Thursday, January 26, 2006

aku & samantha

saya ada sepasang kasut yang sudah lama. nama kasut saya samantha. samantha diperbuat daripada kulit dan ianya berwarna hitam. samantha berasal dari kuala lumpur. saya mula mengenali samantha ketika saya dan ibubapa saya berjalan-jalan di SemuaHouse. saya terpaksa mencari kasut hitam untuk dipakai semasa saya mula-mula diterima masuk ke matrikulasi uia. samantha merupakan pilihan ibu dan ayah. saya tak berapa berkenan sangat dengan samantha sebab harganye yang mahal dan rekabentuk nye yang tak padan langsung dengan rega. tapi, mengingatkan yang kami tak tau langsung kat mane lagi kedai kasut yang ada, maka samantha pun dibeli dengan rega rm90+. mahal kan?

hari berganti hari, tahun berganti tahun. sehingga kini, genap 5 tahun samantha berkhidmat dengan akuh. melalui onak dan duri, semak-semak dan lumpur direnangi.... memang banyak jasa si samantha dengan akuh ni.dan selama 5 tahun ini juga, akuh dah banyak beli kasut-kasut yang lain untuk menggantikan tugas samantha. tapi, kasut2 itu hanya mampu bertahan sementara. tiada yang se-hebat samantha!

sekarang, baru ku sedar... untuk menilai sesuatu, jangan lah dari rupanya. walaupon samantha tidak se-cun vincci atau nose, tapi samantha semantap camel dan timberland. ye, memang akuh exaggerate. tapi, ape salah nye mempersekutukan camel dan timberland dengan samantha yang telah banyak berjasa dengan akuh ni?

>> hehe, dok umah otak blank....

No comments: