Friday, April 29, 2016

Nak mengadu.

Mula-mula suami tak balik rumah.
Kena kerja malam. Turn dia masuk keja.
Seminggu melayan anak sendiri.

Penat. 
Tapi, ada orang yang tak merasa lagi bahagia bersama anak-anak.
Syukur alhamdulillah.

Lepas tu anak ditimpa demam.
Platlet turun. Saspek denggi.
Siap warded lagi.

Penat.
Tapi, dapat masuk hospital swasta.
Layanan tiptop. Suami ada teman sentiasa.
Syukur alhamdulillah.

Lepas tu anak yang lagi satu pulak demam tetiba.
Tak lalu makan, muntah-muntah. 
Jumpa doktor, tonsil bengkak katanya.
Suami kembali sibuk tak balik malam kena keja.

Penat.
Tapi, lepas makan ubat dia kembali ceria. Kembali segar, kembali bertenaga.
Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah.

Elok tak demam, hidung berdarah pula.
Hidung selesema. Badan kena gegata.
Ya Allah, penatnyaaaa!

Insyaallah, tuhan bagi cuti 3 hari sampai Isnin.
Mudahan emosi kuat, nak layan semua.
Sehat2lah semuanya ameeen!

1 comment:

lassy said...

memahami walau tak penah lalui takde hasben waktu malam. Aku kan banyak drama. hehehe. zharef pun tonsil. i kenot think kalo anak2 sakit. panik.