Tuesday, March 13, 2007

Ayah bagi sms. Balas.

11-Mar-2007
14:41:57
"Wahai anakku:1. Ikhlaslah krn ALLAH tatkala besendirian mahupun terang terangan, hindari riyak dlm perkataan/perbuatanmu. 2. Jadilah engkau pesaing dlm kebaikan dan bersegeralah menjauhi keburukan, perbanyaklah zikir dan sedekah. 3. Jadilah org yg selalu melaksanakan solat tepat pd waktunya dan melaksanakan solat sunat semampumu. 4. Bacalah selalu ALQURAN dan jadikanlah ia sebagai tempat kembali bagi dirimu. 5. Jadilah wanita yg zuhud d dunia dan menyenangi kehidupan akhirat. 6. Jadilah wanita yg dapat dipercayai dan memegang amanah. Semoga berjaya cemerlang dlm exam."
wahh... bersemangat sekali ayah ku sms di pagi yang hening ini....
(pikir ku sambil tertido selepas bace sms)
tengahari tadi ibu tipon.
ibu: kamu tak reply ke sms ayah?
aku: sms yang mane?
ibu: alaahh, yang pagi semalam tu. pagi-pagi ayah sms dah
aku: (teringat) oh. yang tu. nape? kena reply ke?
ibu: reply 'tq' je ke dah laa...
aku: kena reply ke?
ibu: tau ayah ngadu ape? "isk, anak-anak ayah ni... sorang pon tak reply." ayong ni pon... macam tatau je ayah tu cane..
aku: hehe... ingatkan sms tu dah bace terus dijadikan pedoman so tak perlu ah reply (hehehe)
ibu: kecik ati ayah. hehehe.... (ibu pon gelak)
+ sindrom middle age ppl. akuh pon satu hari akan begitu ^_^"

No comments: