Tuesday, October 25, 2005

misteri di asrama puteri terjawab!

akuh tau citer ni dari Labu [name org ye] bdk labuan. dia kate kat labuan memang banyak citer2 gini...

kat satu sekolah ni, memang banyak jadik kes budak pompuan kena rasuk. tapi yang kena rasuk tuh semua pompuan. takde pon pelajar cina atau india yang kena. so,satu hari pakcik bomoh tuh nekad nak tanye gak asal si 'pengacau' ni dok kacau pompuan melayu je.

Ketika sampai di sebuah bilik, pakcik bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, pakcik bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

kuar dari celah2 asap tuh, wajah si hantu yang menggerunkan. pakcik bomoh menahan rasa getar...pasal kalu hantu tuh dapat rase yang pakcik bomoh pon takut kat dia, susah arr..

bermula lah soal jawab pakcik bomoh + si hantu:

pakcik bomoh:
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada Memikat....Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...... Aduhai......."

kehkehkeh..... *gelak guling2*

No comments: