lama tak update.
besa laa, perasan sibuk.
semester sudah berakhir, so baru boleh ghajin sikit buat benda lagha. heh.
baru balik dr ipoh neh. syok woh cuti sampai 4 hari.
pastu bile nak balik semalam, sebak semacam. sobs.
siannn mak aku.
memang laa ade adik beradik lain kat ghomah. tapi iyelah, masing-masing dh beso. sibuk dengan karier lah. sibuk dengan internet lah. sibuk tengok tivi lah.
bapak aku pulak gatai pi terima kija jauh. wiken saja baru balik. bila balik plak, dok sibuk tidoq. penat katanya.
dihujung hari, tinggailah mak aku sibuk buat hal sendiri gak. dah suma pakat buat-buat sibuk semua...
tu pasai aku suka kalau dapat selalu balik sana.
selain dari dapat balik kampung sendiri, aku suka bila dapat sembang dengan mak aku. cerita apa saja dengan dia. pasal aku, pasal cucu-cucu dia. pasal kawan-kawan aku. apa-apa saja.
pasal dia akan senyum setiap kali :)
mak aku dh makin kurus. makin ringan.
lengan dia makin kecik, patah lagi si pinggang. baju suma pon dah banyak longganq. risaw weh.
last week dia cita, ade orang rembat segala botol plastik, surat khabar lama, besi sidai kain dari belakang rumah. patut laa beria beli mangga baru, takut dia datang semula.
mau aku tak risau?
kalau mangkok tu tahu yang ghomah tu xdak laki, takut dia berani datang di malam hari pulak.
aduh.
ni la kot lumrah hidup.
waktu kecik, anak dikasih disayang.
bila dah beso, dah kawen, dah kena ikut suami dok jauh.
aku doakan semoga adik-adik semua dapat jodoh yang baik dari tempat-tempat yang tak jauh dari ibu aku. bior le aku sorang je yang jauh, depa bior lah dapat dekat2 sana saja. dok satu rumah lagi bagus.
lepaih ni turn aku pulak.
harap Sarah Hannan tak lupa ibu abah opah atok dia insyaallah ;(
No comments:
Post a Comment