Sunday, March 6, 2005

aku mencari lelaki itu

:: aku mencari lelaki itu ::
aku mencari lelaki yang bijak pandai dan tinggi ilmunya
yang tahu arah hidupnya
dan tidak goyah bahtera imannya

aku mencari lelaki yang manis senyumannya
yang bisa buat resahku melayang
marahku hilang hatiku cair,
lebur dalam kasih sayang

aku mencari lelaki yang bukan hanya mahu menjadi teman hidupku
tapi juga teman jiwaku
peransang hidupku
tonggak kejayaanku

aku mencari lelaki yang utamakan budi dari wangnya
tidak cepat melatah bila ditimpa susah
tidak terus mengundur bila kalah
tidak buang aku bila ada masalah

aku mencari lelaki yang sukakan aku kerana diriku
terima segala kebaikkan ku
telan segala keburukkanku
tidak cuba mengubah malah menghormatiku

kerana aku juga berjanji padamu
kan ku hormati dan kucintaimu seadanya

salahkah aku mencari semua itu.. wahai lelaki idamanku?