Monday, March 12, 2018

7 days in-ward experience



"Anak manja ni... tak boleh sakit sikit..."
"Anak saya, kalau batuk selsema tak pernah bagi ubat pun. Cukup sapu vicks saja ke dada & belakang dia..."
"Jangan bawak anak tu keluar... duduk je dalam rumah diam-diam..."

*     *     *     *     *
Macam laa aku tak sapu vicks ke badan Umar...
Macam laa aku tak bagi dia main kotor, biasakan dengan orang...
Macam laa aku ni dok bersin selamba depan anak tak reti nak hadang...
(-_-")

Rezeki setiap anak berbeza-beza...
Waktu Sarah Hannan dulu, alhamdulillah boleh pinjam bibik ibu buat bawak balik PD sampai depa dah 3 tahun lebih baru hantar ke taska...

Sampai si Umar, lepas pantang terus ibu hantar ke taska masuk sekolah...
Kasihan juga, tapi sebab tak selesa nak hantar dia ke rumah jiran yang tak berapa kenal dan agak selesa dengan pengurusan taska yang confirm takde yang merokok dan lain-lain
... ibu tinggalkan Umar dalam jagaan teacher dengan harapan Allah jaga awak, Allah jaga kita semua.

Dan harapannya, selepas pengalaman warded minggu lepas, Umar Haziq akan jadi lebih kuat dan kita semua akan lebih sejahtera hendaknya ameeen!

Mujur Allah bagi peluang guna insuran syarikat suami. Agak selesa juga walaupun 7 hari berkampung di hospital :)