Saturday, July 31, 2010

Selepas 6 bulan...

dah lame tak cerita pasal Sarah.

oh my pretty pretty Sarah :)

Anak ibu sekarang dah besar... dah pandai main-main air bila mandi. dah pandai melepaskan diri dari tuala bila dibungkus kuat. dah pandai berguling, mencapai remote tivi dengan cepat hehehe

Sarah sukee bile dapat naik walker. zummmm ke depan selak langsir, tengok suasana luar. zummmm ke belakang tengok ibu basuh pinggan. zummmm masuk bilek tengok abah lipat baju.

Kalau opah datang, Sarah makan besaw. Opah bagi Sarah isap biji buah pelam yg sedap. Opah bagi Sarah makan tauhu sampai 3 keping. Suke Sarah kalau opah datang ye? ;)

Bila malam, Sarah akan teman abah ibu tengok tivi. Sebab Sarah tak paham, Sarah pun isap2 Ben the Lion, geget2 her LaundryBook, berguling suka suki.

Bila sudah mengantuk, Sarah mintak susu. Ibu tepuk2, Sarah pun tidur :)

Ummu Sarah lasak tidurnya. Ibu ngan abah yang sempit ruang, Sarah conquer kawasan tengah seluruhnya. ikut sapaaa la ni ;p

Bila tengok balik gambar2 lama, macam tak percaya, sudah membesar si anak dara :)

No comments: