Wednesday, May 31, 2006

bukan teman dah & langsung tak mesra

nash_rae said:

"islam kan ada cakap, kita tak leh dgn sengaja tak bercakap kat sesaper [read:ppl we hate] lebih dr 3 ari.....ada consequence nyer.......mebe it takes ur part as well to jalinkan balik the frenship?"

not long after the fight, i did call an*s. just to make sure that we're still cool with each other and the frenship is still there. yet, time flies and so does 'us'....

there was this time when i really missed an*s. rindu sesangat sampai ke tahap tak kesah kalu he wanted to put all the blames on me. fine. maybe its my fault. all of it. as long as we're still frens. cause i really REALLY missed the frenship we had.

but, later on... dapat tau dari nijot:
"an*s ade je call akuh tapi dia pesan not to give his new number to you....".
and THAT is the time when i actually give up on him. titik.

Friday, May 26, 2006

Thursday, May 25, 2006

b.l.u.r

dah siap pi kelas. ready bawak suma barang. buku. nota. suma lengkap. jalan ke kelas dengan iza. terserempak dengan ramai orang. sempat sempat sembang. walopun dah lambat ke kelas. sampai kelas, amik seat. kak may [lecturer] baru nak stat ngajar. maseh sempat. tak terlepas apa-apa lagi.

tapi, tibe-tibe kepala hotak jadik blur. bingung. pi toilet cuci muka. isk, aku tak ngantuk. masuk semula ke kelas. mabuk. rase berpinar-pinar kepala ni. ape kak may cakap tak masuk otak. blur....

kluar dari kelas. pi lab. tying this entry. maseh blurrr......

Monday, May 22, 2006

sedey. dapat kawan. macam an*s.

hari ni keje. lagi. busan. bukak frenster. lagi. busan. bukak profil ainin. bace testimonial. dia dapat testi dari an*s. dah updet. profil dia. ade gamba. aku bukak. tengok. banyak gamba. hensem. comel. the same him. manis.

dah besar kawan akuh sorang ni. dah banyak kawan. dulu, kepit dengan akuh je. pi mane2 pon dengan akuh. pi jusco, ajak akuh. pi waritha pon, ajak aku.

tapi, sekarang lain. kite dah tak kawan. lame kite gadoh kali ni kan? nak masuk 1thn lebih dah. nape ley jadik gini ek? aku rindu frenship kite yang dulu. i do miss u....

+ sampai ati ko delete akuh dari frenlist ekk?

selamat hari ibu

sender: angah
sent: 05:11:08pm

"ayong, ibu nak try SK2 nih. ibu tanye sape nak sponsor? angah kate angah sponsor 100 leh laa. ayong nak sponsor tak? leh laa sebagai hadiah gak. huhu... nak ke tak?"

+ isk, isk... sape laa yang pandai2 ajar mak akuh pakai SK2 neh?

Sunday, May 21, 2006

amer comeiii


cumel-nye dia.... ^_^"

abes laa...

aku rase aku suke dia laa....

cane nehhhhh!!!!!!!!!!!

BBQ kayakers + rowers

kul 7.30pm. lepas maghrib.

aku pakai baju kurung. tudung puteh, baju biru kosong, slingbag biru, kasut penoreh getah. pakai bedak wangi2, sikat rambut comei2... cube teka akuh nak pi mane?

tak. akuh bukan nak ke dinner kat CAC. aku nak pi BBQ untuk kayaker & rowers iium. kat econs. je.

baju kurung + BBQ = so-not-the-matching! tell me about it!
akuh dah agak dah. girls rowing musti tak pakai baju kurung punye. neh suma keje si manager. dia nak tengok si iza pakai baju kurung, dengan kitorang2 sekali dia bantai suroh pakai kurung gak. kata manager, "asik tengok korang pakai sport attire je, nak gak tengok suma pakai ayu je malam2 ni". manis-nye mulut....
seperti besa, abuya akan [tanpa ber-lengah2] wat keje2 dapor neh. sampai rentung suma daging+ayam suma di-BBQ-nye... hehe.... sedap din, akuh tak tipu~
dengan alasan ber-baju kurung, aku+ina+iza+k.yati+k.yani dok goyang kaki tunggu makan je. huhu...
cikgu nyiril sampai. dengan cikgu saiful. wahh, segak dua2 cikgu akuh neh.... dressing cikgu nyiril malam ni sangat '23'. not like his usual 'tuck-in' and 'control macho' type. ensem arr~
tak suma dapat datang. ade yang balek kampung. tapi gath tetap meriah. suma happy, makan ramai2, gaduh ngan tok ayah.... skandal si iza+manager tak renti2 malam tuh. sonok si amar jadik paparazzi malam tadi. hehe...
i really look forward for tonite's meeting. rindu banget sama mereka. balek bilek je, pasang komputer tgk gamba2 masum. gelak sorang-sorang. senyum. banyak kenangan manes.
+ akuh sudah ade keluarga baru di iiu ^_^

Wednesday, May 17, 2006

tamat sudah~

tak sangke, hari yang dinanti-nanti telah tibe.
tak sangke, segala penat lelah training selama ni habes gitu je.
ye... masum dah abes. takde lagi turun jogging pagi-pagi. takde lagi petang-petang kena dera wat long-distance dengan cikgu nyiril....
dan tak sangke, aku begitu rindukan semua itu.
aku rindu pagi2-pagi jogging reramai pusing tasek.
aku rindu petang-petang turun tasek, men kayak sampai ke maghrib.
aku rindu usik nakal si pengawas & manager, pengawas pusat sumber yang kerek, abuya yang dah-plan-nak-kawen-tige, juge tak lupe cikgu nyiril yang mulut-nye ngalahkan cik bedah juai gelang zulian tu...

bile lunch, makan ramai-ramai. ramai-ramai demand nak makan best kat manager, ramai-ramai join skandal iza&manager, ramai-ramai wat suma benda ramai-ramai...

rase macam ade ramai abang2 & kakak2. rase macam one big happy family. rase macam nak tengok muke dorang hari2. regardless how itam u are... hehe

aku suke suasana itu. aku suke perasaan itu.

+ wynn, stop being a drama-queen! bulan 8 neh ade game lagi. training lagi!

Monday, May 15, 2006

Guru oh Guru...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini seorang siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oelh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Usman Awang
* erkk, juge cikgu yang sabarnye mengajar ber-kayuh
SELAMAT HARI GURU, cikgu-cikgu ku... ^_^

masum. 3rd day.

semi final. lawan um, upsi, usm. uia line nombe 2.

aku & ina. sedia nak kayuh lagi. lagi bagus. lagi kuat.

10seconds to go. beep dibunyikan. starting um & upsi laju. tapi aku & ina sempat kejar.

akuh sternman. depan. bagi arahan kuatkan belah kanan. kayak gelong ke sebelah kanan.

kami kayuh kuat. kayak masih berat ke kanan. usm nampak peluang....

sekali lagi, kayak gelong. kenape? paddle tak same? tapi dah kayuh kuat dah tadi...

semi-final. hanya setakat itu.

**cikgu kate kitorang tak nampak bersungguh2 macam semalam. patut-nye performance lebih baik. sorry cikgu :"(

Sunday, May 14, 2006

masum. 2nd day.

cuaca cerah. petanda baik. semangat akuh berkobar-kobar.

gerem semalam capsized. hari ni nak prove that i'm much more better than that.

hari ni. akuh & ina. 200m. double wanita. dapat masuk semi-final. ^_^

Saturday, May 13, 2006

hari ni. lawan. masum. 1st day.

akuh. wakil uia. atlet. men TK1 500m wanita.

waktu test water pagi tadi, akuh dah rase semacam. kayak yang same. kayak no1. tapi ke-gelong-an nye sangat ketara. berbanding ngan waktu praktis kat empangan dulu. ye, salah kayak itu kerana ia gelong.

cikgu gelisah. tak dapat nak target langsung akuh dapat bape. men arini beza dari waktu men kat empangan/uia. mungkin akuh gelabah sangat. 1st timer join masum, perasaan bercampur2. ye, mungkin aku terlampau gelabah. mungkin.

game. 4.50pm. ukm tarik diri. tinggal 3org. line 2: kutkm. line 3: aku. line 4: um. angin kuat. tasek berombak2. insyaallah, buleh punyo....

bunyi wisel. UM punye starting laju. aku tak kalah. dapat kejar dari belakang. angin mula kuat. akuh mula gelong. maseh dapat kontrol.

dengar pasukan sorak jerit. dengar bunyi nafas naik turun kutkm. rapat. kutkm masuk line 3. akuh maseh di line 3. kutkm merapat. nafas kutkm naik turun cepat. kutkm dah semput. aku ade can.

akuh pindah pi line 4. kutkm rapat lagi. dia pon masuk line 4. aku kayuh lagi. akuh tau aku buley potong kutkm yang semput tuh. tapi. aku capsize. kayak terbalik. bot polis angkat akuh naik.

wajah mereka hampa. pasukan ui*m sorak 'tahniah'. aku senyum paksa. muke cikgu lagi laa...

ye, memang akuh tak target menang. tapi akuh juge tak target kalah. tak sempat penat dah capsize. tak sampai separuh jalan dah disqualified. akuh tau si nadi*h kutkm tuh dah penat. semput. dia takley kejar UM punye. peluang akuh. tapi. hari ni bukan hari akuh. hari ni hari nadi*h kutkm.

hari ini. aku. atlet uia. gagal.

+ tuhan bayar cash kat aku. belajar dari kekalahan.

Tuesday, May 9, 2006

my best?

horoskop akuh untuk rini:

"Nothing can slow you down today -- you're on a roll! You've been able to share some good news over and over again with friends -- and each time you do, your energy level grows even higher. Ride this wave with everything you've got today, and reach out to pull others up onto your bandwagon. Together you can all elevate your energy levels and push beyond any obstacle."
tapi petang tadi punye training lain yang jadik.
pagi tadi okeh. siap best timer tuh! rase riak+bangge jap. ye, memang akuh gumbira. tapi, petang-nye... akuh pancit giler! tatau apehal, kayak gelong, masuk line orang dan yang tak paling best sekali... kena *toot* dengan 'shamsinar'...
akuh tau, ape yang di kate tuh suma betul. akuh tau suma yang dia komplen tuh benar2 belaka. tapi akuh cuba. pasal tak best kalu kite training kuat2 tapi tak dapat approval dari dia...
akuh dah try push to my limit, try to cath-up with others and even elevating my energy levels... tapi still, tak dapat komen yang best dari dia... rase sedey, down giler.... (--")
+ belom cukup bagus. perlu lebih tenaga...

Sunday, May 7, 2006

cover buku itu.


Not Muhammad, but Jesus Name was printed !!!!!!

Be careful with this book!!!!!! This thing has been widespread to the whole world.

We must fight this massacre which was created by Christian!!!

* DO NOT let them to convert many more MUSLIM to CHRISTIAN, Na'udzubillahimindzalik...
* DO NOT JUST KEEP this mail in your mailbox. FORWARD TO ALL OUR MUSLIMS..

The things they do to lead muslims astray is unbelievable. May Allah protect us all. Let all your relatives/friends know that this book do exist and a copy of it was already sent to MUIS for action.

content buku itu.


click for a bigger picture

Friday, May 5, 2006

nauzubilah....

mintak dijauhkan... *takut*

bace kat blog DIA