Wednesday, September 21, 2011

Shopping-mopping with Mr. Hasben.

Yang ni lawa dak? *sambil tunjuk dress cumel*
Seksi.
Yang ni? *tunjuk kemeja ranggi plak*
Jarang.
Habeh? Yang mana je yang lulus ni??
Yang ni?? *sambil tunjuk kemeja panjang kain tebai macam karung beras*

:P

-----

Lawa betol laa baju2 depa ni... stress jadinya!

Kenapa?
Yelah. Lawa dah, rega pon xdak la mahai mana. Tapi jarang. Dah la orang jenis maleh nak ber-inner2 ni. Bengang je...
Takpelaa.. Elok ber-stress2 dahulu. Ber-rilek2 kemudian...
Pasai pa plak?
Elok stress xdapat pakai baju jarang kat dunia... Tapi, jadi bidadari yang paling lawa kat akhirat kemudian...
Eheh ^____^"

Monday, September 19, 2011

l u p e . . .

tengok jam. dah 1.10 pm.
"ade kelas pukul 2. baik solat dulu" detik hati kecil ku.


pegi bilik air. bersihkan diri. amek wudhu.

masuk surau. pkai telekung.
rasa bangga sekejap pasal aku antara yang berjaya solat awal waktu.

angkat takbir. Allaahuakbar...

"Weh. bukan ko period ke hari ni??" tegur dia.

tak jadi nak rukuk. cepat-cepat bukak telekung ^____^"

Sunday, September 18, 2011

Konfom x dapat duit raya! ;p

Makyong comel tak?
Tak.

Makyong lawa tak?
Tak.

Makyong tak cantik ke? Tak manis?
Tak. Tak. Semua tak.

Makyong buruk sangat ke?
Aah.

... Perlu ke kau jujur smp begitu sekali? T_T"

Tuesday, September 13, 2011

Tuesday blues~

apsal serabut sangat aku tengok ko ni? tak sehat ke?

aah. penat beraya...


ceh.

Sunday, September 11, 2011

Rendang ibu...

do you see what ai see??


Aku: ni sape yang tinggai sudu dalam periuk ni??

Ibu: memang saje tinggai, nak bagi daging empuk.
Aku: ye ke?? Xtau pun...
Ibu: mana nak tau, dah x ghajin turun dapoq
Aku: *amek kau*

Thursday, September 8, 2011

balek kampong!!!!!!!

...badan terjelepuk di kerusi tapi hati sudah di kampung. oh!

-----
aku baru nak balek beraya di Ipoh minggu ini. cuti Jumaat & Isnin sudah lulus. hari ni baru Khamis, tp hati aku sudah tak kuase nak mengadap keje. beg sudah siap berzip. tinggal tunggu nak dimuat masuk ke dalam kereta je. woha!

-----
seminggu kami beraya di Melaka tahun ni. tp dah memang turn Melaka pon. kebetulan enchek hasben pun kena standby, jadi keputusan untuk beraya di Melaka memang tepat sekali. kalau kena panggil masuk kerja, sekurangnya tak lah jauh nak drive balik bekerja...

and you know what?
takde lah teruk sangat duduk beraya LAMAAA di rumah mertua. mungkin sebab aku bawak 'modal' yang mencukupi pulang. bila aku kata 'modal', ianya bukan kerepek, bukan kueh raya. tapi itu budak-budak kicik penglipur lara :)

cucu cucu sayang :)

-----
awal tahun lepas, abang ipar aku kawen. rezqi mereka bunting pelamin, dah nak bersalin puan Bini hujung bulan ni.

dengan adik ipar aku dah pesan, jangan kawen awal sangat. aku belum puas merasa seronok ade adik lelaki lagi.

... tapi hujung tahun ni turn dia pulak.
kalau bini dia pon rezqi cepat, tergugat ah kedudukan aku sebagai ibu kepada cucu2 kesayangan (-_-")

Monday, September 5, 2011

...bizi nye aku
*entry budget Perdana Menteri :P*