghiyau nak melanggar arahan. doa ibu itu mujarab. tak pasal2 kang aku kena 'tulah' ;p

last weekend, pegi studio Jabbe. kebetulan nak booking photo+video untuk majlis adik ipar. buleh tahan gak bisnes, setiap bulan ade gig. tapi macam dia kata laa, awal2 dulu sesak gak laa nk idup. sekarang, dh mampu ade studio, maknanya rezeqi semakin melimpah ruah *alhamdulillah*

senang ati tengok kawan suma berjaya. alhamdulillah :)

jaki je aku tengok album2 depa ni. pre-wedding la, maternity laa...
tula. kawen cepat sangat. tak nyempat2 nak kumpul duit elok2. kalau dak, merasa laa tangkap gambo lawo2 macam depa ni *huuuu*

... tapi, aku tetap bahagia takdak gambaq outdoor lawa-lawa pon *ayat sedapkan ati* ^___^"


yang kanan tu maseh single *wink wink*

ade rezqi, nak bawak Sarah tangkap gambar kat sini. mesti comel :)

Friday, April 22, 2011

Friday, March 25, 2011

Everything happens for a reason

It's been 2 weeks since we left our precious Sarah at her granny's. and every time anyone brought out her name, it got tears in my eyes.

the sole reason why we left her, was to train her Acik Ajah since her nanny is going back for good. her father and i make ourselves believe that it is best for her to be in the hands of family, rather than outsiders. what more, her sister will be coming out soon.

dari ipoh, sampai la ke rawang, i cant stop crying. susah hati. kalih kepala to the back seat, teringat Sarah yang selalunya akan terbongkang tdoq kat belakang. sampai rumah, nanges lagi. teringat Ummu Sarah yang selalunya akan berdiri di sliding door, tunggu ibu balik kerja. and bila nak tido, teringat Ummu Sarah yang selalunya akan merap mahu ditepuk dodoi sampai mamai...

*and obviously i'm in tears while typing this entry*

aduh. aku tak kuat.

~~~~~

day 1 after we left her, i went for my monthly checkup with the K-KPP. i've officially entered my 3rd trimester. however, i have this condition called Placenta Praevia, type 2, yang mana cik Uri yang sepatutnya berada di atas, terletak dibahagian bawah dan menutupi sebahagian dari ruang pintu rahim. the doctor, wanting to be sure ordered me to be warded A.S.A.P for there are a lot of complications once you are diagnosed with such condition.

aku sebenarnya sudah aware of the location of the placenta since my 5months. even the doctor pun dh btau, kalo dah masuk 7bulan tapi uri maseh lagi dibawah, hospital gomen akan tahan ko dok dalam wad sampai: a) uri ko naik balik. b) sampai ko bersalin.

gila kau? koje banyak lagi tak siap, final question paper to be submitted etc etc.

scary duh.
aku pegi K-PJ, to get 2nd opinion from my other Gyno. and yes, he agreed with the doctor's diagnosis. he, however, manage to make me feel a little bit happy for he said that i can still go to work as usual provided that i did not push myself too much. no stairs climbing, no heavy lifting, no fast walking. and no 'intimacy' with the husband. kasihan. hahahahaha ^___^"

if any bleeding of fresh blood happens, i need to go to the hospital A.S.A.P. till then, just take care of myself until my 30weeks for further checkup.

see?
there are reasons for everything. tuhan bukan saje2 nak uji kau, pisahkan kau dengan si manja. tapi tuhan mahu kau berehat, beri masa untuk diri sendiri dan adik Sarah.

aku redha.
ade kemungkinan adik Sarah akan dilahirkan melalui pembedahan. cuma aku berdoa agar adik Sarah lahirnya matang, selepas 9bulan. bukan sebelumnya.

tolong doakan kami sama ya? untuk kakak Sarah juga :)

Take a break~

It is Ira's time of the month (to get serviced).
Ira who? My car, Proton Wira. I have the tendency to name every cars owned by my dad. Like my sister's Elis & my former beau Iskandar. dont ask me why ;p

anyway, since she's not available, i've opted to carpool with a colleague. and since her husband was the driver, i prefer to just enjoy the ride instead of being the usual me- chitchatting like its nobody's business!

its been awhile since i last sat at the back as a passenger, rather than the driver.
its comforting to look at the blue sky and admiring the white clouds. the green scenery really complements the whole picture. tu belom nampak nampak burung-burung terbang berkicauan. *heh*

it was then i realised, that sometimes you need to take a break from life and admires the beauty around you.

when you are too occupied with something (e.g work, boring daily routine) you tend to mislook the small things in life that used to make you smile. that used to make you happy. you ignore your likings towards nature, substitutes your passion for reading with watching stupid reality shows on tv, keeping time only to yourself rather than spending it with family and friends...

i am describing myself though. loving outdoors especially kayaking, but ended up spending my weekends laying flat on my back in front of the tv, even though the beach is just like 5mins away. enjoys splurging money on books but they ended up being kept at God-knows-where.

tak boleh macam tu.
hidup ni bukan untuk kerja semata. sungguhpun bekerja untuk duit, tapi ape guna duit kalau tidak digunakan sebaiknya. apa guna duit kalau masa untuk diri sendiri tidak terjaga.

everyone deserves a break. i know i do :)

Thursday, March 3, 2011

in denial.

Situasi 1:
Di pasaraya ‘gergasi’.

Lelaki: Tumpang lalu, tumpang lalu.
Aku: (dengan baik hatinya member laluan kepada pekerja pasaraya itu menolak troli barang)
Lelaki: Terima kasih makcik!
Aku: *Makcik?*

Situasi 2:
Maseh di pasaraya yang sama.

Perempuan: Puan ada kad G*ant?
Aku: Takde.
*Tibe2 laki aku interframe mintak dukungkan Sarah sekejap.
Perempuan: Semuanya RM****, makcik.
Aku: *Makcik??*

Kedua-dua lelaki & perempuan di situasi diatas memang aku tak tipu komfem lagi TUA dari aku? Tapi pasai pa I was the one being called as ‘makcik’???

Yes, I know I’ll be 27 this coming Nov but still... (-_-“)

~~~~~

A friend tagged me in one of her photos of us together.

… and I have to admit. I do look OLD in the picture. Oh!

Is it because of my dressing? Or my choice of scarf? Blamed it on my new full-framed glasses, no?

Sedikit down. (-_-“)

Aku tau aku tak lawa. Tapi aku tak pernah pikir yang aku ni tak comel. *Punya laa high self-esteem*

Should I start putting on make-ups?
no. I’m just too stingy to splurge money on something I rarely use.

Or change my style of wearing the hijab?
– no. I’m too lazy to belit2 kepala dgn all those current style punye selendang.


Ngadu dekat encik suami. Dengan harapan dia akan memuji, senangkan ati bini.

He said,
“Tulaa, orang dah lama tak ngaji macam tu la. Hilang nur kat muka. Tengok macam saye ni, berseri-seri je.”

ceh.

Friday, February 18, 2011

The Romantics


"...because that's what friends do. they fall in love with each other."
~ Laura, The Romantics.

Wednesday, February 16, 2011

Rezqi Tuhan yang bagi :)

sudah 6bulan. cepat je masa berlalu :)

kakak sarah sudah mahu berjalan, tapi maseh malu-malu. takpe sayang, ibu tunggu... tapi ingat, jangan lama sangat. nanti siape nak tolong ambilkan pampers adik sarah nanti?? *hehehe*

~~~~~

semalam jam 10malam kena mula puasa. pagi jam8 esok nye dah tercegat depan klinik. rutin setahun yang lalu ber-ulang kembali. maybe because it's my 2nd time, proses menelan air gula tidaklah se-dasat yang dahulu. tapi, tak lama lepaih tu kepala mula weng. aku dengan selambadaknye pi bantai tidoq atas sofa balik langsir kat breastfeeding area tu *eheh*

ramai yang pelik. berat aku naik mendadak sangat ke sampai kena wat ujian gula? sebelum pregnant, berat aku 43. ni dah 6bulan, baru nek 4kg. ntah. aku layankan je. jangan nanti kate aku tak menurut prosedure sudah. tak kesior aku nak menelan ayor gule itew lagi ;p

~~~~~

tuhan lebihkan rezqi untuk sang suami bulan ini. beliau dikurniakan rahmat bonus berbulan2! alhamdulillah!! den suko! pasal duit dio, duit den jugo *kehkehkehkehkeh*

syukur, setelah 4tahun bekerja, kami (him, to be specific) adalah pemilik sebuah motosikal berjenama K-awasaki. kemain laei dia, suke bebenor dapat harta baru. aku pon tumpang suke, pasal cik abe nampak bergaya sungguh menunggang moto itew ;)

rezqi kami mungkin, selepas berkahwin, Allah dahulukan semuanya. sungguhpun tiada harta, tapi serba serbi sempurna. diberi nikmat kerjaya, rumah berteduh (sungguhpun menyewa), kereta & motor (milik mertua masing2), pulak selepas 10bulan bersama Ummu Sarah muncul tiba. dan tak lama lagi adik Sarah pula...

baik sungguh tuhan pada aku. memang Maha Penyayang, Maha Mengasihi. tapi, adakah aku cukup bersyukur setelah apa yang diberi? terjagakah ibadat? terpeliharakah aurat? (--")

action speaks louder than words. and i'm hoping to acheive that, with better actions each day. "lanjutkan lah rahmat-MU ke atas kami sekeluarga ya Allah."

~~~~~

speaking of rahmat,
husband gave a small part of his bonus to yours truly! but with condition, that it is meant to be spend WISELY!

wisely here refers to buying things for ME, not for the house or food etc. cause he knows that i am bad when it comes to buying things for myself.

thus, after 3years of wearing the same glasses, i (he) bought meself a Tissot brand glasses, complete with Transition-tinted and everything! and its only for rm300!! *suke tersangat suke*

terima kaseh ahmad muaz yang hemsem!! *muahmuahmuah*

husband: murah la plak spek ni ek...
wife: awat? nak baki balek kaa?
husband: *senyum simpui*
wife: tak dapattt!!!!!

i further bought myself 2 long-desired jubahs, 2 tudung awning (to compliment the jubahs), sarung bantals untuk adik Sarah and maseh ado baki!?

dan tadi, waktu dok sibuk berblog-hopping, i came across these:


ya Allah, lawanye kome!!!!
ya Allah, comeinye kome!!!!!!!!

and its handmade people! it comes in many cute fabrics that u can personally choose, from wallets to coin purses, to diaper bags as well!

agak-agak, boley dapat free tak?? *ekekekekekeke*

aduh...gatal tangan seyh!!


(klik sini untuk melihatnya sendiri!)

haa. sudah kedengaran bunyik moto cik abe diluar pagar. kena sambut baik2 ni, untung2 dapat permission beli wallet comei itu nanti *ameeenn* ^____~

Saturday, January 22, 2011

Double celebration \o/

Insyaallah... :)

~~~~~

actually,
the same day we went out to celebrate Sarah's birthday... was the same day of my appointment with the doctor :)

alhamdulillah... all is well. After detailed scanning, he commented "Grossly structurally normal fetus at this gestation". sungguh pun aku tak bape nak paham, i know it meant 'OK' ^___^ which is very good indeed!

and while we were in the middle of the ultrasound, he asked
"want to the gender?"

agak berdebar juge, sungguh pun pernah mengalaminye sebelum ini. still, i replied 'yes.'

berbeza dengan Sarah, si adik sungguh yakin dengan posisi nye lantas doktor dengan yakin membuat konklusi:
"i can 99% say that it's a GIRL cos got no burung coming out"

haaa... 'medical terms' yang gini memang aku paham! hahahahahahahahaha

~~~~~

right after we left his clinic, i immediately called husband:

me: nak tau tak jantina baby?
husband: haa? dah boleh nampak ke? ape dia?
me: dokte kate kan... he 99% sure that its a...
husband: *diam pasal saspen*
me: ... its a girl :)
husband: *terdiam lagi, terkejut kot* hehehehe

~~~~~

at home.

husband: tak boleh jadi ni. kena teruskan usaha. sampai dapat yang lelaki baru rehat lame.
me: #&_)(*&^#$%^&*()(*&^%$#$%^&*(*&^%$ *dush dush*

~~~~~

Kakak Sarah, tahniah! Semoga kakak Sarah dapat tolong ibu jaga adik dengan baik nanti :)

Adik kakak, we'll see you in June! ^___^

Friday, January 21, 2011

Ummu Sarah sudah 1 tahun!! \o/

Sayang ibu Ummu Sarah!!

tahniah! anak ibu sudah genap 1 tahun!! gigi dah nak masuk 4, and sudah mula mahu berjalan sendiri... aduh! cepat jugak ye masa berlalu ;)

setahun yang lalu, ibu tak percaya yang kamu telah keluar dari perut ibu. dan hari ini, ibu masih tak percaya yang ibu diberi nikmat anak yang baik lagi comel macam kamu!

terima kaseh atas pinjaman ini tuhan! you surely are the best!!

ape yang ibu buat untuk menyambut besday Ummu Sarah??

pertamanya, ibu mintak maaf pasal takde buat majlis parti bagai untuk kamu, macam kezen2 kamu yang lain. pasal ibu percaye, bukan kamu akan ingat pon ape yang jadi. alih2 ibu jugakk yang kena cita tunjuk gambar semua hehehehe...

pulak, Sarah bukan boleh makan kek sehabis banyak lagi. nanti ibu jugakk yang habeskan kek Sarah tu, sape susah? hehehehe...

sungguhpun demikian, itu bukan bermakna ibu tak sayang Sarah... sebab ibu saaaaaaayang Sarah sangat-sangat :)

so, how do we celebrate ur birthday you asked?
simple. we go SHOPPING!!!! \o/

stress je abah tak dapat ikut kite. abah kena work. to pay for our shopping expenses tu jugak kan? ^___~ *hehehehe*

i am not much of a shopper myself, but it is kinda fun spending time goofing around together, with you having fun sitting/standing in the trolley as we marched into the shopping complex.

Abah belanja baby bike untuk Sarah. bukan main syiok lagi kamu! u've been sitting on it all the time, since i've put in the trolley. and you sit on it with pride, siap tekan hon suma wooo. jeles je budak2 len. and passerby suma senyum je tengok kamu sukee je hari tu. it's your birthday honey! you deserve it! :)

ibu pulak bagi ape? errk... ciuman? ^___^" eheh

... agak-agak bile Sarah dh besaw nanti, Sarah nak lagi ke shopping2 dengan ibu ye?

sampai rumah, u did not take your hands (and ur cute butt) off the bike! sampai kamu ended up kena lap je instant of the usual, punya laa takmo turun dari bike. aduh! jenuh!

naseb tido mau lagi atas toto... buatnye kamu nak tido atas bike tu jugak, tak ke naya ibu! ;p

all in all, it was a fun date! so much fun, that you slept soundly throughout the night. :)

thank you again Allah for this lovely gift!

terima kaseh Sarah for being such a lovely kid!

and thank you husband, for being with me all the way through. ily :)

Tuesday, January 18, 2011

They say the darnest thing!

while searching online articles for my classes, i came upon these:

Real Man says...
I don't understand why we are even discussing this. Women have no place in the workplace. Where they've been, they've caused strife and suffering. The worst bosses are women because they're too emotional and insecure. And for good reason! They don't have the physical or the mental capacity to function in a professional environment. The worst staff members are women too; they talk the most and always give you lip when you tell them to do something. Anything! What's all this rubbish about helping them achieve "work-life balance"? Women are meant to balance home and hearth and home budgets. Their duties, first and foremost, have always been about carrying babies on their backs, and standing next to a hot stove with a spatula or some other cooking implement in one hand, and a broom on the other. Those are things women should be balancing, as they stand barefooted, always in the house. Not the real challenges of the real hard working world of professionals. Men are made for that. For toiling through long periods for 'the Man'. (There's a reason that expression refers to a male character, think about it.) The least a good woman should do come evening time is make sure the children are taken care of, the dinner is made and served on time, the clothes are neatly pressed and folded, and that a man should be waited on, hand and foot, from the moment he enters the door after work (where she takes his shoes and socks off) through the moment he steps out of the shower into his pyjamas before going to bed. Is that too much to ask? So I say, we as men, must make our stand today. Sound the trumpets to rally round a common purpose: the re-subjugation of women. We must put women in their place. They have caused too many problems. We must discontinue education for women, because it empowers them to talk back. They must learn to speak only when spoken to and such. I urge you to desist. Stop all this nonsense about "women in IT" and other workplaces. Stop the insanity and bring some order into our world. Thank you for your time and consideration. (21 Aug 2008 6:02pm)

Real woman says...
In the first place if men can provide well for the family then the women don't need to join the workforce. If men wishes women to wait on them hand and foot like what 'real man' describes please migrate to Japan. There, women do wait hand and foot on their men. In return their men give their ENTIRE salary to their wives. In fact their companies will automatically deposit the money into the wives account. This also brings to the second point that, because Japanese men have no savings apart from the allowances their wives gives them for their meals (btw men are not allowed to return home until way past dinner or the family loses face as it could mean their bosses don't like them and that these men are not valued at work) the women are not afraid of being abandoned by their husbands. So since most of us are not Japanese, women will have to enter the workforce to ensure they can support themselves should the marriage falls apart plus in trying times like these, most men can't afford not to have their women work as their pay alone is not enough to support the whole family. In many developing countries, many so-called real men are those who drink, womaniser and stay unemployed while women are expected to take care of the entire family, clean the house and be the sole bread winner. Go tell the women not to work and expect the men to bring back the bread! I could go on but I would leave it to others to comment. (22 Aug 2008 7:19pm)

Real equality says...
I don’t understand why we are even discussing this. Men have no place in the workplace. Where they’ve been, they’ve caused strife and suffering. The worst bosses are men because they’re too aggressive and competitive. And for good reason! They don’t have the physical or the mental capacity to function in a professional environment. The worst staff members are men too; they have no emotional intelligence and resort to physical intimidation when asked to do something inconsistent with their proud self-perception. Anything! What’s all this rubbish about allowing them to dominate the most powerful organizations in our society? Men are meant to defend home and hearth, and log fallen trees. Their duties, first and foremost, have always been about carrying home a fat boar for the roast, and standing guard around the settlement with spears or some other deadly implement in one hand, perhaps a knife in the other. Those are things men should be balancing, as they stand barefooted, always on the alert. Not the real challenges of the real hard working world of professionals. Women are made for that; for building relationships, genuine teamwork, respect, collaboration, and negotiation. The least a good man should do come evening time is make sure there is a fresh meat for the family, that the furniture is sturdy, the roof doesn’t leak and that a woman should feel safe and understood, from the moment she enters the door after work (where he listens diligently to the trials of her day) through the moment she steps out of the shower into her pyjamas before going to bed. Is that too much to ask? So I say, we as women, must make our stand today. Sound the trumpets to rally round a common purpose: the subjugation of men. We must put men in their place. They have caused too many problems. We must discontinue education for men, because it empowers them to find more and more sophisticated ways of waging war and killing us all. They must learn to speak only when spoken to and such. I urge you to desist. Stop all this nonsense about “men in IT” and other workplaces. Stop the insanity and bring some order into our world. Thank you for your time and consideration. (24 Sep 2008 8:24pm)

.
.
.
.
.
What say you? :)

Monday, January 3, 2011

engkorang penah beli nombor?

enchek suami sedang tekun menilik nombor-nombor yang 'ong'

antara rakyat-rakyat 1Malaysia yang turut sama membeli 'nombor'

ko ingat aku dengan laki dok beli nombo ape haaa??? ^___~

seronok jugak ghupanye main beli-beli nombor ni. untung cepat, dapat. kalau tidak, melepas.

and after several attempts, my husband is now is the official owner of the registration number MCA 2110.

kenapa MCA 2110?
MCA - Muaz Cinta Adawiyah
2110 - birth date Ummu Sarah

* pandai laki aku bodek aku kn? :P

~~~~~

oh.

Selamat Hari Lahir yang ke-19 Saidatun Najah!
Be someone with beauty and brain, ya? ;) *insyaallah*