akuh. wakil uia. atlet. men TK1 500m wanita.
waktu test water pagi tadi, akuh dah rase semacam. kayak yang same. kayak no1. tapi ke-gelong-an nye sangat ketara. berbanding ngan waktu praktis kat empangan dulu. ye, salah kayak itu kerana ia gelong.
cikgu gelisah. tak dapat nak target langsung akuh dapat bape. men arini beza dari waktu men kat empangan/uia. mungkin akuh gelabah sangat. 1st timer join masum, perasaan bercampur2. ye, mungkin aku terlampau gelabah. mungkin.
game. 4.50pm. ukm tarik diri. tinggal 3org. line 2: kutkm. line 3: aku. line 4: um. angin kuat. tasek berombak2. insyaallah, buleh punyo....
bunyi wisel. UM punye starting laju. aku tak kalah. dapat kejar dari belakang. angin mula kuat. akuh mula gelong. maseh dapat kontrol.
dengar pasukan sorak jerit. dengar bunyi nafas naik turun kutkm. rapat. kutkm masuk line 3. akuh maseh di line 3. kutkm merapat. nafas kutkm naik turun cepat. kutkm dah semput. aku ade can.
akuh pindah pi line 4. kutkm rapat lagi. dia pon masuk line 4. aku kayuh lagi. akuh tau aku buley potong kutkm yang semput tuh. tapi. aku capsize. kayak terbalik. bot polis angkat akuh naik.
wajah mereka hampa. pasukan ui*m sorak 'tahniah'. aku senyum paksa. muke cikgu lagi laa...
ye, memang akuh tak target menang. tapi akuh juge tak target kalah. tak sempat penat dah capsize. tak sampai separuh jalan dah disqualified. akuh tau si nadi*h kutkm tuh dah penat. semput. dia takley kejar UM punye. peluang akuh. tapi. hari ni bukan hari akuh. hari ni hari nadi*h kutkm.
hari ini. aku. atlet uia. gagal.
+ tuhan bayar cash kat aku. belajar dari kekalahan.
No comments:
Post a Comment